Aku dan 40 Hari

Assalammualaikum. Terima kasih admin sebab menyiarkan kisah yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana merahsiakan identitiku.

Aku Nisa (bukan nama sebenar) seorang guru berusia 50 tahun. Ada suami dan anak anak yang sedang meningkat remaja. Di usia emas ini apa yang aku mahukan hanyalah keredaan Illahi.

Tajuk kisah ni ada kaitan dengan apa yang berlaku kepadaku kira kira 5 tahun lalu. Mungkin bagi pembaca kisah ini biasa biasa sahaja tapi aku cuma ingin berkongsi kalau ada kebaikan.

Benar setiap kita mempunyai perjalanan berbeza walaupun destinasi kita sama sahaja. Menuju alam abadi. Semasa anak aku yang sulung nak masuk sekolah tahfiz, hati aku sebenarnya berbelah bagi namun melihat kesungguhannya, aku redha.

Walau sedih kerana terpaksa berpisah dengannya. 40 hari pertama anak2 tidak dibenarkan berjumpa ibu bapa malah langsung tidak boleh berhubung. Kata ustaznya amalan 40 hari amat penting.

Malah orang yang istikhomah tidak meninggalkan takbiratulihram dalam 5 waktu solat berjemaah selama 40 hari tanpa gagal akan bebas dari siksa api neraka, malah pelbagai kebaikan dunia akhirat diperoleh.

Sungguh aku rasa tersentak dan cemburu namun dalam masa sama aku bersyukur kerana anak aku dipilih oleh Allah untuk merasai nikmatNya.

Dalam hati diam2 aku berazam untuk merasai nikmat itu walaupun sekadar solat di awal waktu 5 waktu selama 40 hari tanpa gagal. Sebab itu aku katakan…. Mungkin bagi para pembaca perkara ini biasa, semua orang boleh buat. Tapi tidak bagi aku.

Aku solat 5 waktu tapi macam tula kadang2 lambat kadang2 tertinggal entahla sibukkan apa. Padahal Allah maha pemurah mengurniakan aku nikmat yang tak terhitung. Allahuakbar…. Sedih rasa dengan diri sendiri.

Hari aku hantar anak ke tahfiz tu merupakan hari akhir aku datang period, jadi aku dah plan balik nanti aku nak mandi hadas dan berazam nak solat awal waktu secara konsisten.

Dalam perjalanan balik, aku tengok period aku ada keluar lagi… Banyak pulak tu. Banyak yang luar biasa sampaikan aku yang dah tak pakai pad sebab dah kering sebelumnya terpaksa singgah kedai nak beli pad. Aku cakap dengan suami, kenapa period banyak sangat.

Suami kata, tu la awak tu emo sangat nak pisah ngan anak. Eh eh tak da kaitan. Tapi serius memang banyak berketul ketul macam orang keguguran.

Aku jadi sedih tak tau la sebab emo pisah dengan anak atau aku emo sebab rasa doa aku untuk solat awal waktu selama 40 hari tu memang Allah tak makbulkan.

Aku redo… Sebab lagipun mustahil lah nak dapat 40 hari, aku ni perempuan memang sebulan dua kali period. Lagi sedih bila aku teringat aku dah sia siakan usia aku, waktu aku mengandungkan anak2 aku ada peluang 9 bulan tanpa haid.

Ya Allah… Aku menangis sungguh sungguh sepanjang balik ke rumah. Menyesal yang tiada gunanya. Nak mengandung lagi apanya umur dah lewat.

Balik pada period aku tadi, darah haid aku keluar makin lama makin banyak berminggu minggu sampai hampir sebulan. Aku pergi klinik takut fibroid atau penyakit tapi doktor kata takda apa cuma hormon.

Sampailah dua bulan aku turun darah dan aku solat dalam keadaan darah istihadoh (darah penyakit). Tapi dalam kesusahan tu aku gagahkan solat awal waktu, jaga kebersihan dan aku catat setiap permulaan hari solat supaya aku tau pengiraan haid.

Hari pertama aku berazam solat awal waktu. Menggigil menangis aku mohon keampunan dan rahmat Allah. Aku paksa diri, aku check waktu solat, ambik wuduk dan bersedia sebelum azan. Begitulah setiap lima waktu aku gagahkan fokus kepada bacaan.

Kadang2 aku kunci bilik waktu solat, aku baca kuat2 supaya aku fokus aku tak lari. Aku study semula bacaan dan maksud2 bacaan.

Masa ni cuti sekolah jadi mudah aku nak mengatur solat ku di awal waktu. Aku teruskan juga dengan segala kepayahan nak khusyuk. Setiap doa mengalir air mataku mohon ya Allah… Janganlah kau tinggal hambamu…

Sampailah haid ku dah kering…. Masa tu aku ada la pegi sekolah siapkan kerja waktu cuti. Masa tu aku dah mula risau kalau bukak sekolah nanti, macam mana aku nak solat awal waktu sebab jadual kelas aku ada yang waktu 1.00 sampai 2.30.

Sedangkan waktu solat zuhur masuk 1.15. Aku masa tu plan, macam mana pun aku akan usahakan. Aku plan nak wuduk siap2 dan akan keluar kejap solat di makmal sebelah kelas. Aku kira2 kalau solat yang paling cepat aku selesaikan antara 10 minit. Yes!

Maha suci Allah… Seminggu sebelum buka sekolah. Salah seorang kawan tiba2 ditukarkan sekolah. Jadual pun dirombak.

Hari isnin pertama masa buka sekolah air mata aku gugur melihat jadual baru. Semua waktu mengajar aku berubah. Paling akhir kelas aku berakhir jam 12. 30 tengah hari. Dan semua waktu zohor dah kosong.

SubhanAllah..

Alhamdulillah..

Allahuakbar..

Rahsia itu kusimpan kemas tidak kuceritakan walaupun kepada suamiku. Rahsia aku dan misi solat awal waktu hanya antara aku dan Penciptaku.

Selain tu aku juga tidak meninggalkan solat qobliah subuh yang fadhilatnya lebih baik dari seisi dunia. Aku sudah pasrah jika aku tidak dapat nikmat 40 hari tu kerana memang mustahil la kan…

Hari demi hari berlalu, aku terus mencatat pada kalendar kerana itu pesan doktor untuk aku sentiasa cakna perubahan hormon. Aku jadi gelisah sebab kenapa aku belum period period lagi ni? Dah terlebih minggu.

Sampaikan aku buat pregnancy test takut2 mengandung ke aku ni? Tapi negatif. Aku pergi semula hospital. Doktor kata takda apa apa mungkin hormon belum stabil.

Minggu berganti minggu akhirnya aku period. Fuhhh lega tak ngandung rupanya. Aku tanda pada kalendar…. Anda tahun tak hari keberapa aku tak period masa tu? Menggigil aku bila aku tanda…. Hari aku period ialah hari ke….. 44.

SubhanAllah. Bermakna 44 hari aku solat 5 waktu pada awal waktu tanpa gagal pertama kali dalam hidupku. Aku menangis dalam sujud syukur dan dalam usia ini aku merasakan kehadiran, kebesaran Allah dalam hidup seorang hamba yang kerdil ini.

Benarlah Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

Sejak itu aku istikhomah dalam menjaga solat awal waktu dan aku berdoa moga Allah menjaga imanku hingga ke akhir hayat. Aamiin yra….

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *