Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-dan-40-hari/).
Assalammualaikum semua..
Selepas aku membaca komen-komen dalam hantaranku yang pertama, aku terharu kerana kebanyakan komen mempunyai niat sama sepertiku,
Iaitu rindu untuk mendekati Pencipta kerana kekhilafan kita sebagai hamba yang selalu lupa.
Benar ada hadis yang berbunyi ;
Jika seorang hamba mendekati-Ku sejengkal, niscaya Aku mendekatinya satu hasta.
Jika dia mendekati-Ku satu hasta, niscaya Aku mendekatinya satu depa.
Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, niscaya Aku mendatanginya dengan berlari kecil.
Benar… jika kita berdoa dan meminta kepada Allah maka Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat.
Namun aku risau bila ada komen yang mempertikaikan soal “40 hari” itu.
MasyaAllah… saya bukan ahli agama dan point saya bukanlah hendak bercerita tentang hadis sahih atau palsu.
Point saya, memintalah.. nescaya Allah Maha Mendengar, lebih lagi meminta agar kita dikurniakan cahaya menuju jalan yang lurus.
Saya faham di akhir zaman pelbagai pendapat yang mengelirukan kita. Saya percaya anda semua pun macam saya, dengar itu lain dengar ini lain… para ustaz bercanggah pandangan.
Tapi bukankah kita disuruh berdoa dan memohon ampun. Berdoalah, mintalah keampunan dan rahmatNya.. Jangan jemu sebab kita ini sentiasa berdosa. Bersangka baiklah kepadaNya.
Saya juga belum berjumpa lagi kemanisan iman yang sebenar benarnya.
Saya teringat kata kata hamka, cinta itu punya banyak pintu namun pintu yang paling baik ialah pintu belas kasihan.
Kita ni cuma mengharap belas kasihan Allah saja, mengharap rahmatNya sebab kalau tanpa rahmatNya kita ni cuma layak dicampak dalam neraka.
Tidak kiralah 40 hari ke, 4 hari ke… hakikatnya jika kita meminta, tiada yang mustahil bagi Allah jika Dia berkehendak.
Sampai tahap dah usia emas ini, saya dapat merasakan kalau kita berdoa seikhlasnya dengan air mata yang penuh penyerahan,
Kalau Allah tidak memberi apa yang kita mahu, Allah akan berikan kita satu perasaan iaitu “rasa ok”. Ya itulah yang pernah saya sendiri rasa.
Pelbagai kebaikan akan dapat kita rasakan. Merasakan kehadiran Allah dalam setiap ujian kecil dan besar, subhanallah… seperti tak ada bandingnya dengan mendapat kenikmatan dunia ini.
Benar, ada yang komen betul ke ada hadis tentang solat awal waktu dan sebagainya.
Saya bercerita bagi pihak diri saya.. Saya yang dulu selalu cuai, lalai, dan sengaja melengah lengahkan ibadah. Saya cuma mahu mencari kebaikan dan jalan mendekati Nya itu sahaja.
Allah itu Maha mengetahui apa yang kita sembunyikan malah yang kita tak tahu tentang diri kita pun dalam pengetahuanNya.
Kalau tuan tuan puan puan solat lewat dan gagal istikhomah kerana tuntutan dan kekangan kehidupan,
Tapi tuan puan ikhlas malah redo dengan keadaan yang ditakdirkan, insyaAllah Allah akan menerima ibadah itu dan memberi juga kebaikan kebaikan dunia akhirat.
Bukankah Allah itu Maha pengasih Maha penyayang Maha mengetahui? Bukankah perjalanan kita ini berbeza beza, walaupun destinasi kita tetap sama?
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
Salam 10 muharram.
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit