Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-dan-duckscarves/).
Assalamualaikum. Hopefully admin approve confession Aku & Duckscarves bahagian II. First of all aku minta maaf kalau penulisan aku dianggap sangat kasar. Aku bukan penulis yang baik & bukan juga sasterawan tapi lebih kepada kekakak yang nak berleter pada adik-adik so aku tak sempat nak berbunga-bunga dalam leteran haha. Especially adik-adik yang baru kerja & yang dalam fasa “ada duit sendiri”. Ya itu memang duit masing-masing boleh beli apa sahaja tapi kena ada ilmu financial management juga. Kenapa aku confess dalam ni sebab aku tahu mostly adik-adik akan baca. Pasal ayat English aku pakai informal words e.g gotta, wanna tapi maybe autocorrect masa admin up post ni so jadi tak complete.
Berbalik pada confession part I aku baca komen-komen ada yang setuju tapi lebih banyak marah aku. Mostly cakap aku riak sebab cerita kerja menara jagung etc. Adik-adik ini confession, so aku memang akan confess la kerja aku untuk korang lebih faham kenapa aku pon tergigih beli duck. Kalau riak baik aku expose total gaji+elaun etc. Maybe kalau aku kerja badan beruniform aku tak pulak nak fikir stock up tudung selalu lagi-lagi beli duck sebab hari-hari pakai uniform.
1) Kerja : Ya kerja aku selalu meeting di klcc. Tapi kenapa bukan kerja di klcc? Sebab aku prefer kawasan luar area klcc & dekat sekolah anak-anak aku. Aku tak mention direct pasal kerja takut orang salah faham cakap aku bangga kerja sector tu tapi kerja apa kalau dah meeting klcc selalu? Office apa yang banyak ada kat klcc? Klcc tu siapa punya? sila fikir & apply ya adik-adik :)
2) Imej : Ya memang kena maintain imej, bukan bermaksud make up tebal & pakai duck setiap masa tapi presentable & manageable. Berurusan pulak dengan semua golongan & bawa nama company. kerja bahagian marketing contohnya dapat tak close sales kalau appearance macam bangun tido? Ya betul rezeki Allah swt yang bagi tapi part kita kena berusaha sebaik mungkin biar selari semua aspek.
3) Shopping allowance: Ya memang wujud untuk encourage staff especially staff perempuan. Yang dah jadi ibu akan dahulukan keperluan anak-anak. Dengan kos sara hidup sekarang ni tak boleh nak bersenang-wenang shopping baju/tudung kerja macam orang bujang. So management decide bagi shopping allowance untuk staff happy. Kira macam tak payah fikir dah pasal baju/tudung sebab memang ada special allocation dah. Lagi-lagi kalau kena outstation ke negara yang tak sama musim. Dah kena beli baju baru. Bila staff happy kerja pon efficient. Siapa yang untung? Company jugak. Allowance tu ada yang dapat up to rm1.5k/monthly (bukan aku). Kalau yang buat marketing dapat extra allowance which is entertainment allowance (yang ni aku rasa normal orang marketing dapat entertainment allowance in advance/claimable untuk belanja clients/potential clients lunch masa hari meeting.)
4) Aku sorang je boleh pakai duck : Aku dah mention aku beli duck kalau aku rasa nak beli je bukan sebab obsess tahap tutup mata pada brand lain. Aku tak beli pon duck 1k & juga tak beli scarf lv/gucci. Aku mention “kalau nak beli”, worth lagi beli scarf lv/gucci sebab dah established. Aku ada jugak la BE, Bokitta, tudung pasar malam pun ada. Tudung mama pon aku pakai jugak kalau tudung aku takde yang boleh match baju. Aku bukan true duckies. Ada duck pon tak sampai 10 helai itu pon aku akan jual bila dah boring.
5) Stalk orang : kan aku mention aku jual preloved kalau dah boring. Setiap post advertisement mesti letak #duckscarvestoletgo #duckscarvesforsale #duckscarves potential buyer akan hunting duck pakai #. So as a seller aku pon akan search # dulu nak tengok harga competitive & reasonable untuk duck yang aku nak jual. Selain tu akan timbul juga IG/fb post yang bukan nak jual preloved duck tapi ootd, selfie etc. Okay my bad, aku terskodeng. Buka IG muka dia, buka fb muka dia 3 hari 3 malam so aku jadi nak tahu what is going on. Aku tak selalu dapat browse semua ni. Busy kerja tapi bila sekali browse berderet selfie yang sepatutnya group/# tu tempat menjual. Aku cuba husnuzon dorang ni so-called vvip tapi setiap kali upload mesti cerita kesusahan keperitan nak beli duck. Berbaloi ke susah payah tu? Untuk apa sebenarnya gigih sangat beli duck 1k. Ya sukahati dia sebab duit dia tapi kalau aku kakak dia memang aku tarbiah sentap. Aku join duckies community (online) and mostly “somebody” dalam tu. Dorang kalau up ootd takdenye nak # bagai tapi tag or “deets” je (mean details). Kita yang so-so je pulak melebih nak pergi mana. Haaa ni contoh kalau aku nak marah adik aku lah.
6) Zoom tudung : Ingat tak viral orang/ps que depan Pavilion dari subuh semata-mata nak beli duck edisi raya? Masa tu memang tengah meletop habis duck. Yang tak kenal duck pon jadi kenal bila baca news tu. TBH duck macam most wanted la time tu tengah “in”. btw aku upah ps online untuk beli so seminggu dua lepastu aku pakailah. memang ada sekempulan adik-adik zoom macam aku buat salah gitu. Aku tak pandai nak gambaran tapi macam ko penjenayah la cara dorang pandang tu. Eh tipulah kalau ko tak perasan orang pandang ko camtu. aku dapat info (aku memang outdated sikit berita sensasi) memang masa tu natizen busy judge pasal duck ori/ xori sebab lambakan duck vi*t***. Bantah inspired duck katanya. Memang ada inspired yang almost sama kalau copy range colour 100% sama dengan duck ori. Susah nak beza kalau dari mata kasar unless memang kita tahu colour tu bukan range colour duck.
7) Solat : kesinambungan cerita que di Pavillion. Ya ada terdetik sikit sebab aku takut kena balik rumah pakai telekung surau. pergi pulak mall port adik-adik lepak. Bukan aku risau duck tu hilang sebab harga/LE tapi risau aku hijabless tak pasal-pasal. Masa tu duck most wanted & boleh resell up tp rm380-400. Benda ni tak mustahil, even dalam surau still ada kes kecurian. memang akan ada orang beli lelaju kalau jual time tu. Sorry maybe aku terlajak fikir sejauh tu. My bad.
8) Kereta tempatan : aku pon ada kereta tempatan la sebuah, condition baik lagi. Maksud aku masa tulis confession tu adalah korang patut topup dulu benda yang sepatutnya e.g upgrade kereta untuk keselesaan family/anak-anak sebab kalau dah boleh beli duck 1k semua colour means ko mampu dik. Bagi aku ko upgrade dulu benda-benda lain sebelum terus menerus beli duck jangan sampai perkara lain terabai sebab rakus membeli duck. Dah beli rumah? Saving emergency 6 bulan gaji dah ada? Dah pergi atau hantar mak ayah pergi Mekah? Dah travel tengok dunia luar? dah ada tabung pendidikan anak?
Okay sorry again guna bahasa rojak. Hakak tak pandai mengarang ayat bebunga. Ini pandangan aku & apa yang aku rasa sahaja. peace :)
– Zuzhu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit