Aku Dan Adik-adikku

Assalamualaikum semua, yang aku nak cerita ni adalah kisah yang terjadi dua tiga tahun lepas. Maaf kalau it’s not as interesting as expected and too long.

Sebelum tu background story dulu, aku sorang guru dan orang utara. Anak sulung dari 5 beradik. Adik bawah aku ni perempuan guru jugak panggil dia F. Dia kesayangna mak aku, dari kecik sampai besar aku akan kena buat kerja di rumah tapi F akan jadi puteri, dia takkan disuruh buat apa pun.

Wlaupun beza umur hanya dua tahun, akulah yang akan buat semua kerja termasuk cuci baju dan kasut sekolah F dan adik2, masak, kemas, mandikan adik2 yang kecik sebab mak kerja kilang, syif tak sempat buat semua, aku kalau boleh nak tolong my parents tapi selalu tak siapa pedulikan pengorbanan aku tu.

Aku pernah belajar jauh, kerja jauh sebab bawak diri dan rasa tak disayangi. Selalu kena pukul dan direndahkan sebab aku tak kurus, dan cantik mcm adik2 perempuan aku yang lain… F pulak kerap balik dan mak aku kerap melawat dia walaupun dia belajar di kelantan, mak sanggup ambik cuti dan naik bas nak jumpa dia.

Aku? Tak sekali pun mak aku nyatakan hasrat nak melawat aku, aku dengan mak tak rapat, sebab aku takkan share apa2 aktiviti aku dengan mak masa aku bujang dulu. Kami tak ngam sangat,tapi sejak F kawin lari, ke siam dengan laki orang, dan kemudian bercerai dah kahwin lain, mak aku mcm insaf
sikit dan kami ok sikit, tapi that’s not the whole point.

F tinggal dengan mak di rumah mak aku, tapi rumah taman dan masih berbayar bulanan RM700. Mak dah ambik vss dengan kilang dia kerja dan sekarang duit kami adik beradik bagi lah termasuk pencen ayah aku yang diguna untuk depa bayar rumah dan makan minum mak ayah aku. Sebelum ni mak aku tinggal di rumah flat, tapi walaupun rumah bawah tak begitu selesa sebab walaupun dah renovated etc.

Keadaan sekeliling masih tak berapa selesa dan kereta ayah aku kena curi, kemudian bila mak aku kena sakit teruk dan untuk mudahkan pergerakan, si F offer duk dengan dia di rumah teres mak aku tapi dia duduk situ sementara rumah dia beli nak siap, nak jadikan cerita suami dia kerja offshore, jadi jarang balik, mak aku pulak memang sayang sangat F tu.

Bila dia dah ajak,mak aku pun ok je, tak lah nak bantah, pindah rumah sendiri kan. Tapi lain pulak hal bila dah pindah ke sana. Mak aku dah sakit dan tak larat nak buat kerja rumah, tapi mak aku ni jenis pengemas, semua nak bersih dan kemas, F pulak tak mcm tu, tak pernah buat kerja umur hidup walaupun anak dah dua orang, dulu dia ada orang gaji lagi… Jadi bila sibuk tak sempat nak kemas kot, jadi lah konflik antara mereka.

Tup2 suami dia yang baru ni berhenti kerja dan balik tinggal dengan depa sekali. Lagi bertambah konflik sebab dia nak berniaga nasi lemak pulak, segala barang nak jual dll. dilongokkan di rumah mak, mak aku stress, dah lah sakit, dibaginya bilik kecik, panas, bilik mak aku ada aircond tapi depa guna bilik tu, jadi depa tak pindah bila mak aku masuk.

Mak aku komplen juga tapi aku tak campur, cuma aku agak terasa sebab kalau balik ke rumah mak, F akan tanya, bila kitorg nak balik sebab nak tutup pagar. Bila kitaorang tidur rumah mak, kitaorang tidur atas lantai di ruang tamu sebab takde bilik dia laki bini senyap dan buat muka. Mulut pun boleh tahan, tapi kami buat tak tahu je, sebab dah biasa perangai dia dari zaman dulu2 lagi memang mcm tu, Kami (aku dan adik beradik lain) jadi segan nak tidur rumah mak.

Perkara besar yang terjadi antara kami ialah bila mak aku jatuh terpijak mainan anak dia. Aku masa tu di rumah dan kebetulan cuti sekolah dah mula, mesyuarat penandaan spm kali pertama pun dah selesai, aku tengah tanda kertas yang berlonggok kat rumah aku tu. Tiba2 adik aku yang ke 4 call, aku gelar dia D. Sebut mak aku jatuh dan tak tau apa jadi sebab adik aku, suami dan anak2 dia masa tu takde di rumah.

Ayah aku pulak keluar kejap, bila dia balik mak aku dah dilantai, aku pun bergegas balik, Barak dari rumah aku ke sana 1 jam jugak, siap anak2 aku dan suami balik terus, niatnya hanya nak pergi tengok apa dah jadi, dan kalau kami boleh tolong apa2. Tapi bila kami sampai,kena maki hamun dengan F, dia kata aku busuk perut, nak datang rumah tunjuk baik, mak aku pun dok mengata dia kononya aku ni dok mengata dia laki bini, mengata dan hasut mak aku bencikan dia.

Sorry to say dia memang rude. Nasib baik kitorang masih sabar… mak aku tengah menangis sakit dan takut sebab F cakap nak tunggu ambulans, sedangkan ada kereta, dia tak nak drive sebab katanya jem, bayangkan mak aku dah lama jatuh, dari tengahari, sampai petang bila ayah aku balik dan F sendiri balik kerja baru depa nak call ambulance dan by the time kami sekeluarga sampai, memang dah lewat, takkan nak tunggu lagi.

Mak aku dok merayu kami nak suruh kami dia bawa pergi terus ke hospital yang besar tapi jauh sikit sebab semua rekod mak aku ada di sana. Memang kalau ikut F nak hantar ke hospital daerah saja sebab nak mudahkan ambulance tu. Aku nak tanya korang apa korang akan buat kalau mak korang kena tengking dan dimarah mcm budak kecik dan dibiar tunggu ambulance. Pastu kena pulak pergi hospital yang dia sendiri tak nak pergi.

Mak aku dah menitik air mata… tapi dia boleh buat tak peduli je.. Masih nak tunggu ambulans. Last2 suami aku dukung mak bawak naik kereta kami. Terus si F mengamuk, kata laki aku dah patahkan kaki mak…menjerit2 dia kata kalau apa2 terjadi dia takkan jaga mak aku sebab semua berpunca dari aku dan suami.

Bapak aku pulak sabrkan dan tenangkan dia katanya bapak aku nampak semuanya dia kena banyak sabar, aku nak tanya, berdosakah kami buat macam tu? Aku dah geram tapi aku sabrkan jugak,nak keluar ke kereta aku panggil anak2 aku keluar sama, tapi bapak aku tiba2 cakap tak payah lah depa ikut suruh tinggalkan, dalam hati aku takkan aku nak tinggal anak2 empat orang aku dengan si F yang duk mengamuk macam orang sawan tu.

Aku pun cakap takpa ayah anak kita kenalah kita jaga sendiri. Tu je, terus melenting lagi si F tu dia nak marah aku lagi tapi kali ni aku pulak naik darah aku jerit, KAU DIAM! Terus aku naik hantu dan tampar muka dia.

Seriously kalau ayah aku tak tegur tu minda aku dah set dah nak keluar tanpa sepatah kata, tapi apakan daya bergaduh jugak aku dengan F tu sampai tarik tudung,menyesal jugak aku buat mcm tu, tapi dah geram sangat… kalau ikutlah penampar aku bagi tu tak lah kuat, macam a tap ja on the face, tapi dia punya reaksi sampai macam nak mati dah.

Aku pun tinggalkan dia dan masuk kereta, boleh pulak si F ni pergi mengadu kat suami dia kata suami aku pulak yang tampar dia? Pastu dlm perjalanan ke hospital laki dia call marah2 kata laki aku pergi tampar si F. Tak ke pelik…

Aku gaduh adik beradik yang laki dia nak sibuk pulak marah marah orang yang tak buat apa2. Lepas dah gaduh semua, mak aku pun dah selamat masuk wad sebab memang patah dah dari mula jatuh tu ayah aku dah angkat dari tempat dia jatuh so memang takde issue pun bila suami aku angkat memang dah patah.

Masuk ward dua bulan jugak dan dalam dua bulan tu si F datang melawat sekali saja, aku bergilir dengan D datang tidur di hospital,sambil tu mark kertas spm essay pulak tu. Malam bertolak dari rumah aku, sampai kul 4-5 pagi sebelum subuh, mandikan mak dan solat subuh di hospital sebelum balik ke rumah aku sendiri 1 jam perjalanan.

Suami aku keluar kerja, aku sambung tanda kertas, masak untuk anak2 jaga budak2 tu dan bila petang bertolak semula ke hospital untuk jaga mak. F? Dia tak datang. Dia dah merajuk kononya kami (aku dan suami) tuduh dia mencuri dan kena pindah dari rumah mak.

Aku cuma cadangkan sebab dia kata dia dah baru tahi, sebab dekat sangat dengan mak, so aku cakap baik ko pindah sajalah dari dok marah2. Tapi dia tak boleh terima….

Mak aku pun geram sebab suami dia berniaga dengan guna barang2 mak aku, dia takkan beli, guna saja segala periuk belanga pinggan mangkuk mak, bil api air rumah pun dilekatkan di atas meja pakai tape untuk bagi mak ayah aku tengok supaya depa bayarkan sedangkan bil tu tunggakan sebelum mak aku pindah sana lagi, macam2 depa buat, tak lagi bab mak ayah aku pergi umrah si F ni kutip duit konon nak share adik beradik dan aku bagi lah RM1000 konon nak buat belanja mak ayah di sana…

Duit lain pun dia kutip dari adik beradik aku, tup2 aku dapat tahu dari si D dan ayah aku sendiri, duit tu dia tak bagi pun kat mak ayah aku… kami diamkan semua tu sebab taknak dengar sebelah pihak dan faham kadang2 orang tua ni mcm budak2 so aku tak ambik pot.

Tapi bila dah dituduh jadi penghasut, batu api dll aku pun jadi tawar hati nak back up dia dan rasa baik jugak kalau dia pindah keluar dari rumah mak sebab mak aku pun dok terasa hati dengan sikap dia dan suami yang buat macam mak tak wujud di rumah tu, tak tegur, tak makan sama2 dll….sekarang ni kami tak bertegur sapa. Mak aku pulak dah operate, dan di jaga oleh D, sepenuhnya sebab dia tak kerja, aku dan family pergi lah melawat dan duduk rumah mak masa cuti sekolah.

Alhamdulillah, sekarang mak dah boleh jalan, F dah pindah dan hubungan dia dengan mak aku dah ok, tapi dengan aku tak lagi. Dia tak mintak maaf aku pun tak sebab kalau aku fikirlah dia tak pernah mintak maaf kalau buat apa2 kesalahan, mesti aku je yang mintak maaf walaupun dah jelas2 dia yang salah tu pun dia takkan Salam dengan ikhlas mesti buat muka dan tak pandang muka aku.

Dari kecik macam tu dan mak aku memang akan menangkan dia walau apa pun yang terjadi. Ada satu masa tu mak aku salahkan suami aku pulak konon tuduh si F tu curi pakai barang mak masa berniaga. Kami pulak dibuang, mak aku sedih sebab dia tak balik merap jumpa mak, nangis sebab rindu cucu.

Sekarang ni tak dah sebab si F dah selalu balik, dah baik tapi aku tak jumpa dia sebab dia selalu mintak update dari ayah aku kalau aku balik dia takkan balik rumah mak. Aku tau semua tapi aku diamkan… Apa patut aku buat? Takkan nak gaduh selamanya kan?

Aku kecik hati dengan mak ayah aku yang menangkan dia. Perlukan aku pergi mintak maaf? Tapi kalau macam tu dia takkan sedar perbuatan dia yang teruk tu.

– Cik Memori (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *