Salam semua, yang aku nak cerita ni adalah kisah yang terjadi dua tiga tahun lepas. Maaf kalau it’s not as interesting as expected and too long.
Sebelum tu, background story dulu — aku seorang guru dan orang utara. Anak sulung daripada lima beradik. Adik bawah aku ni perempuan, guru juga, panggil dia F.
Dia kesayangan mak aku. Dari kecil sampai besar, aku akan kena buat kerja di rumah tapi F akan jadi puteri. Dia takkan disuruh buat apa pun walaupun beza umur hanya dua tahun.
Akulah yang akan buat semua kerja termasuk cuci baju dan kasut sekolah F dan adik-adik, masak, kemas, mandikan adik-adik yang kecil sebab mak kerja kilang, syif tak sempat buat semua.
Aku kalau boleh nak tolong mak ayah, tapi selalu tak siapa pedulikan pengorbanan aku tu. Aku pernah belajar jauh, kerja jauh sebab bawa diri dan rasa tak disayangi. Selalu kena pukul dan direndahkan sebab aku tak kurus dan tak cantik macam adik-adik perempuan aku yang lain.
F pula kerap balik dan mak aku kerap melawat dia walaupun dia belajar di Kelantan. Mak sanggup ambil cuti dan naik bas nak jumpa dia. Aku? Tak sekali pun mak aku nyatakan hasrat nak melawat aku.
Aku dengan mak tak rapat sebab aku takkan kongsi apa-apa aktiviti aku dengan mak masa aku bujang dulu. Kami tak ngam sangat. Tapi sejak F kahwin lari ke Siam dengan laki orang, kemudian bercerai dan dah kahwin lain, mak aku macam insaf sikit dan kami pun ok sikit. Tapi that’s not the whole point.
F tinggal dengan mak di rumah mak aku, rumah taman dan masih berbayar bulanan RM700. Mak dah ambil VSS dengan kilang tempat dia kerja dan sekarang duit kami adik-beradik lah yang bagi, termasuk pencen ayah aku yang digunakan untuk mereka bayar rumah dan makan minum mak ayah aku.
Sebelum ni mak aku tinggal di rumah flat. Tapi walaupun rumah bawah dah renovated dan sebagainya, keadaan sekeliling masih tak berapa selesa dan kereta ayah aku pernah kena curi.
Kemudian bila mak aku jatuh sakit dan tak larat, untuk mudahkan pergerakan, si F offer duduk dengan dia di rumah teres mak aku — tapi dia duduk situ sementara rumah dia beli nak siap.
Nak dijadikan cerita, suami dia kerja offshore, jadi jarang balik. Mak aku pula memang sayang sangat F tu. Bila dia dah ajak, mak aku pun ok saja, tak bantah pun pindah rumah sendiri kan. Tapi lain pula hal bila dah pindah ke sana.
Mak aku dah sakit dan tak larat nak buat kerja rumah. Tapi mak aku ni jenis pengemas — semua nak bersih dan kemas. F pula tak macam tu. Tak pernah buat kerja seumur hidup walaupun anak dah dua orang. Dulu pun dia ada orang gaji lagi. Jadi bila sibuk dan tak sempat nak kemas, jadi lah konflik antara mereka.
Tup-tup suami dia yang baru ni berhenti kerja dan balik tinggal dengan mereka sekali. Lagi bertambah konflik sebab dia nak berniaga nasi lemak pula. Segala barang nak jual dan lain-lain dilonggokkan di rumah mak.
Mak aku stress, dah lah sakit. Diberinya bilik kecil, panas. Bilik mak aku ada aircond tapi mereka guna bilik tu, jadi bila mak aku masuk pun depa tak pindah.
Mak aku komplen juga tapi aku tak campur, cuma aku agak terasa sebab kalau balik ke rumah mak, F akan tanya bila kami nak balik sebab nak tutup pagar.
Bila kami tidur rumah mak, kami tidur atas lantai di ruang tamu sebab tak ada bilik. Dia laki bini senyap dan buat muka. Mulut pun boleh tahan, tapi kami buat tak tahu saja sebab dah biasa perangai dia dari dulu lagi memang macam tu. Kami (aku dan adik-beradik lain) jadi segan nak tidur rumah mak.
Perkara besar yang terjadi antara kami ialah bila mak aku jatuh terpijak mainan anak dia. Aku masa tu di rumah dan kebetulan cuti sekolah dah mula, mesyuarat penandaan SPM kali pertama pun dah selesai. Aku tengah tanda kertas yang berlonggok kat rumah aku tu.
Tiba-tiba adik aku yang keempat call, aku gelar dia D. Dia cakap mak aku jatuh dan tak tahu apa jadi sebab adik aku, suami dan anak-anak dia masa tu tak ada di rumah. Ayah aku pula keluar sekejap. Bila dia balik, mak aku dah di lantai.
Aku pun bergegas balik. Dari rumah aku ke sana sejam juga. Siap anak-anak aku dan suami balik terus. Niatnya hanya nak tengok apa dah jadi dan kalau kami boleh tolong apa-apa. Tapi bila kami sampai, kena maki hamun dengan F. Dia kata aku busuk perut, nak datang rumah tunjuk baik.
Mak aku pun dok mengadu kononnya aku ni mengata dia laki bini, mengata dan hasut mak aku bencikan dia. Sorry to say, dia memang rude. Nasib baik kami masih sabar. Mak aku tengah menangis, sakit dan takut sebab F cakap nak tunggu ambulans, sedangkan ada kereta. Dia tak nak drive sebab katanya jem.
Bayangkan, mak aku dah lama jatuh, dari tengah hari sampai petang bila ayah aku balik dan F sendiri balik kerja baru mereka nak call ambulans. Dan bila kami sekeluarga sampai, memang dah lewat. Takkan nak tunggu lagi. Mak aku merayu suruh kami bawa dia terus ke hospital besar sebab semua rekod mak aku ada di sana.
Memang kalau ikut F, dia nak hantar ke hospital daerah saja sebab nak mudahkan ambulans tu. Aku nak tanya korang, apa korang akan buat kalau mak korang kena tengking dan dimarah macam budak kecil dan dibiarkan tunggu ambulans?
Lepas tu kena pula pergi hospital yang dia sendiri tak nak pergi. Mak aku dah menitik air mata, tapi dia boleh buat tak peduli je. Masih nak tunggu ambulans.
Last-last suami aku dukung mak, bawa naik kereta kami. Terus si F mengamuk, kata laki aku dah patahkan kaki mak. Menjerit-jerit dia kata kalau apa-apa jadi dia takkan jaga mak aku sebab semua berpunca dari aku dan suami.
Bapak aku pula sabarkan dan tenangkan dia. Katanya, bapak aku nampak semuanya, dia kena banyak sabar. Aku nak tanya, berdosakah kami buat macam tu? Aku dah geram tapi aku sabarkan juga.
Nak keluar ke kereta aku panggil anak-anak aku keluar sama, tapi bapak aku tiba-tiba cakap tak payahlah mereka ikut, suruh tinggalkan. Dalam hati aku, takkan aku nak tinggal anak empat orang aku dengan si F yang tengah mengamuk macam orang sawan tu.
Aku pun cakap, “Takpa ayah, anak kita kenalah kita jaga sendiri.” Tu je, terus melenting lagi si F tu. Dia nak marah aku lagi tapi kali ni aku pula naik darah. Aku jerit, “KAU DIAM!”
Terus aku naik hantu dan tampar muka dia. Seriously, kalau ayah aku tak tegur, minda aku dah set dah nak keluar tanpa sepatah kata, tapi apakan daya, bergaduh juga aku dengan F tu sampai tarik tudung. Menyesal juga aku buat macam tu tapi dah geram sangat.
Kalau ikutlah, penampar aku bagi tu taklah kuat — macam ‘a tap’ je on the face — tapi dia punya reaksi sampai macam nak mati dah.
Aku pun tinggalkan dia dan masuk kereta. Boleh pula si F ni pergi mengadu kat suami dia kata suami aku pula yang tampar dia. Pastu dalam perjalanan ke hospital, laki dia call marah-marah kata suami aku tampar si F. Tak ke pelik?
Aku gaduh adik-beradik, tapi laki dia nak sibuk pula marah orang yang tak buat apa-apa. Lepas dah gaduh semua, mak aku pun dah selamat masuk wad sebab memang patah dah dari mula jatuh tu. Ayah aku dah angkat dari tempat dia jatuh, jadi memang takde isu pun bila suami aku angkat, sebab memang dah patah.
Masuk wad dua bulan juga dan dalam dua bulan tu si F datang melawat sekali saja. Aku bergilir dengan D datang tidur di hospital sambil tanda kertas SPM essay pula tu.
Malam bertolak dari rumah aku, sampai pukul 4-5 pagi sebelum subuh, mandikan mak dan solat subuh di hospital sebelum balik ke rumah aku sendiri (1 jam perjalanan).
Suami aku keluar kerja, aku sambung tanda kertas, masak untuk anak-anak, jaga budak-budak tu dan bila petang, bertolak semula ke hospital untuk jaga mak.
F? Dia tak datang. Dia dah merajuk kononnya kami (aku dan suami) tuduh dia mencuri dan kena pindah dari rumah mak. Aku cuma cadangkan sebab dia kata dia dah baru tahi, sebab dekat sangat dengan mak, so aku cakap baik kau pindah sajalah daripada dok marah-marah. Tapi dia tak boleh terima.
Mak aku pun geram sebab suami dia berniaga guna barang-barang mak aku. Dia tak beli, guna saja segala periuk belanga, pinggan mangkuk mak.
Bil api air rumah pun dilekatkan di atas meja pakai tape untuk bagi mak ayah aku tengok supaya mereka bayarkan, sedangkan bil tu tunggakan sebelum mak aku pindah sana lagi. Macam-macam depa buat.
Tak lagi bab mak ayah aku pergi umrah, si F ni kutip duit kononnya nak share adik-beradik. Aku bagi lah RM1000 kononnya nak buat belanja mak ayah di sana. Duit lain pun dia kutip dari adik-beradik aku.
Tup-tup aku dapat tahu dari si D dan ayah aku sendiri, duit tu dia tak bagi pun kat mak ayah aku. Kami diamkan semua tu sebab tak nak dengar sebelah pihak dan faham kadang-kadang orang tua ni macam budak-budak.
So aku tak ambil pot, tapi bila dah dituduh jadi penghasut, batu api dan sebagainya, aku pun jadi tawar hati nak back up dia.
Aku rasa baik juga kalau dia pindah keluar dari rumah mak sebab mak aku pun dah terasa hati dengan sikap dia dan suami yang buat macam mak tak wujud di rumah tu — tak tegur, tak makan sama-sama dan sebagainya.
Sekarang ni kami tak bertegur sapa. Mak aku pula dah operate dan dijaga oleh D sepenuhnya sebab dia tak kerja. Aku dan family pergi lah melawat dan duduk rumah mak masa cuti sekolah.
Alhamdulillah, sekarang mak dah boleh jalan. F dah pindah dan hubungan dia dengan mak aku dah ok, tapi dengan aku masih tak.
Dia tak minta maaf, aku pun tak, sebab kalau aku fikir, dia tak pernah minta maaf kalau buat apa-apa kesalahan. Mesti aku je yang minta maaf walaupun dah jelas-jelas dia yang salah. Tu pun dia takkan salam dengan ikhlas — mesti buat muka dan tak pandang muka aku.
Dari kecil macam tu dan mak aku memang akan menangkan dia walau apa pun yang terjadi. Ada satu masa tu mak aku salahkan suami aku pula kononnya tuduh si F tu curi pakai barang mak masa berniaga. Kami pula dibuang.
Mak aku sedih sebab dia tak balik merayu jumpa mak, menangis sebab rindu cucu. Sekarang ni tak dah, sebab si F dah selalu balik, dah baik, tapi aku tak jumpa dia sebab dia selalu minta update dari ayah aku — kalau aku balik, dia takkan balik rumah mak.
Aku tahu semua tapi aku diamkan. Apa patut aku buat? Takkan nak gaduh selamanya kan? Aku kecil hati dengan mak ayah aku yang menangkan dia.
Perlukah aku pergi minta maaf? Tapi kalau macam tu, dia takkan sedar perbuatan dia yang teruk tu.
– Cik memori (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit