Aku Dan Ahmoi

Tadi aku scroll FB, ternampak satu video cerita dari indonesia tentang bersahabat dengan penunggu rumah sewa mereka. Tetiba aku teringat dulu pun aku pernah mengalaminya.

Kisah ni sudah 15 tahun berlalu. Aku dan suami terpaksa mencari rumah sewa dengan kadar segera sebab suami kena berpindah tempat kerja serta merta.

Rumah sewa ini sangat besar boleh di katakan macam banglow jugaklah walaupun teres bersusun².

Memandangkan bos suami yang sarankan rumah sewa ini dan sewa pun murah, kami tiada pilihan dan keadaan pun memaksa pada ketika itu, jadi kami akur sajalah.

Tuan rumah ini berbangsa cina dan sudah menetap di luar negara. Rumah ini terbiar lama tanpa penghuni, tapi boss suami beritahu setiap bulan akan ada team cleaner yang datang bersihkan.

Rumah ini cantik, lengkap perabot dan tiada hiasan dinding. Means dinding kosong. Bilik atas je ada 4, satu kat bawah.

Bos minta saya dan suami sediakan kelengkapan memasak sahaja. Yang ada di dalam rumah itu boss letak dalam bilik bawah.

Malam pertama aku mula dengar seperti orang berbual² tapi tak jelas. Dalam bahasa cina pun ada, kurang jelas. Aku abaikan.

Memandangkan aku belum berkerja jadi 24 jam 7 hari seminggu lah aku di dalam rumah itu. Bila aku diatas, aku akan dengar seolah² seperti ada orang kat bawah. Bila aku dibawah aku dengar seperti ada orang kat atas.

Kalau aku lupa tutup tv, bukan lupa tapi aku sengaja on tv, kemudian aku pergi atas tv tu akan ditutup. Bukan sahaja tv, kipas ke walaupun aku tengah masak, dapur gas ke akan ditutup kalau aku tidak ada. Padahal aku tinggalkan sekejap je.

Dijadikan cerita, tengah aku goreng ayam, aku nak ke depan jadi aku berbunyi begini, “Jangan tutup ea, aku nak ke ruang tamu kejap”, hahaha..

Kalau aku nak naik atas atau nak turun ke, kipas on aku akan cakap jangan tutup kejap je aku nak ambik barang je. So benda tu tak akan tutup. Maknanya aku kena bagitau kat dia.

Suatu hari tu aku tengah makan kuaci, aku tinggalkan kuaci tu sekejap. Makhluk tu dah kemas weii.

Aku kata kenapa kemas, aku nak makan lagi. Lain kali jangan kemas, biar aku kemas sendiri. Sejak tu dia tak kemas, tapi dia protes penyapu yang aku gantung tu dia jatuhkan.

Sebenarnya aku takut jugak tapi bila pikir balik, dia tak jahat pun. Tak tunjuk muka dia pun. Buat benda² jahat ke pun tidak. Cuma dia suka kebersihan.

Kalau aku alihkan sofa nanti malam time aku tido dia jatuhkan kuali. Esok pagi aku cakap kat dia biarlah macam tu pulak. Janganlah marah. Lepas tu tak dengar lagi bunyi² dia protes.

Sebulan jugaklah aku dengan dia berkawan. Selepas rumah sebelah ini selang 2 rumah ya buat sembahyang pindah rumah baru, pasangan baru kahwin orang cina jugak. Benda tu hilang.

Aku ni melayu, kalau aku solat dia tak pernah la kacau, bila azan je dia tutup pintu kuat². Walaupun semua pintu aku dah tutup.

Ini aku tak tanya lah kenapa asal azan je mesti dia tutup pintu kuat², maunya dia jawab tak pepasal aku pingsan. Aku andaikan dia sembunyikan diri je.

Hari jiran aku ni buat sembahyang, aku ada nampak macam kelibat ahmoii lalu lalang depan rumah. Macam resah, cuma bila aku nak fokus ke arah dia, dia hilang.

Bila aku tengah buat keja macam ada nampak orang pompuan lalu lalang depan rumah. Aku rasa mesti dia. Mungkin dia nak say good bye sebab dia dah tau dia akan pergi.

Selang beberapa minggu kemudian, mak jiran aku ni datang. Dia tanya sepanjang aku tinggal dalam rumah ini, ada macam pelik² tak. Aku jawab ada tapi benda tu tak kacau pun.

Auntie tu tanya lagi sekarang ada lagi tak. Aku jawab dah tak lagi sejak anak auntie masuk rumah buat sembahyang hari tu masa tu tak ada.

Auntie tu bagitau rumah sewa kami ni memang ada ahmoii tinggal. Kesian ahmoii tu kena bunuh, kena rogol. Aku pun oh iya ke. Tak tanya lebih² cukuplah itu saja aku tau.

Masa dinner tempat keja suami, aku ikut sekali, aku tanya isteri boss suami aku tu, owner rumah tu siapa, dia kata adik dia tapi tinggal oversea. Aku tanya ahmoi ke.

Iya dia kata. Tapi dia sudah stay oversea. Dia tidak mau balik malaysia sudah. Tapi dia tak cakap adik dia sudah tiada. Aku angguk²kan je.

Sebenarnya banyak kisah aku dengan ahmoii tu. Dia tidak menakutkan, tidak pernah tunjuk muka. Dia macam kawan aku dalam rumah tu. Dia seolah² menjaga keselamatan aku.

Pernah ada beberapa orang pemotong rumput datang, tanya kalau aku nak potong rumput. Aku lihat rumput tepi² tu memang dah agak panjang,

Aku dah tergerak hati nak suruh mereka potong, belum ku cakap lagi pintu bilik di tutup kuat, bunyi kuali periuk dalam bilik bawah tu seperti di campak ke lantai. Terus niat aku nak minta pemotong tu potong rumput tak jadi.

Aku bagi alasan dan minta pemotong rumput tu datang hujung minggu sebab suami aku tak ada di rumah.

Beberapa hari kemudian dengar jiran lorong sebelah kena rompak. Patutlah kataku ada polis 2 3 hari tu buat rondaan. Dan kira ahmoi tu dah menyelamatkan aku.

Ada lagi kisah, aku ni pregnant, satu hari tu aku nak ke kedai naik motor, motor tu rupanya pancit tapi aku boleh bawa sampai ke kedai. Aku tau bila aku cerita kat suami aku ke kedai siang tu, suami tanya naik apa. Aku cakap naik motor la.

Suami kata motor tu pancit camna aku bawa. Aku cakap tak pancit pun. Boleh je aku bawa. Suami bagitau motor tu pancit, dia nak pegi keja naik motor tapi tayar pancit sebab tu dia bawa keta. Aku dan suami terkedu. Masing² dah tau dan paham. Mang keja ahmoi tu la. Xie xie ahmoii.

Aku pun tak tau kau ni hantu ke roh ke. Dalam islam dalam ajaran kami tiada hantu mahupun roh melainkan jin dan setan.

Aku anggap kau ni sejenis jin yang baik² saja lah ahmoi. Jin yang menyerupai dan menjelma menjadi mendiang ahmoi.

Aku menyewa dengan suami setengah tahun je. Rumah tu pun sudah ada owner baru.

Itu saja kisah aku dengan ahmoii. Aku bagi nama ahmoii sebab dia perempuan dan pastinya dia belum berkahwin.

Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.

– Sahaja aku. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *