Aku dan Bahasa Inggeris

Saya dah lama nak kongsikan kisah ni tapi tak berkesempatan. Malam ni saya terpanggil untuk menulis setelah terbaca kisah orang yang dihina kerana bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya pun pernah menghadapi situasi yang sama pada ‘beberapa tahun yang lalu’.

Terima kasih sekiranya tulisan ini disiarkan. Semoga jadi pengajaran buat kita agar tidak memandang rendah kepada sesiapapun yang ingin belajar Bahasa Inggeris atau bahasa apa sekalipun.

“Kau sebenarnya tak pandai, kau cuma pandai Bahasa Inggeris.”

“Belajar Bahasa Inggeris buat apa, nanti kat akhirat bukannya malaikat tanya, what is your name, where do you live.”

“Tak pandai Bahasa Inggeris bukannya masuk neraka pun.”

“Speaking, tapi grammar pun salah.”

“Kenapa kau suka tulis esei Bahasa Inggeris kat fb ek?”

“Nak tulis esei Bahasa Inggeris kt fb lagilah tu.”

Dan sebagainya. Kata-kata mereka adakalanya membuatkan sy sedih tetapi itu semua tidak sedikit pun melunturkan semangat sy untuk terus belajar dan berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Meskipun ramai yang berkata itu dan ini tetapi sy terus belajar dan memperbaiki Bahasa Inggeris sy tanpa pedulikan kata-kata mereka. Orang-orang itu tidak pernah diam.

Pada mereka minat sy terhadap Bahasa Inggeris ini tidak memberi manfaat pun.

Sehingga pada satu hari, ketika sy belajar di tingkatan 6, sy kekurangan duit untuk membeli buku rujukan/latihan. Sy pun membuat iklan sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk belajar Bahasa Inggeris dengan sy, iklan itu sy post di satu group FB dan tanpa disangka-sangka, kelas Bahasa Inggeris sy mendapat sambutan bukan saja daripada kalangan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak, tetapi orang dewasa juga turut ingin belajar.

Sekarang sy sudah berjaya membuka pusat latihan Bahasa Inggeris sy sendiri, mempunyai 3 orang pekerja dan syukur alhamdulillah income pusat latihan sy hampir mencecah sehingga rm5k sebulan. Mungkin jumlahnya tidaklah banyak mana untuk menunjukkan sy telah berjaya dengan ‘Bahasa Inggeris’ sy tetapi ianya lebih daripada apa yg sy sendiri bayangkan, sedangkan sy pun masih lagi belajar memperbaiki Bahasa Inggeris sy.

Buat anda yang berkata tak penting untuk belajar Bahasa Inggeris kerana di akhirat kelak kita tidak akan bertutur menggunakan bahasa ini, apa perasaan anda sekiranya seseorang berkata kepada anda,

“Buat apa kau belajar memandu, sedangkan di akhirat kelak kita tidak akan menggunakan kereta?”

Kita belajar sesuatu untuk mempermudahkan urusan kita di dunia, sekaligus memudahkan kita untuk beribadah sebagai bekalan hari kemudian. Tidak kira apa pun yang seseorang itu ingin pelajari, janganlah kita memandang rendah terhadapnya kerana berkemungkinan ilmu itu akan memberi manfaat kepada orang lain.

Bukankah sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi yang lain?

Maaf sekiranya tulisan ini terlalu panjang dan keluar topik.

Sekian.

– Kiara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit