Aku sekarang umur 37 tahun. Dah berkahwin 13 tahun. Berkenalan dengan wife lebih 4 tahun hingga kahwin.
Aku lahir normal hingga satu masa ketika umur aku 11 atau 12 tahun aku ada rasa aku punya tendency untuk tengok perempuan sangat tinggi. Bila ternampak perempuan seksi sikit je aku naik nafsu.
Aku pun taktau yang masa tu normal ke tak normal. Aku pantang nampak ada gambar perempuan pakai seksi, aku akan rasa macam nak onani. And yes aku start onani around umur aku 11 ke 12 tahun.
Lagi jijik lagi, aku pernah jugak cuba nak skodeng adik perempuan aku tapi alhamdulillah mungkin nak dijaga, aku tak berjaya.
Aku rasa masa tu aku teruk sangat. Aku pun pernah cakap dengan parents aku yang aku nak sekolah asrama agama. Aku tak bagitau la sebab apa kat diorang tapi aku rasa masa tu aku nak masuk asrama sebab supaya aku dapat control nafsu aku. Aku berharap sangat masa tu.
Mula2 memang aku boleh control masa masuk sekolah. Yealah tempat baru kan. Takkan nak tunjuk. Tapi satu la yang aku pelik, aku tak tau kenapa aku dianugerah otak laju hafal.
Aku boleh hafal quran laju, aku mampu habiskan hafal 30 juzuk dalam 4 tahun macam dalam plan sekolah, tapi ada satu benda dalam diri aku yang aku tak boleh control. Iaitu nafsu aku nak tengok perempuan dan onani.
2 perkara ni yang aku tak kuat lawan. Masa sekolah tahfiz tu, cuti sekolah je aku balik rumah cuti, aku akan cari cara nak tengok gambar2 tak senonoh. Dulu adalah internet, boleh tahanlah laju dia. Komputer ada dalam bilik parent aku je.
So punya la bijak aku ingat lagi, aku guna kad nak buka kunci pintu bilik parent aku and buka komputer pastu online cari gambar2 pastu print. And benda ni banyak kali aku buat.
Aku pertahan 30 juzuk aku sampai aku habis sekolah dari form 1 hingga form 6. Aku keluar sekolah tu, memang family, kawan semua nampak aku seorang yang hafiz quran la. Lagi2 tokmak aku suka sangat aku, kalau balik kampung je dia bangga2 la aku hafiz quran, jadi imam.
Tapi aku bukan jenis yang suka nak sambung belajar agama. Lepas SPM aku sambung belajar akaun. Kira lari dari aku punya background.
Lepas SPM, lagi la masuk kolej, aku selalu cerita aku dulu sekolah tahfiz ada hafal quran semua. So kawan2 semua anggap aku baik sebab yelah dah hafal quran mesti perangai macam ustaz2 kan.
So nak dijadikan cerita masa kolej tu aku dapat laptop, yela nak belajar kan. So bila ada laptop sendiri ni lagi la. Aku boleh online macam2 laman web aku buka. And aku pernah kantoi dengan mak aku yang aku tengok p*rn. Apa lagi kena ceramah la kan.
Tapi still aku tak stop lagi. Aku hampir setiap hari aku tengok p*rn and onani. Walaupun aku ketika tu tengah couple. So masa tu tak ada orang tahu pun perangai buruk aku ni kecuali mak pak aku.
So sebab diorang tau aku dah couple, lepas kolej aku dapat kerja, diorang suruh aku laju2 simpan duit kahwin. Yela aku plan pun macam tu, sebab aku ingat aku kahwin ni aku boleh ubah aku punya ketagihan ni jadi benda baik.
Nak dijadikan cerita aku pun LDR dengan wife. Masa tu lagi la, dah la tak dapat intercourse dengan wife, jadi cara dia aku pikir tu je tengok p*rn. Tapi akhirnya p*rn sebenarnya dah tak ada apa bagi aku time tu.
Aku terpaksa cari something different dan aku terjumpa cara baru iaitu dengan s*xting. Ada la dalam facebook and wechat. Last2 aku ketagih bende ni pulak.
And after 4 years kawin, aku kantoi dengan benda2 keji ni dengan wife aku. That time memang aku kena tuduh syaitan bertopengkan manusia. Mula2 dia minta cerai, tapi aku janji dengan dia aku akan berubah.
Yes aku dapat berubah sebab aku nak pertahankan perkahwinan aku dan aku sayangkan wife aku. So aku berubah lah. Tapi akhirnya aku kecundang lagi. Aku masih lagi terjebak dengan p*rn.
Walaupun aku duduk sama, masa dia tido aku akan senyap2 tengok p*rn, masa dia outstation, masa dia OT time tu la aku layan p*rn. Aku pun taktau.
Walaupun aku dapat kepuasan bersama, nak kata aku lemah masa bersama dengan isteri tak juga. Dia dapat klimaks dia. And aku pun dapat. Tapi aku tak tahu kenapa, tengok p*rn ni macam magnet. Dia tarik aku kuat betul. Aku gagal lagi nak control.
Sampai satu tahap sekarang aku LDR, aku lagi rasa bila2 je aku boleh tengok ni. Tu yang aku rasa. Aku pun tak tau la kenapa aku mesti tengok tapi rasa nak tengok tu membuak2.
And sampai aku kantoi lagi aku subscribe *nlyfans, ada akaun twitter lain untuk tengok p*rn. Aku dituduh bila aku tengok p*rn ni aku banding2kan badan bini aku. Aku pun taktau masa aku tengok p*rn semua tu aku tak rasa nak banding2kan, aku cuma nak hilangkan rasa nak tengok tu.
Tak cukup lagi, aku masuk la apps OMI Michat Wechat, semata nak tengok gambar2 perempuan yang real. Aku kadang2 chat Hi and kat mana je pastu aku senyap. Aku pun taktau aku cari apa.
Aku dah ketagih nak scroll2 swipe2 semata2 nak chat. Ada yang kena aku chat and ada 1 2 yang chat2 s*xting macam tu. So tu yang aku dapat puaskan nafsu pelik aku ni.
And siri kantoi terjadi lagi. Aku kantoi ada perempuan lain. Sebab2 macam ni la yang buat aku hidup berpaksikan kepada nafsu aku je.
Bayangkan dah umur 37 ni, kau masih ingat lagi apa yang ko buat masa kau umur 11 tahun. 26 tahun lepas dah wei. Benda2 lain aku tak boleh ingat. Nama2 kawan2 aku dulu mana aku ingat kecuali 1 2 yang rapat dan still contact.
Aku pun taktau la sampai bila aku akan berterusan macam ni. Aku pun tak ada jawapan kenapa aku macam ni. Kantoi lagi ni aku rasa aku dah sampai tahap aku dah rasa aku ni memang syaitan.
Aku dah hopeless. Aku dah buat hati bini aku sakit dan hancur. Aku punya hidup paksikan nafus kepada perempuan tu yang buat aku hancur. Aku terikut2 dengan bisikan2 nafsu aku.
Kalau korang tanya aku tak rasa dosa ke buat macam ni? Aku dah lepas kan aku akan cakap kenapa lah aku buat mende ni. Tak rasa apa2 nikmat pun.
Korang tak percaya. Lantak la. Tapi tu yang aku rasa. Tapi lepas tu lupa dah, aku buat lagi. Tengok lagi p*rn, s*xting2 lagi kalau ada. Macam tu la pusingan hidup aku.
Apa yang aku ceritakan semua ni, korang ingat aku tak solat, mengaji, tahajud, puasa. Semua tu aku buat. Aku jadi imam. Mak mentua aku suka sangat aku jadi imam. Tapi belakang diorang, aku macam ni.
Aku rasa aku ni memang syaitan bertopengkan manusia. Lepas semua apa yang berlaku, semua kebaikan aku hilang macam iblis kena tendang keluar syurga lepas ingkar arahan Allah.
Aku dah jumpa psychiatrist untuk ubat diri aku ni. Aku bagitau psychiatrist aku, aku ni aku rasa aku ada 2 orang yang berbeza.
Ada masa aku nak buat baik, aku jadi baik, aku bergaul dengan orang baik2 je, boleh berkawan baik2, mingle around. Tapi ada masa aku nak berseorangan, aku nak buat benda2 tak senonoh ni, sampai aku malas nak jumpa orang.
Even aku distance diri aku dari family2 aku. Aku pun tak paham dengan diri aku. Sampai aku menangis depan psychiatrist aku. Dah 3 kali session, ni session yang ketiga aku nangis kali kedua selepas yang pertama.
Aku harap ada la cara aku nak ubah aku punya ketagihan ni sebab even aku baca quran, solat pun tak jalan, mesti ada cara lain. Entah la aku ni macam tak kuat dah nak hidup.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sabar ya bro. Ketagihan psikologi satu bab. Hancurkan hati isteri satu bab berlainan.
Bro take ur time dgn bro pny ketagihan. Tp bro kena jaga betul² hubungan dgn isteri sebab tak baik hancurkan hati isteri. Jgn komen² perempuan lain sebab benda² tu hamcurkan hati isteri kàlau dia tahu. Jaga aib bro depan isteri and depan oeg lain kecuali Allah. Pelan2 ngadu kt Allah. Kalau still ketagihan x pe pelan², yg oenting jgn hancurkan hati isteri dulu. Unsubscribe balik onlyfans, jgn sexting dah. Bayangkan isteri mesti x happy kalau dia tahu. J