Hi,saya H,rasanya tak perlu kot saya dedahkan diri saya.Huhu.Saya seorang remaja,yang tidak suka perempuan yang suka sangat bermadu dengan laki orang.Saya bukan tak suka tapi….entahla dengan pengalaman saya ni saya nak cerita sikit pasal ibu tiri dan derita mak saya yang tua membela 6 beranak.Hish sakit hati pun ada.
Mak saya umur dah mencecah 60 tahun dah tahun ni .Adik beradik aku semua 7 orang tapi meninggal sorang kes pukul lari sebab dengki kot tak silap aku la mak aku bercerita abang aku yg kedua ni putih,hensem pulak tu dan lemah lembut ja,banyak perempuan suka kat dia so si kawan dia ni dengki la.Dipendekkan cerita dia meninggal masa umur 16 tahun.Dekat sebelum jugar arr pencarian mayat dia org jumpa mayat dia dan mayat tak busuk pon.Mak aku time tu dah xterkatA apa dah dengan ayah aku buat endah tak endah dengan kehilangan anak dia.
Balik ke tajuk tadi,dalam 44 tahun mak aku mengandungkan aku,kira ganti abg aku yg meninggal tu,ayah aku gedik cari perempuan lain ,nikah la di Siam,mak aku tak tau ,ayah aku tinggal aku masa umur aku 1 tahun lebih kira aku tak dapat kasih sayang daripada seorang lelaki jadi aku tak suka rapat/benci lelaki,semua lelaki di dunia ni huhuhu.Ayah aku ni nikah ngan orang Siam kulit hitam,siam belah mana taktau la,tua jarak umur diaorang dalam 14-15 tahun,kira perempuan tua la.Entah macam mana boleh berkenan tah.Aku namakan dia Tok Tenun.Agak kurang ajar kan,memang saja nak lepaskan geram.
Kata Siam jadi tak lepas la kalau bukan kaki pengamal ilmu hitam aka suka sihir orang.Nasi kangkang tak kangkang semua ada,Tak tuduh aih based on sepanjang pengalaman mak aku bermadu dalam 3 bulan kot,perempuan tu pesan kat si bapak suruh tak makan makanan mak aku masak,air kopi pun si bapak ni langkau dulu baru makan,ceh!!
Sepanjang kawin dengan tok tenun tu ayah aku selau angkut barang rumah mak aku ke rumah si tok tenun ni sebagai keperluan dia.Biasala lelaki mana mahu dengan perempuan beranak 7 ,anak bnyak katanya,ceh!!
Lepas bercerai ngan si bapak ni,mak aku pindah rumah ke tempat lain sebab tanah tu tanah si bapak. Selang 4-5 tahun tu keluarga happy ending aka si bapak tu pindah duduk ke tanah tu tapi jarak sikit la sebab tok tenun tak nak duduk bekas mak aku,pigilah.Dahla tua menyombong macam dia tu sempurna sangat. Aku biarkan ja.Dalam menetap di situ tok tenun ni habis mencanang kata mak aku tak bagi anak si bapak tu jenguk si bapak.Padahal bila mak aku tanya abg kakak aku ,diaorg kata segan nak p sana menghadap tok tenun yang garang macam jambu buruk.Itu alasan kak aku.SejujurnyA si bapak ni tak pernah bagi nafkah kat anak dari kecik lagi.Aku la kadang2 tak Da duit neri barang keperluan pergi la tebal muka mintak duit,bila pergi mintak duit tu kena la sembur habih punya marah si tok tenun dengan maki dia,hina dia,babit mak aku pulaj tu,eeeish.Tapi disebAbkan aku ni orang yang berhati perut aku diam ja,sabar ja tapi kesabaran aku tak lamat bila aku menginjak usia 14 tahun kot(malas nak ingat)selepas balik dari kena hina tu(ini tahun lain)
aku berazam aku nak bagi si bapak ni menderita sebab apa yang dia buat kat kami sekeluarga,aku xnak jejak dah rumah tu dan aku nak belajar dan bercita2 tinggi untuk tunjuk kat tok tenun tu yg keluarga yg dia aniaya dulu boleh buat lebih apa yg dia buat.Bagi dia dan si bapak ni ternganga ,terlopong and masa ni aku x pandang dah kalau dia sesak duit pon aku ada hati perut lagi aku kasi lah duit bulanan utk si bapak ni.Insyallah.
Waktu semakin berganjak,penanpilan dan perangai aku pon semakin berubah.Aku lebib cenderung kepada sikap kasar aku seperti lelaki.Jangan tanyalah aku pernah buat apa,panjat pokok,lepak atas pokok,pernah maki lelaki(ni sebab diaorang ejek aku)even dengan abg aku aku pernah sepak terajang sebab dia kacau aku,naik moto pon tahap berlumba dengan mat rempit.Sebenarnya aku bukan saja saja buat macam tu aku nak buang perasaan cinta loving2 ni.Kan kata benci lelaki.Huhu.Memang perasaan benci tu takda tapo aku tanamkan kan jugak.Rambut pendek,baju besar(pakai baju abg aku),seluar pendek paras lutut,and suka eksyen macam jantan.Kalau makcik2 kg aku tengok pon lagi aku eksyen ke dia ibarat aku bagitau”Makcik,jangan ambik sya jadi menantu makcik sya kasar”kahkahkah,Makcik tu tgk ja atas bawah atas bawah.Kadang2 ada jugak makcik2 kepoh tak suka aku ni,mcm la diaorg kata .Sebab apa? Sebab aku dikategorikan kulit puih sbb kan ganti abg aku yg meninggal tu.Muka macam kacukan cina tambah dengan pakej satu satunya remaja yg masih belajar lagi.Lupa nak bgitau kat kg aku sepupu aku dgn budak kampung lain kebanyakan dah kahwin dan sedang menanti kelahiran.So makcik ni jeles.
Jujur aku kata mak tiri ni satu benda yg kita perlu elakkan sgt2.Kebnyakan mak tiri ni garang jahil dan benci,tak semua tapi kebanyakan la,hoi aku laguni pon open minded bro. Bukan jenis suma dok judge orang tanpa soal selidik.Mak tiri ni aku pandang rendah sikit tgtg cara diaorg layan anak tiri macam tunggui buruk ja.Jangan tipu riak mukamu wahai si ibbu Tiri!
Kesimpulannya,carilah lelaki bujang atau duda kalau anda rasa gedik nak kawin.Jangan duk rampas laki orang.Orang akan pandang hina dengan wanita macam ni,memangla tak tunjuk luaran tapi dalam hati .macam gunung berapi meletus.Jaga2
Sekian saja dulu daripada ;
Kak H
– Kak H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit