Aku dan Duckscarves

Aku dan Duckscarves

Assalamualaikum semua. Aku Zuzhu seorang pekerja swasta berusia 30-an. Aku bekerja di bidang korporat & selalu attend meeting di menara berkembar negara kita. Pendek kata aku sentiasa berimej formal.

Jawatan aku memerlukan aku meeting & berjumpa dengan ramai orang. Management kami sentiasa memberi galakkan untuk mengekalkan imej & sentiasa up to date. Kami di beri elaun shopping untuk maintain imej kami. Sebagai wanita bertudung aku memang selalu stock up tudung aku, beli baju baru tudung pon beli baru juga. Eleh korang pon sama kan? haha. Salah satu brand pilihan aku adalah duck scarves tapi aku beli corak yang aku suka je lah.

Okay sebelum kena kecam cakap aku membazir atau lebih baik sedekah yadayada, Aku dah buat semua tu takkan nak senarai pulak kan. Elaun shopping yang aku dapat adalah 100% untuk shopping. Tak usik gaji aku. Boss aku pulak jenis “celik mata” bab imej & designers’ stuff . Kalau nampak pakai baju sama ke handbag sama selalu mesti dia tanya ke mana kami spend elaun shopping yang management bagi tu, haha.

Bila duck launch tudung baru aku pon tergigih tunggu menu nak tengok full design. Kalau cantik aku try lah battle beli online or upah ps. Ada sekali tu launch tudung silk rm1k aku tak beli pon baik aku beli scarf LV ke Gucci ke kan (kalau nak beli la). Tapi aku perhati ramai adik-adik (IG dorang mostly public sebab nak tag IG duck or #) sanggup ikat semata-mata nak beli setiap duck LE pastu ootd letak segala # duck. What are you try prove dear?

Bukan aku nak pandang rendah korang jangan salah faham 0kay. Tapi kenapa mesti ikat perut beli semua duck LE? aku yang dapat “free money” (alhamdulillah) ni pon tak rasa nak spend semua dekat duck apatahlagi nak berjimat cermat sebab nak beli duck ohh tidak. Ada yang beli duck rm1k tu semua colour & akan selfie 3 hari 3 malam, upload semua medium socmed yang ada just to tell yang kau pakai duck.

Aku cuba husnuzon korang anak Tan Sri ke Dato Sri tapi aku rasa kerja bukan bidang korporat pon. So ko nak pergi mana dik, selfie dalam kereta tempatan je. Lain lah kalau kaki travel boleh buat modal ootd luar negara. Mana aku tahu? Tahulah dah semua korang update dalam socmed. Rasa macam kenal in person pulak. Sorrylah aku terskodeng pulak komen-komen.

Ada kawan-kawan tanya best ke pakai duck. Entahlah aku just nak match dengan kemeja aku je. Tudung lain pon aku beli. bila dah boring aku jual preloved. ada sekali tu aku rasa ramai orang tengok aku macam zoom duck yang aku pakai. tau tahu lah kenapa tapi rasa pasal duck. sejak ada inspired duck ni orang akan lebih cenderung nak zoom sebab nak tengok legit ke tidak lah kot haha. pastu bila solat kat surau awam timbul perasaan takut duck kena sebat dek orang time sujud. kang tak pasal aku balik rumah pakai kain telekung surau tu. macam tak kusyuk pon ada. syaithon2.

So korang rasa kenapa dorang berebut beli benda-benda trend gini, yang bagi aku tak perlu pon nak overspend sampai beli setiap colour. Berpada-pada sudah unless ko memang ada duit tak habis-habis lepas pergi haji pakej vvip macam neelofa & pusing dunia. Ke aku je yang berfikiran pelik sensorang. Nak nasihat direct tak boleh kang kata hakak iri hati pulak. Entahla nak..

– Zuzhu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit