Aku Dan Anxiety Attack

Assalamualaikum & hai… Lama betul rasanya aku jadi silent reader page ni. Dulu waktu aku masih jobless, bolehlah aku scroll IIUM Confessions hari-hari.

Sekarang ni, aku cuma berpeluang scroll bila habis waktu kerja, itupun kalau dapat. Adalah aku hantar beberapa confession sebelum ni dan alhamdulillah admin post jugak. Tq admin!

So berbalik pada kisah aku, aku mula dapat anxiety attack semenjak aku mula bekerja setelah berbulan lamanya aku menganggur semenjak habis belajar. Anxiety attack ni datang menyerang tiba-tiba tau.

Simptom yang aku dapat masa awal-awal tu, aku sakit kepala berhari-hari, dengan pakej pening sekali. Lepas tu waktu malam aku mula rasa badanku sejuk, tangan ku kebas-kebas, jantung berdegup laju dan aku berpeluh yakmat. Yes, walaupun badan aku sejuk, aku berpeluh macam orang baru habis workout.

Simptom yang lain macam perut memulas setiap masa, hilang selera makan, dan sebab sakit perut tu aku kerap ke tandas. Sebulan lebih aku menghidap anxiety, aku hilang 4 kg. Aku rasa lapar, tapi aku tidak lalu makan. Nafasku jadi pendek-pendek, dan kerap kali aku menarik nafas panjang. Aku rasa waktu ku seharian di habiskan dengan mencari nafas sahaja.

Ada sekali aku terpaksa admit ke wad sebab degupan jantung ku sehingga 155/saat. Macam-macam suntikan aku dapat, di samping disambungkan air ke dalam badan. Tengah-tengah demam tu jugak, aku cirit-birit. Wallahi sangat teruk dan masa tu aku tak tahu aku sebenarnya menghidap anxiety.

Selepas beberapa hari aku demam, aku bawak diri pegi klinik kesihatan. Menurut doktor, aku menunjukkan simptom seperti penyakit tiroid, dan mungkin juga masalah jantung.

Malangnya, setelah ujian darah dilakukan, pemeriksaan jantung dengan mesin ecg dan imbasan x-ray dilakukan, doktor tidak menemui apa-apa yang tidak normal padaku. Selepas itu, aku diberikan kertas yang bertulis Ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS)

DASS Test ni untuk mengetahui tahap stres, anxiety dan depresi kita. And guess what? Yes, I suffered from mild anxiety attack. Aku pulang dengan tangan kosong sebab doktor cakap, pihak diorang tak dapat bagi apa-apa ubat memandangkan aku menghidap anxiety yang masih di tahap rendah dan cara paling baik adalah dengan mengawalnya sendiri.

Anxiety juga menyebabkan aku jadi cengeng. Aku selalu sangat menangis dan ini memburukkan lagi keadaan sebab dadaku menjadi semakin sesak. Make sure breath carefully dan jangan panik kata doktor.

So perkara paling pertama aku buat adalah menjaga makan. Aku stop makan atau minum apa-apa benda yang mengandung kafein. Nescafe, kopi, teh, you name it.

Kafein boleh trigger anxiety sebab ia menyebabkan kan jantung kita berdegup laju. Teh yang aku minum cuma teh chrysanthemum, bagus untuk help soothing and calming your mind :) aku berhenti makan benda-benda yang pedas sebab bila perutku mula memulas pun anxiety attack akan berlaku.

Aku banyakkan minum air garam (Oral Rehydration Salt) yang aku beli dari farmasi sebab aku ada terbaca satu tips untuk orang yang menghidap anxiety, kita perlu sentiasa pastikan diri kita bertenaga sebab anxiety buat semua otot-otot di badan kita bekerja keras dan cepat kehilangan tenaga.

So, air garam boleh bantu bekalkan tenaga sementara aku belum ada selera makan. Dekat sebulan juga aku kerap muntah setiap kali makan. Muntah sikit-sikit takpa, ni terkeluar semua benda yang aku makan.

Untuk hal kerja pula, aku berhenti membawa beban kerjaku balik ke rumah. Sebelum ni, aku angkut segala fail dan kertas untuk disiapkan di rumah. Little did I know, tabiat tu buat aku jadi stres sebab di tempat kerja aku menghadap kerja, di rumah pun aku menghadap kerja. Perlahan-lahan aku latih diri untuk meninggal kan segala beban kerja di tempat kerja dan balik ke rumah dengan minda yang lapang serta luangkan masa untuk berehat sepenuhnya.

Aku bersyukur kerana anxiety ku belum sampai ke tahap social anxiety yang boleh buat aku takut berhadapan dengan orang. Kalau tidak, hancur musnah kerjayaku yang memerlukan aku berhadapan dengan pelbagai ragam manusia sehari-hari.

Bab bersosial dengan kawan sekerja dan orang sekeiling, aku belajar terima hakikat yang tiada siapa yang sempurna dan kita tidak boleh berharap orang sentiasa memahami kita. Be neutral dan insyaAllah semua benda akan okay.

Aku mula berlembut dengan diri sendiri. Aku selalu ingatkan diriku, it’s okay not to be okay sometimes. Memang akan ada masa-masa tertentu kita jadi futur, tapi cepat-cepatlah bangkit dan cari Allah. Tidak semua benda akan berada dalam kawalan kita, dan bersederhanalah dalam hidup.

Alhamdulillah anxiety ku beransur pulih dan sehingga ke hari ini aku masih berusaha mengawal diri supaya aku tidak diserang anxiety lagi.

Satu perkara yang aku ingin sampaikan, anxiety dan depression bukanlah kerana kita jauh dari Tuhan, tapi penyakit ni timbul bila kita terlalu banyak kebimbangan sehingga hilang kawalan terhadap diri sendiri. Boleh juga terjadi disebabkan trauma daripada kisah silam.

Jangan suka simpan masalah sendiri-sendiri sehingga memudaratkan diri, cari kawan yang boleh menjadi pendengar yang baik. Kawal emosi dengan baik dan pilih lah circle of friends yang positif.

I’ve missed the taste of latte, mocha and green tea. Doakan saya cepat sembuh dan kepada sesiapa yang menghidap depresi atau anxiety, be strong and have faith, we can do this.

Sekian….

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *