Aku Dan Calon-Calon Jodoh

Ini kisah aku. Aku seorang perempuan berumur 26. Punya karier yang alhamdulillah cukup untuk sara kehidupan aku. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Aku sekadar nak berkongsi kisah usaha aku untuk mencari jodoh dan calon calonnya.

Aku senaraikan kisah aku dengan calon calon jodoh aku seperti berikut :

1. A

Aku jumpa A masa zaman sekolah, sebaya, helok orangnya. Kat kelas malu malu, tapi rajin text aku. Aku tahu dia minat aku, tapi aku layan dia macam kawan. Sebab aku sangat tak percaya dengan cinta monyet zaman sekolah.

Bila masing2 dah masuk U, dia ada je text aku lagi, tapi aku dah rasa, kita kawan sampai sini je. Dan bila 2 3 kali, aku tak reply dia, dah tak dengar khabar selepas tu.

2. B

Masa zaman U, aku kenal B ni. Baik juga. Solat tak tinggal, kepimpinan bagus, Banyak bantu aku. Tapi aku selalu doa, kalau dia bukan jodoh aku, jauhkan dia dari aku sejauh jauhnya. Sebab aku tak nak jaga jodoh orang.

End up, lepas zaman U, kitorang memang jauh dan dah tak jumpa lepas tu. Hahaha. Memang bukan jodoh aku. Dah kahwin dah sekarang orangnya.

3. C

Lepas aku grad, aku cakap pada mama & papa, aku nak kahwin. Tapi aku nak mereka carikan. Sebab aku tak jumpa orang yang sesuai. Masa tu papa & mama diam je, mungkin tengah fikir, siapa yang sesuai. Haha.

Bila dah lebih 1 tahun kerja & ada sekali tu aku balik kampung, papa cakap esok ada orang datang nak tengok. Waktu tu, berdebar lain macam. C datang dengan mak ayah dia, jumpa papa, mama & aku. Macam proses taaruf gitu.

Dalam hal ni, aku respect macam mana both parents handle situation, papa suruh lepas jumpa macam ni, dua dua kena istikharah, sebab tak tahu adakah betul jodohnya. Tak macam drama melayu, arranged marriage suruh kahwin.

C ni, ada je text aku, tapi aku rasa dia ni pemalu bukan hanya depan2, nak texting pun macam nak sembang apa dengan dia ni. Aku buat istikharah, dalam 3 hari.

Hari pertama masih rasa berbunga bunga, hari kedua, mula rasa betul ke dia orangnya dan hari ketiga, aku rasa nak tanya dia, buat tak istikharah? Bila aku tanya dia, dia cakap belum dan dia kata boleh ke kita kawan je dulu?

Waktu tu aku dah rasa, bukan dia orangnya. Dan aku text dia, dan text parents aku, kata jawapan istikharah aku bukan dia. Dan hati aku lapang lepas tu.

4. D

D adalah kawan sekerja aku. sebab aku dan dia single, kawan2 ofis suka nak kenenkan kami. Aku tak suka situasi macam ni. Tak suka bila hati ni, kerap menggelitis. Padahal takde apa apa pun kami berdua.

So, aku istikharah je, dalam 3 hari, tertimbul persoalan, budak ni, jaga solat ke, tak pernah nampak kat surau pun. Sebabkan aku curious, aku tanya bestfriend dia, dan jawapannyaa tidak. So segala rasa menggelitis hilang bila aku dapat jawapan tu. Aku dapat balik kehidupan normal.

5. E

Aku rasa jodoh ni perlu ada usaha, jadi aku end up daftarkan diri di laman web cari jodoh. Dalam banyak banyak orang dalam tu, aku tertarik dengan E, dan kami chat pasal banyak perkara, sampailah E nak add FB aku.

Aku approve dan selepas tu tiada lagi khabar dari E. Aku sedikit down, sebab aku rasa dia nilai aku dari paras rupa. Aku stop terus dari website ni. Dan takes time to cool down.

6. F

F aku jumpa di tempat kerja. Macam biasa, ofis aku tak ramai single, so aku kena usik2 lagi, mula2 aku gelak2 je, tapi dah lama lama aku rasa rimas dan aku buat juga istikharah, sebab aku tak nak hati aku luka, kalau aku jatuh hati pada orang yang salah.

Kes dia ni lama juga, sampai aku luah pada family aku, dan minta mama & papa doakan. Jawapannya, esok tu aku bangun rasa fresh dan aku tak fikir dah. Yes, it just not him. Dan aku boleh tengok muka dia, tanpa ada rasa malu ataupun ada feeling lain.

7. G

Aku jumpa G di Facebook Dating, G ni orang yang aku boleh sembang macam kawan dekat situ. Dan aku rasa this is good for the beginning. But end up, kita tak lagi berhubung, bila kitorang jadi kawan di Facebook.

Sekali lagi, aku fikir dia manusia yang judge based on gambar di FB. Aku kecewa sedikit dan delete FB Dating. Aku start rasa aku bukan orang yang boleh guna laman cari jodoh macam ni.

8. H

Cerita berkaitan H adalah istimewa berbanding yang lain. Dia kawan zaman U. Aku baru perasan, yang dia ni, jaga aku masa U. Bagi aku, dia ada banyak ciri ciri seorang suami yang aku dah listkan.

So, kitorang baru baru ni berhubung balik, tapi chat perkara perkara penting je. Dan aku ada rasa, yang dia suka aku. But at the same time, aku takut aku salah. Jadi macam biasa, untuk bagi hati aku tak sakit, aku istikharah.

Aku end up dengan persoalan, dia dah ada someone ke belum? Tapi kalau aku tanya, obviously pelik sangat. Aku minta kawan perempuan aku tolong, tanpa reveal siapa yang tanya.

Kami berdua end up dapat jawapan yang dia belum ada orang, tapi dia dah ada orang yang dia suka, cuma dia sendiri tak confess sebab dia belum boleh bagi komitmen dan banyak hati yang perlu dia jaga. Aku kecewa sikit, but at the same time, aku happy ada orang macam ni.

Aku cerita ni sekadar berkongsi. Aku percaya ramai lagi wanita di luar sana, yang single dan masih berusaha mencari jodoh mereka. Aku harap setiap dari orang yang sedang berusaha mencari, peroleh jodoh yang terbaik dari Allah.

Aku pernah rasa down, sebab dulu dari zaman sekolah , aku target untuk kahwin pada usia 24. Tapi sekarang, calon pun belum ada. Hahaha. But everytime aku rasa down, aku cuba naikkan semangat aku balik. Bahagia tu boleh didapati dengan macam macam cara dan bersyukur.

One thing yang aku sangat bahagia dan syukur, adalah keluarga aku. Mereka tak pernah paksa aku , terlalu risau atau bersedih dengan aku, sebab masih single. Bila aku fikirkan benda ni, semangat aku naik kembali.

Papa pesan, biar lambat kahwin, asalkan dapat lelaki yang bertanggungjawab. Sebab sekarang nak cari lelaki yang bertanggungjawab pun susah, yang jaga solat. Teruskan berdoa.

Dan ada je amalan yang papa suruh buat, tapi aku yang tak bersungguh sungguh untuk dapatkan jodoh yang baik tu. Solat tahajjud, solat hajat minta sungguh2 pada Allah.

Dan aku rasa fokus hidup aku sekarang, aku ubah kepada merasa bahagia dengan enjoy every moment in life yang aku ada. Bukan hanya memandang perkara yang kita belum ada.

Masih Single.

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *