Aku dan Bariatric Surgery

Assalammualaikum semua. Mohon admin siarkan pengkongsian kali ni..

Nama saya John Doe, berumur lewat 30an dan bekerja di sektor swasta. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman tentang operation Bariatric (kecilkan perut).

Saya bukan dilahirkan gemuk, membesar seperti remaja lain, bersukan dan pernah wakil sekolah dalam olahraga (ceh poyo je nak cerita).

Zaman sekolah hinggalah zaman kolej, berat badan tak pernah lebih 60kg (saya lelaki yer) dan BMI 22-23.

Kemudian start kerja pada umur 22, bermulalah episod berat badan naik mendadak. Kerja saya tidak melibatkan aktiviti berat, aircond dan di tengah Bandaraya KL.

Kerja pulak ada free lunch, selalu wakil company datang belanja makan fast food. Balik kerja 9 malam, aktiviti memang singgah di kedai makan.

Setelah 3 tahun kerja, berat mencecah 75kg, berkahwin pada umur 25 dan pindah kerja ke syarikat lain.

Dengan kurang aktiviti, balik kerja terus ke rumah. Takde aktiviti jogging, main bola atau lepak dengan kawan-kawan. Dikurniakan anak pada umur 27 dan sibuk menguruskan keluarga.

Sehinggalah umur 30, berat saya 97kg dan pada umur 34 berat badan naik ke maximum 112kg. BMI 40 dan tiada masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi.

Tetapi saya ada masalah berdengkur yang serius akibat penambahan berat badan. Sehinggalah saya mengalami masalah sleep apnea, tidor semasa memandu sehingga kemalangan.

Bangun pagi selalu sakit kepala kerana selalu terjaga setiap malam. Pernah saya membuat ujian sleep study selepas dirujuk ke pakar ENT.

Untuk masalah tidor dan berdengkur, pakar ENT ada cadangkan supaya pakai alat Cpap machine semasa tidor untuk membantu pernafasan tersumbat sewaktu tidur.

Mula mencari solution untuk kurus. Pil kurus, diet Atkin, Keto, Herbalife semua dah cuba. Cuba juga IF tetapi tak bertahan lama. Ukuran pinggang 42inci dan baju XXL.

Kadang-kadang malu juga bila saudara mara, jiran tegur badan gemuk. Tapi dah selesa dengan badan sendiri dan pujuk hati sendiri.

Tempat makanan viral mana yang tak cuba, selalu ketagih air manis. Susah nak tinggalkan air karbonat, Teh boba, Teh Ais Madu. Kalau ayam panggang, boleh habiskan seekor, burger 2 biji selamba bedal.

Turning point untuk buat Bariatic Surgery ni bila dirujuk ke Dietitians Hospital. Dietitian ada buat meal plan, low calorie diet, low carbs, high protein. Tapi tak boleh ikut sebab sentiasa lesu & lemah badan.

Sehinggalah Raya 2020, saya malu tengok gambar raya Aidilfitri. Gemuk, muka kembang, baju XXL.

Bila tengok di Instagram, ada follow satu artis Raja Lawak ni dah kurus. Dia berjaya turunkan berat melalui Bariatic surgery.

Jadi saya start membaca mengenai surgery dan PM sendiri Pakar Bedah Bariatric untuk bertanyakan harga, komplikasi dan journey selepas pembedahan Bariatic.

Bulan July 2020, saya pergi ke Pusat Perubatan tersebut untuk jumpa dengan Doktor tersebut.

Prosesnya sangat mudah dan saya dijadualkan untuk menjalani pembedahan selepas disaring ketat. Saya menjalani pembedahan tersebut dan bayaran melalui akaun 2 KWSP.

Proses pembedahan melalui teknik Laparoscopy dan bukan nya secara belah perut. Doktor membuat lubang 3cm di perut dan melalui bius penuh.Tempoh pembedahan 10 pagi sampai 2 petang.

Selepas pembedahan, malam tu saya boleh berjalan seperti biasa. Sakit di dalam perut sangat minimum. Diet yang ketat selepas 6 jam pembedahan, hanya air kosong sahaja yang boleh minum.

Dieticians akan berikan jadual permakanan dan perlu mengikut diet tersebut. Hanya air kosong, susu dan protein shake sahaja yang boleh ambil.

Selepas 2-3 hari baru lah boleh makan soft diet seperti bubur, makanan yang dilecek seperti makanan bayi. Senaman berat tidak digalakkan dan hanya berjalan sahaja yang digalakkan dalam tempoh ini.

Selepas sebulan baru lah boleh makan makanan pejal (solid food) tetapi perlu mengikut jadual makanan dari Dietitian.

Penurunan berat amat ketara selepas sebulan pembedahan dan diet yang ketat.

Untuk sebulan pertama, berat saya turun ke 90kg dari 112kg (12kg turun untuk bulan pertama) dan setiap bulan secara purata berat turun 3-4kg.

Sekarang jumlah penurunan 27kg dari 112kg dan perubahan amat ketara apabila saiz pinggang mengecil ke saiz 38inci dari 42inci.

Selepas operation, masih lagi perlu follow up setiap 3 bulan dengan Doktor. Doktor akan menilai progress dan memantau permakanan.

Ramai yang kecam orang yang membuat pembedahan ini dan membuat tuduhan yang bukan-bukan.

Ramai yang kecam orang yang buat operation ini tetapi pembedahan ini membantu orang yang mengalami masalah kesihatan seperti sleep apnea.

Kami mengalami masalah kesihatan yang serius dan tujuan turunkan berat badan untuk membaiki kualiti kesihatan dan merawat sleep apnea.

– John Doe2 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *