Salam,
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sekiranya kisah aku ni disiarkan… lately ni aku slalu baca kisah pasal hubungan yang musnah disebabkn org ketiga.. so sekarang ni aku nk kongsi kisah aku sebagai org ketiga dlm hubungan.. semoga apa yang aku kogsikan ni jadi pengajaran untuk sesiapa yg sekarang ni sedang jadi org ketiga dlm sesuatu hubungan.
Pada tahun 2011 aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama nizam. Nizam satu tempat kerja dengan aku. Masa tu aku baru bekerja ditempat nizam bekerja. Bila da satu office aku dengan nizam pun jadi rapat dan kebetulan aku baru putus tunang. Aku tahu masa tu nizam pun sudah bertunang, tapi sebab sikap dia yang caring dan pandai ambil hati pada masa tu buat aku ketepikan status dia sebagai tunang orang masa tu. Walaupun kadang2 aku ada jugak terfikir pasal nizam dengan tunang dia tp disebabkan aku rasa susah nak lepaskan dia aku buang rasa bersalah tu asalkan aku dapat terus bersama dengan nizam. Kami jadi semakin rapat. Walaupun ada masanya aku bergaduh dengan dia pasal status dia sebagai tunang orang tu. Tp disebabkan masa tu aku memang jatuh cinta habis dengan nizam aku tetap bertahan dan dalam pada tu jugak macam2 yang aku buat demi nizam terutama duit. Aku sanggup buat apa saja asalkan dapat terus bersama nizam.
Nizam selalu bgtahu aku yang dia tak bahagia dengan tunang dia. Cuma dia tak boleh putuskan pertunangan dengan tunang dia sebab keluarga nizam sayang dengan tunang nizam. Dan aku yg bodoh masa tu percaya bulat2 kata2 nizam. Kami masih meneruskan hubungan dan pada tahun 2012 nizam berkahwin dan aku pun kahwin jugak dengan pilihan keluarga aku. Tapi sepanjang nizam dan aku masing2 jadi suami dan isteri orang kami masih lagi berjanji yang satu hari nanti kami tetap akan bersama sebab masing2 tak bahagia dengan pasangan masing2. Pada satu hari isteri nizam telah menghantar mesej kepada aku. Isteri nizam cakap dia tau pasal hubungan aku dengan nizam, dan dia minta dengan aku supaya aku jauhkan diri dari nizam. Tapi selepas dipujuk oleh nizam lagi sekali aku yg terlalu bodoh percaya dan teruskan hubungan aku dengan nizam walaupun isteri nizam tahu. Aku pulak memang ada krisis dengan suami aku pada masa tu, kami tak sefahaman dan aku duduk dengan keluarga aku. Padahal itu semua alasan sebab hati aku memang hanya pada nizam je. Pada hujung tahun 2012 aku bercerai tapi nizam masih lagi bersama dengan isteri dia. Selepas itu aku semakin rapat dengan nizam dan nizam beberapa kali berjumpa dengan keluarga aku. Masa ni aku yakin yang nizam betul2 serius nak dengan aku. Cuma tunggu masa untuk nizam bercerai dengan isteri dia. Walaupn ada jugak aku nampak gambar2 nizam dengan isteri dia macam pasangan bahagia tak nampak langsung yang dia ada masalah dengan isteri dia. Tapi aku tetap keraskan hati aku untuk bersama dengan nizam sebab aku betul2 sayangkan dia dan nak bersama dengan dia.
Selepas bermacam2 konflik yang berlaku antara nizam, aku dan isteri nizam. Akhirnya pada awal tahun 2014 nizam telah bercerai dengan isteri dia, oleh kerana nizam dan isteri dia tidak mempunyai anak dan itu memudahkn bagi mereka untuk bercerai. Masa tu aku betul2 yakin dan puas kerana apa yg aku tunggu selamani akhirnya akan jadi milik aku. Tanpa langsung fikir perasaan bekas isteri nizam sebab bagi aku nizam dan bekas isteri dia berpisah bukan keran aku, tapi sebab memang nizam tak bahagia. Selepas nizam bercerai aku rasa bahagia aku tak sabar nak jadi isteri nizam sebab itulah yang aku tunggu2 selamani. Tapi bulan berganti bulan, berganti tahun nizam hanya menabur janji. Makin lama dia makin jauh kami dah x mesra macam sebelum ni, nizam selalu bagi alasan yang dia sibuk dengan kerja. Sampai satu hari aku betul2 tak tahan aku ungkit semua ape yang pernah aku buat untuk dia, ape yang pernah aku bagi dekat dia. Akhirnya aku dengan nizam bertunang. Tapi betul lah apa yang selalu dia katakana, jangan bina kebahagiaan atas air mata orang lain. Semenjak kami bertunang sikap nizam betul2 berubah lagi teruk dari sebelum bertunang. Dia semakin menjauh sampai ada satu masa kami berbulan2 tak jumpa. Bila cakap pasal kahwin ada saja alasan yang dia bagi. Memang dia betol2 berubah. Sampai la satu hari aku dapat tahu yang nizam ade perempuan lain dan dah bertunang dengan perempuan tu tanpa aku tahu apa2. Hancurnya hati aku masa tu hanya Allah je yang tahu. Aku jadi marah aku tak boleh terima ape yang nizam buat dekat aku. Bila aku tanya dengan nizam macam2 alasan yang dia bagi untuk menampakkan yang dia trpaksa bertunang dengan perempuan tu. Akhirnya aku dengan nizam putus dan kami bawa haluan masing2.
Aku jadi down. Aku hanya fikir salah nizam dekat aku. aku rasa aku selamani dah buat yang terbaik untuk nizam. Sampailah satu ari aku terbaca artikel tentang kifarah Allah. Dan masa tu aku sedar apa yang aku hadap masatu adalah kifarah di atas apa yang aku dah buat sebelum ni. Allah bagi aku rasa apa yang pernah bekas isteri nizam rasa walaupun dalam keadaan yang berbeza. Aku redha, aku muhasabah diri aku. Aku bertaubat dan aku menyesal. Aku tahu aku akan dikecam dengan apa yang aku buat sebelum ni. Aku harap apa yang aku kongsikan ni blh dijadikan pengajaran bagi orang2 diluar sana. Percaya lah kifarah tu memamg ada dan aku dah terima kifarah aku. Baik yang kau buat baiklah yang kau dapat, tp kalau sebaliknya yang kau buat kau akan di balas dengan kifarah yang sama. Aku smpai sekarang masih lagi belum bertemu dengan jodoh aku, tapi bagi aku tu semua kerja Allah dan aku serahkan segalanya pada Dia.
MISS GJ
– MISS GJ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit