Aku dan Boros

Terima kasih admin kiranya sudi menyiarkan perkongsian ni.
Sebelum tu aku nak perkenalkan diri. Korang boleh panggil aku N. Seorang perempuan dan merupakan student ipt di Sabah. And yes, i’m Sabahan. Umur 22 tahun. And i’m single, available and affordable. (Aku gurau je k. Tulah kamu, baca jangan serius sangat bha).

Sebenarnya aku saja je nak berkongsi pasal kisah ke’boros’an aku pada korang. Kalau sudi, bacalah.
Terus terang, aku memang seorang yang sangat-samgat boros dan juga seorang yang tak matang. Sehingga adik lelaki aku pernah cakap, aku ni macam budak-budak. Okey fine. Kuakui.

Ok next. Pernah jugaklah terfikir nak menabung. Tapi tak pernah tercapai. Sebabnya aku boros sangat-samgat tau tak. Boros tahap tak sedar diri! Dan untuk pengetahuan korang, aku bukanlah datang dari keluarga yang berada.
Sejujurnya, keluarga kami boleh dikategorikan sebagai orang miskin. Bapa aku memang seorang yang bekerja. But, gaji bersih dia just around RM5++.00 sahaja k (Nada tak bersyukur). Kerja bapa aku ialah urus masalah orang kampung dan segala yang berkaitan dengan kampung kami tulah. Rasanya korang tau kerja ni. Hihi. Next, Mak aku pula surirumah sepenuh masa. And untuk pengetahuan semua, aku ada 7 orang adik-beradik dan aku anak yang ke-4.

Korang rasa dengan gaji tu cukup tak nak sara kami sekeluarga? Bukanlah nak hina gaji bapa sendiri. Hello! aku respect dan sayang bapa aku okay. Just nak tanya korang. Of course lah tak cukup kan walaupun kami duduk kampung je. Tapi, alhamdulillah. Allah selalu mencukupkan kekurangan kami dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Abang sulung dan kakak aku dah berkahwin. So dia orang pun ada tanggungan sendiri la kan. Lagi satu, dorang pun bukannya senang sangat. Cukup-cukup makan ja orang kata. Abang aku yang seorang lagi p merantau di negeri seberang. Kerja kat sana. Tiap bulan tak pernah-pernah miss bagi duit kat kami. But still tak cukup untuk tampung kos sara hidup kami. Sebab masih ada 4 orang tanggungan yang masih bersekolah termasuk aku jugaklah.
Kadang-kadang tu sampai kena berhutang. Muka tak payahlah nak cakap, dah macam tembok. Orang kata muka tak tahu malu. Asyik muka yang sama ja nak berhutang barang kat kedai-kedai area kampung tu. Tapi apakan daya.
Kalau tak berhutang, tak makanlah jawabnya oi. Pernah tu, kami ada ubi kayu sahaja untuk di makan. Tapi kami tak pernah mengeluh. Sebab kami dah ‘ter’biasa dengan keadaan macam tu. Dan kami tetap bahagia walaupun hidup susah macam ni.

Sebab tu juga, aku boleh nampak betapa struggle nya mak bapa aku mengusahakan kebun-kebun kelapa sawit dan getah milik sendiri. Setiap hari mereka berdua ni turun ke kebun. Tebas rumput, tebang pokok and tanam kelapa sawit tu lah. Untuk anak-anak. Itulah yang selalu dorang tuturkan apabila orang kampung bertanya itu ini. Bapa aku kurus dah sebab dah tak cukup rehat. Malah kurus dari aku lagi tu. Mak aku pula dah selalu sangat jatuh sakit sebab buat kerja-kerja nilah. Tapi tulah, miskin dan susah macam mana sekalipun, mak bapa aku tetap berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan seperti anak-anak lain. Ni yang buat aku respect kat dorang.

Okey stop cerita pasal keluarga aku. Now aku nak cerita pasal ke’boros’an aku. Sejak jejak kaki kat uni ni, aku pun kena kejutan budaya. Yelah tinggal kat bandar kan. Aku suka sangat buang duit untuk perkara yang tidak berfaedah. Aku langsung tak menyimpan. Malah duit pinjaman aku pun selalu habis macam tu je. Walaupun aku tak minta dan tak bagitau keluarga aku yang aku dah kehabisan duit, mak aku macam dapat hidu bha aku tiada duit dah masa tu (sorry, keluar slang Sabah). So dorang pun transfer duit untuk aku.

Actually, aku banyak habiskan duit untuk shopping baju. Part makanan pun salah satu punca ke’boros’an aku. Pantang nampak makanan yang sedap-sedap. Bukan beli sikit okey. Banyak. Sumpah banyak gila aku beli! Sampai kawan-kawan aku tanya, boleh habis ke tak. Confirmlah habis. Aku ni kuat makan tau. Tapi aku tak gemuk. Berat masih bawah 50kg.

Ke’boros’an aku tu berpanjangan sehingga aku berada pada semester ke-4. Masa tu bukannya aku tak sedar diri yang aku ni miskin dan hidup susah so kena berjimat. Tapi tak taulah. Ianya ibarat, perempuan yang sedar dan tahu aurat tu kena tutup elok-elok tapi still tak nak tutup elok-elok. Macam tulah perumpamaan dia.
Start semester 5, semester sekarang nilah. Adik aku pun dapat rezeki masuk u. Alhamdulillah. Tapi bukan u kat Sabah ni. So bayangkan jelah, mak bapa dan abang aku tu kena tanggung kami berdua.

And ada satu kejadian ni yang buat aku sedih sangat sampaikan aku nangis bagai hilang laki. Mujur rumet balik rumah akak dia masa tu. So aku seorang jelah kat bilik. Masa tu, family aku kekurangan dan perlukan duit sangat-sangat. Lepas solat, aku nangis sepuas hati. Aku kesiankan family aku. Tapi dalam masa yang sama, aku tak berdaya nak tolong dorang. Aku hanya mampu doa pada Allah minta petunjuk, pertolongan dsb. Masa tu aku baru terfikir takkan selamanya aku nak menyusahkan dorang. Menambah beban di bahu mereka.
So start dari situ, aku pun seolah-olah tergerak hati untuk berubah supaya tidak boros dan berikhtiar cari rezeki. Dan alhamdulillah, aku dah tak seboros seperti semester-semester lalu. Aku dah jarang shopping baju dan sebagainya. Makanan pula, aku tetapkan berapa ringgit untuk makan sehari. Secara purata, makanan aku sehari adalah dalam rm4-rm6 macam tu. Aku cuma makan nasi berlauk sehari sekali. Tupun kadang-kadang kalau ada bekalan makanan seperti maggi, biskut, dan buah dalam bilik. Aku dah tak beli nasi. Selang sehari atau dua hari macam tu baru beli nasi. So far, memang jimat buat macam ni. Walaupun akan ada yang kata pemakanan aku ni tak sihat dan tak baik untuk kesihatan. Lantaklah.

Alhamdulillah, semester ni juga aku dah start menabung. Duit yang mak bapa aku bagi setiap bulan tu, 1/3 aku asingkan dan simpan sebagai tabungan. So, aku kena bijak gunakan baki 2/3 tu untuk keperluan aku. Dan alhamdulillah, setakat ni 2/3 tu memang cukup sangat. Sejak start menyimpan ni juga, aku selalu yakinkan mereka bahawa aku masih ada banyak duit belanja. So tak payahlah dorang nak bagi banyak-banyak kat aku. And yes, dorang mengalah dan dah tak bagi duit seperti sebelum-sebelumnya. Bukan apa, at least, bolehlah dorang guna duit tu untuk keperluan lain. Tapi tulah, dah tak ada shopping dan makanan yang enak-enak k. Tapi aku dah tak peduli. Sebab dah ketagih berjimat dan menyimpan. Rasa macam syok pula menyimpan ni. Ada satu kepuasan disitu.

Bukan itu saja tau, aku pun start join dropship. Promote barang orang and ambil order dari customer. And so far, berbaloi jugalah buat dropship ni. Adalah juga side income aku biarpun tak banyak mana. Hasil daripada buat dropship ni pun aku simpan. And now, family aku tak tau pun aku buat dropship. Balik kampung nanti aku bagitaulah dorang. Buat masa ni, aku tak nak bagitau sebab takut dorang risau aku tak boleh fokus pada study.

Bukan apa, aku tau aku perlukan duit untuk kegunaan di masa hadapan kelak. Next year nak konvo kena bayar. Nak intern lagi satu hal. Takkan nak mengharapkan dorang 100% kan. At least adalah juga simpanan sendiri kan daripada langsung tiada. Betul tak? That’s why aku menyimpan. Taklah nanti aku menyusahkan family. Tambahan pula, bukan aku seorang sahaja yang mereka nak kena tanggung. Aku ada tiga adik yang masih bersekolah okey.
Alhamdulillah. Melalui dropship ni juga, aku rasa aku dah tau matlamat dan hala tuju aku lepas grad nanti. Insyallah, semoga semuanya dipermudahkan. Aku mohon doa dari semua. Doakan aku supaya dapat membuat kedua orang tuaku berasa bangga dan bahagia k.

So pengajarannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak semua orang ada apa yang kau ada tu. Kadang-kala ada orang yang lebih susah dari kita. Aku bersyukur kerana kedua orang tuaku masih ada. Aku tau, ramai je kawan-kawan di luar sana yang dah tak ada kedua ibu bapa. So aku kira bertuah lagilah kan.

Akhir sekali, Sorry k kalau susunan ayat aku ni tak berapa nak cun.
Terima kasih kerana sudi baca.
Bye-bye semua.
Assalamualaikum

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit