Aku dan Dia

Salam. Saya Hana, seorang wanita menghampiri 40 tahun. Saya sekadar mahu bercerita tentang kisah saya dengan seorang lelaki, Taufiq.

Saya belum berkahwin. Tipulah kalau saya katakan yang saya tidak mahukan pasangan hidup. Tetapi memang seumur hidup saya, tidak ada seorang lelaki pun yang berminat dengan saya.

Sebagai seorang wanita, saya memang tidak pandai bergaya, tidak pandai memasak, tidak pandai mengemas rumah. Pendek kata, memang sangat kurang sifat keperempuanan yang ada pada diri saya.

Saya ada juga menyertai website mencari jodoh, tetapi memang ditakdirkan saya tidak berjumpa dengan pasangan yang sesuai.

Sehinggalah pada tahun 2021, saya betul2 give up sampaikan saya merancang untuk berpindah semula ke rumah ibu bapa saya kerana sudah penat untuk tinggal berseorangan di ibu negara.

Di waktu inilah, Taufiq muncul dalam hidup saya. Taufiq ni sudah lama kenal dengan ibu bapa saya.

Setiap kali tiba harijadi mereka, dia akan menghantar kek ke rumah. Kadang2, dia akan menghantar barang2 lain juga sebagai hadiah kepada mereka.

Sehinggakan adik saya memanggil dia sebagai anak angkat ibu saya.

Tapi itu memang sifat Taufiq. Dia sangat baik hati dan suka membelikan makanan atau barang2 untuk orang lain, bukan untuk ibu bapa saya sahaja.

Taufiq mempunyai sebuah kedai menjual X. Pada waktu tu, saya bercerita kepada ibu saya yang saya memerlukan satu produk baru.

Tidak lama selepas itu, Taufiq menghubungi saya melalui whatsapp, katanya ibu saya memberikan nombor saya kepada dia.

Dia bertanyakan apa yang saya perlukan. Masa itu, COVID masih lagi mengganas, lalu Taufiq menghantar barang2 yang saya perlukan terus sampai ke rumah saya. Dari situlah kami mula berhubung.

Selepas tiada lagi kuarantin, saya tanya Taufiq kalau2 dia ada jual produk2 secara online.

Saya ni introvert, tak suka keluar rumah. Tapi dia beriya2 suruh saya pergi ke kedainya supaya dia boleh belanja saya makan.

Perbualan kami masa tu memang seolah2 dia mengajak saya berdating. Dia bergurau mengatakan dia kena pakai baju lawa2.

Kemudian dia ada bertanya untuk memastikan saya datang seorang diri, sebab saya ni memang selalu mengikut ibu bapa saya ke mana2.

Masa tu, memang saya rasa sangat awkward, tak tahu nak sembang apa dengan dia.

Minggu seterusnya, dia ajak datang lagi. Tapi last2 minute, dia ajak saya temankan ke kenduri kahwin anak client. Tak pernah ada lelaki yang ajak saya keluar, jadi saya dengan gembiranya pergi temankan dia.

Dia pun ada bergurau, lepas ni nak minta izin ibu bapa saya untuk bawa saya keluar.

Kebetulan, abang dan kakak iparnya ada di kenduri yang sama. Dengan awkwardnya saya bersembang dengan kakak iparnya.

Masa bersembang tu ada terkeluar cerita yang Taufiq ni hantar kek ke rumah kakak iparnya, jadi kakak iparnya tanya siapa rider perempuan yang hantar kek itu.

Sambil tu sempat bergurau dengan saya, “Entah2 Taufiq ni ada perempuan lain…” Saya tak pasti Taufiq dengar atau tidak gurauan tu, tapi sebab saya tak nak malukan dia, saya tak cakap apa2.

Selepas itu, kami semakin kerap berjumpa. Kalau dulu saya selalu bagi alasan nak beli barang, sekarang kalau saya nak pergi jumpa, saya cakap je. Saya pun dah selesa dengan dia.

Tiap kali kami keluar makan, dia yang bayarkan (ni saya rasa dia buat untuk semua orang), boleh kira dengan jari time saya yang bayar.

Tu pun saya kena cepat2 pergi ke kaunter untuk bayar sebelum dia sempat. Kadang2, dia hantarkan makanan kepada saya di rumah.

Dia pun dah tahu makanan kesukaan saya. Hari tu, dia surprisekan saya dengan menghantar kek untuk harijadi saya.

Masa business dia ada masalah, saya tolong dia dan saya tak kisah keluarkan duit. Saya mula pasang impian nak mendirikan rumah tangga dengan dia.

Tapi saya tak pasti kalau Taufiq ada perasaan dan matlamat yang sama. Selama ni, dia tak pernah sekali pun datang untuk berjumpa dengan saya… saya yang selalu ke kedainya.

Dan selain dari belanja saya makan dan adalah sekali kami menonton wayang bersama, dia tak pernah plan untuk aktiviti2 lain.

Saya bersyukur dia tak pernah buat benda yang bukan2 dengan saya, kami pegang tangan pun tak pernah. Kami sangat menjaga pergaulan kami. Cuma, itulah. Saya tak boleh nak baca apa tujuan dia berkawan dengan saya.

Saya ni bukannya terdesak nak kahwin. Sebenarnya saya dah fikir panjang2 kalau saya ni betul nak berkahwin. Saya ni banyak kekurangan, saya takut kalau saya tak boleh bahagiakan dia. Kahwin ni kan satu ibadah.

Kita kahwin sebab nak masuk syurga. Dan saya juga sangat pemalu bila masuk bab2 relationship ni sebab saya tak pernah berdua sebelum ni.

Saya akui, saya tertunggu2 dia untuk memulakan perhubungan ini. Tapi hati saya dah mula resah.

Bulan lepas, kami terserempak dengan Uncle Ismail semasa makan di kedai. Uncle Ismail ni kawan kepada ibu bapa saya, jadi dia kenal dengan saya. Dan atas sebab2 tertentu, Taufiq sangat tidak sukakan Uncle Ismail.

Selalunya Taufiq akan bercakap elok2 dengan saya, tapi dengan Uncle Ismail ni, dia kasar sedikit. Uncle Ismail tanya direct kepada kami, “Selalu nampak awak berdua keluar sama2, ni ada apa2 ke?”.

Taufiq, tanpa ada keraguan, terus menjawab “Takdelah! Takde apa2!”. Yang peliknya, saya tak rasa apa2 masa ni.

Tapi selepas itu, saya rasa saya yang kena mulakan dulu, saya yang kena tanya Taufiq dulu. Saya rasa kalau nak tunggu Taufiq yang tanya dulu, macam tak ada lah kan.

Kebetulan pula, tak lama lagi ada kenduri cousin saya kahwin. Saya pun memberanikan diri mengajak Taufiq temankan saya. 3 hari dia tak menjawab ajakan saya.

Bila saya tanya balik, dia kata dia tak ada baju nak pakai, nanti tak handsome.

Saya terus balas, macam mana pun rupa dia, saya sukakan dia. Lepas tu dia bergurau kata saya tipu la tu. Saya pun balas, buat apalah saya nak tipu. Kalau cantik takpelah jugak.

Setakat itulah perbualan kami. Sekarang, saya rasa memang dia dah menolak ajakan saya. Jadi saya cuba untuk redha.

Atas sebab2 tertentu, saya tak boleh terus putuskan hubungan saya dengan Taufiq tetapi saya dah buat keputusan untuk tidak selalu berjumpa lagi dengan dia.

Walaupun saya ni tak berapa nak rajin dan tak berapa ada motivation, saya nak focuskan hubungan saya dengan Tuhan.

Itulah sahaja coretan saya untuk kali ini. Maaf atas penulisan yang panjang ini dan terima kasih kerana sudi membaca.

Saya minta kawan2 untuk tolong doakan supaya dipermudahkan urusan saya selepas ini. Terima kasih sekali lagi.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *