Aku pernah menulis tentang ini sebelum ni..
Aku dah mengenali dia sejak 2023.. Seorang pegawai kerajaan tinggi juga. Aku pula seorang penuntut di uni yang ternama di negara kita. Kami kenal di program di universiti aku juga. Dia juga menuntut di disini sewaktu degree dan master.
Tentang aku, aku ni seorang gadis yang sangat berdikari, aku tak suka bercinta dengan lelaki yang sebaya aku sebab bagi aku mereka terlalu cringe, perlu text selalu, sedangkan aku tak suka. Aku sibuk dengan event, program, academic aku.
Aku pelajar yang agak dikenali sebagai seorang yang aktif, apa sahaja aku masuk mesti aku akan perform. Sama seperti academic, aku perform memandangkan aku student tajaan juga.
Dan aku juga ada income aku sendiri, aku bukan suka lelaki berusia sebab aku nak duit ye.. Aku ada duit sendiri. Selama ni memang aku bercinta dengan orang yang lagi tua sebab bagi aku mereka lebih memahami aku yang sentiasa sibuk.
Awalnya berbalas follow dan mesej sahaja. Lama2 dia confess yang dia suka aku dan sebagainya. Sampai datang jumpa itu dan ini, cakap pasal dia dah ada anak2 dan aku okay je.
Kali ni aku memang dah confirm yang dia memang duda. Aku dah minta kawan2 aku checkkan di mahkamah syariah dan sebagainya. Betul, dia dah cerai.
Sebelum ni bagi aku dia greenflag sebab dia tak pernah cerita benda buruk berkaitan ex wife dia. (duda yang aku jumpa selalu akan cakap buruk pasal ex wife)
Pastu sampailah kami dah declare beberapa bulan, dia cakap dia macam dah tak pandai bercinta. So aku pun macam rasa lah dah kenapa kan..
Time ni kami okay je, takde pun pegang2, takde cakap bukan2. Jumpa pun memang dia sentiasa nasihatkan aku jaga pakaian, jaga diri selalu, belajar rajin2, duduk pun memang dia suruh keluar tempat yang ramai orang. Sangat menjaga.
Lepas kitorang break, senyap dalam sebulan tapi masing2 masih dapat tengok perkembangan each other. Dia start balik hantar dan nak rapat dengan aku. Aku jadi tak faham dia nak apa. Dalam masa yang sama aku ni masih berharap dekat dia.
Pastu long story short kami rapat balik, tapi tak declare. Tapi kali ni selalu je cakap love you and so on. Cuma texting memang lambat balas.
Dia ambil kesah la jugak pasal aku. Dah banyak kali jumpa juga walau dah break. Pesanan sama, belajar rajin2, study selalu, jaga diri, jaga pakaian. Selalu kami keluar awal dalam pukul 8 malam, pukul 10 aku dah sampai kampus aku dah.
Nak dijadikan cerita, satu malam ni dia ajak aku keluar jam 11.30 malam aku macam okay je sebab sebelum ni dia okay. Pastu tak tahu la syaitan apa, mula2 salam cium tangan. Pastu dah terbabas, tapi yang ringan je lah. Bukan yang teruk2 tu.
Pastu dia bawak aku makan, hantar balik. Kitorang dah awkward masing2. Seminggu diam, kami text balik dan ada satu malam dia ajak aku keluar lagi. Kali ni awal. Pukul 7.30 malam. Aku cakap dalam 9 boleh tak sebab aku nak bersiap.
Pastu call “malam tak boleh bahaya, nanti jadi macam baru ni. Kita dua dah takleh kawal. Nak jumpa kena jumpa awal je”
Tapi sampai hari ni kami masih connect with each other. Aku masih takleh lupakan dia. He was my first time. Walaupun takde la tahap berzina… tapi aku rasa bersalah dengan parents aku, abang kakak aku..
Tapi aku sayang duda tu. Aku dah pernah jumpa adik beradik dia juga. Aku tak tahu nak jauhkan diri aku dari dia macam mana..
Aku dah terlanjur sayangkan dia. Soal balas text lambat ke apa bagi aku tu biasa diumur macam dia. Sebab aku yang baru masuk 20-an ni pun sejenis yang takde masa nak text orang. Apa2 call je kalau penting. Dia text aku pun aku takde nak balas laju2 sangat.
Dia pulak memang seorang yang sibuk, sekejap meeting di kl, kejap meeting di johor, kejap ada bengkel di terengganu. Yang ni yang memang aku pastilah..
Pastu dia selalu update yang dia balik keje pukul 8-9 malam centu. (yang ni aku tak pasti) tapi sepanjang aku call dia waktu2 tu memang selalu atas kete atau baru sampai rumah jugak. So aku percaya je la.
Korang rasa dia ni okay ke tak sebenarnya? Atau dia gunakan aku je?
Aku betul2 sayangkan dia tapi dulu waktu kami mula2 break pada tahun 2024 dia cakap,
“Risau bunga tinggalkan abang, bunga baru bina kerjaya abang dah nak pencen”
“Nanti abang sakit bunga tinggalkan abang”
“Bunga muda lagi, cantik, manja, siapa je tak suka. Tapi abang ada anak ramai dah”
“Abang risau tak dapat bagi kehidupan kat bunga macam kehidupan bunga sekarang”
“Abang risau bunga tak cukup dengan apa yang abang ada”
Tapi aku dah yakinkan dia, aku cukup, aku boleh settle dengan dia. Dia bukannya tak mampu. Anak2 dia pun aku tengok dimewahkan dia juga. Sama je macam aku.
Lepas cakap macam tu dia juga yang taknak tinggalkan aku. Sentiasa text aku bila aku senyap lama, dia cari aku balik.. Sampai sekarang kami rapat balik. Sampai bersayang2.
Tapi aku takut nak tanya kita ni apa, hubungan kita nak ke mana.. Aku takut aku kecewa lagi.. Aku betul2 sayang dia.
– Gadis manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik non..Hang minta kata putus kat dia. Klau betul nak kat hang, masuk minang. Bukan bawak kluaq mlm2 dating xdak hala tuju bagai. Kalau jawapan dia dok trgantung xdak hala tuju jgk, tinggalkan, fokus study dlu. Jangan dok melalut smpai nak hampir zina smua tu buat apa.. Haish
kalau xde declare apa-apa. pergi jelah kak… baiki diri jadi lebih baik.. tinggalkan dia, cari orang lain, fokus masa depan dan kerjaya dulu
Saya rasa elok adik jauhkan diri dari lelaki ini sebab dia bercerai dgn isteri dia dulu pun adik tak tahu sebab apa . Bagi saya, elok adik berkenalan dgn lelaki yg sebaya dengan adik dari duda yg dah umur byk…sekarang adik tak percaya pada kak besar, nanti bila dah kahwin dgn dia baru adik faham mengapa kakak cakap macam tu….lagi pun dia selalu outstation, jika adik kahwin dgn dia pun, adik byk masa bersendirian. Lebih baik putuskan hubungan dgn lelaki tu dan cari yg sebaya dgn adik…kerjaya dia yg sebenar pun adik tak tahu apa jawatan nya.
Tinggalkan
Klau dah ‘bersayang2’ tu, tnya jelah terus terang.., katakn awk ada mk ayah, klau betul sayangkan awk, xkan selamanya nk brjumpa mcam tu je, dia pon sedar yg dia dah semakin tua, xkan nk tunggu pencen baru nk ‘declare’ kot.. tp skarang mngkin awk bole ‘terima’ keadaan dia seadanya, yg akn dtg belom tentu lg, unless klau awk mmg dari awal x kisah, walau apa pon yg akn mendatang.. dlu sya ada seorang kawan mcm nilah.. infact dia sangat ‘bangga’ dgn suami nya yg ‘berpangkat’ walau pon dah dekat nk pencen.. tp bla bertemu kwn2, cth: mse reunion, or cuma santai2 kluar mkn, dia mcm ‘rendah diri’ plak, sbb suami org lain semuanya masih muda dan sihat, sdgkan suami nya dah berumur dan of coz, penyakit2 ‘org kaya’ (& tak kaya pon), dah dtg satu demi satu.. lg satu ank2 dia dgn isteri dlu pon x brapa ‘ngam’ dgn dia n spt ‘bersaing’ nk dpt perhatian n ksh sayang suaminya, itu x masuk bab harta2 yg suaminya ada, belom mninggal pon dah mcm nk ‘berebut’.. apa2 pon, klaw awk dah sanggup terima dia seadanya, kena lah terima apa juga rintangan yg akn mendatang, kann.. klau dia sakit, kena rawat, klau bnyak kerenah n sensitif, kna sabar n awk kna sesuaikan gaya hidup dgn org yg bkn ‘sezaman’ dgn awk, mngkin juga beza umur belasan or puluhan tahun.. klau nk ‘enjoy’ your youth time, cari jelah org yg active mcm awk, outgoing, sporting, n bole bincang apa je topic n isues yg sezaman dgn awk.., ada je org2 muda yg matang, n at the same time seorang yg bertanggungjwb, sabar, and penyayang.. it’s your choice, n provided that person mmg betul2 ‘serious’ nk bersama dgn awk dlm susah n senang.. sorry, but for me.., klau dia dah brani buat yg ‘ringan2’, sbelom ada ikatan, maybe that’s a “yellow flag”, hati2 la di jlnraya, bla2 mse bole ‘terbabas’, tambah pula dia dah ada experience.. wallahu a’lam
Dia seorang lelaki, berumur 40an, pernah berkahwin & membina/memimpin keluarga, menjadi ayah kepada anak-anak, dan juga berjawatan tinggi (memimpin orang-orang di bawahnya) dalam pekerjaan. Untuk sampai ke tahap itu, banyak yang dia sepatutnya dapat belajar dan faham hakikat dunia/kehidupan dan makna hidup manusia sebenarnya. Akan tetapi…….tak pasti penjelasan bagaimana yang mudah faham. Bahasa sinisnya, dia macam kawan yang mengajar kita untuk bertudung dan mengajak berbaju/berseluar sendat dan singkat, bersarung kaki. Celaru, kusut. Satu lagi pengecut. Antara sifat pengecut lelaki selain lari dari medan perang ialah berhubung/bersenang-lenang/keluar dengan anak perempuan orang tanpa tujuan (yang dibenarkan), tanpa ikatan halal, tanpa pengetahuan dan kebenaran bapa/wali/keluarga perempuan, tanpa ditemani mahram perempuan tersebut dll berkaitan. Nasihat saya, selepas ini apa-apa jua urusan perkenalan dengan kawan lelaki, perkara pertama libatkan keluarga awak, SENTIASA, bukan seorang diri. Akhir, komen saya berdasarkan pemahaman saya atas penulisan awak. Jika ada kesilapan/salah faham dari saya, mohon maaf.
sangat setuju dan bernas.. cm mana saya nak hubungi saudara saya juga nak tanya pendapat
Hmm my pov, awak kena nilai diri awak juga. Sbb the way you cerita, at first nampak macam so so je, normal relay dengan this guy. Tapi bila masuk part dah ‘terbabas’ tu, tiba² rasa macam awak dah ‘fall deeply in love’ dgn dia. Especially when you mentioned “He was my first time”. You hv to remember, anything haram boleh buat benda jadi Sedap/Best/Terbaik. Nilai balik your ‘My first’ tu baik ke nilainya di sisi Allah swt to be proud of, to hold on to..?
Means, kat sini i nak ajak u taubat dulu. Istighfar. Then, nilai semula your relay as well as istikharah. If u ikhlas kerana Allah swt, u ajak bawa jumpa parents. Tied a knot, make it halal. Tapi kalau afterwards dia bagi byk reason tp nak sibuk berjumpa berdua, Allah swt dah tunjuk terang lagi bersuluh dah tu :) Nafsu vs Syurga, make a good choice girl
Jangan jadi bodohlah, kalau dia betul2 nak kat ko dah lama try masuk meminang..
Salam. Adik manis, Angah setuju RR & KKKDD tulis tu. Adik jgn percaya llaki yg begini. Pura2 ambil berat, pura2 jaga awak, pura2 berlagak spt amat menjaga awak, jaga berpakaian awak, rajin menasihati, tapi dh ada red flagnye, bila berani ajak awak kluae mlm2, dh terlanjur berseronok walau x lakukan seks. Tp yg pasti awak dh diajak beedua22an & lakukan aktiviti yg mnjurus ke arah berzina. Angah mohon jauhkan diri. Jgn layan lelaki begini. Awak tolong bawa kawan atau muhrim utk kluar janji temu dgn siapa juga yg namanya lelaki. Awak yg cantik, yg comel, yg cute, yg cerdik, mmg jd idaman lelaki. Jgn bg ruang utk org yg salah mghuni hati, jiwa & perasaan awak, lg2 duda yg mcm tu. Awak noleh je nk cari lelaki yg jauh lbh matang, lbh berkarisma, berkerjaya, tp ramai je yg masih bujang. Minta dgn Allah. Doa byk2
Terdetik nak comment..
1. Ape yg u buat tu salah disisi agama kalau dah bersama2 tu..mcm dah menghampiri zina walaupun belum smpai tahap tu..
2. Hargai diri awak dik…awak ni mahal..sangat mahal..jangan jadi terlalu murah dengan kata2 lelaki..kita ni perempuan memang suka dimanjakan..tapi jangan smpai terbabas…pegang ape yg agama kita kata…bole yee ..hugsss
Don’t wasting your time. Ramai yg mcm ni…cari lah yg lbh jujur Dan bertanggung jwb.
Ini manusia bertopeng iblis.nasihat bagai..tp sedap ja hang ringan² ngn ank dara org.jenis tak hormat perempuan say hi hi bye bye.byk lg yg lebih baik.sebelum kwin dh ckp tak mmpu tunggu lagi…klu baik takdak sampai cerai jgn menyrsal tak sudah.fokus pd mak bapak dan cita².satu lg jgalah kehormatan diri.dosa awak tu maruah ayah awak.maaf
Pls leave this entanglement..selamatkan diri..tolong sangat2..untuk seorang lelaki dewasa yg dah ada anak2..sgt2 pelik dia berkelakuan sperti itu.red flag.it could be dia cari org nk lepaskan nafsu saja.org berpebglaman dia akan buat2 acah2 caring n tk tunjuk belang dia.tolong selamatkan diri.awak masih muda dan cantik n ada segala2 nya..jgn sampai terlanjur dan u tkkan maafkan diri u sdri..please listen to us..yg dah makan garam dgn pernagsi lelaki2 semua.kawan saya dah kena trapped dgn dude.. terlanjur dan terpkasa kawen..turned out dude tu useless..byk tipu helah.all the best for ur future adik yg masih ade peluang utk mencari yg Lebih baik.wasalam
setuju dengan semua komen setakat ini… dia tu dah duda adik oii… duda ni dah berpengalaman dah tempuh alam rumah tangga dan banyak lagi, tambah dia berkemampuan bukannya miskin tak berduit.. setakat nak ambik risiko jadikan bini perempuan kesukaan mereka “it’s small matter” je lah bak kata orang putih… depa takkan bagi banyak alasan itu ini… memang selalunya depa yang akan tanya adik soalan gini “bila abang boleh mai jumpa family bunga” atau “esok juga abang pi jumpa family bunga kalau bunga setuju”… itulah watak lelaki duda yang berkecukupan dan berkemampuan.. walaupun berusia dengan seribu sakit pun, tapi kalau dah libat dengan perempuan yang mereka betul2 sayang sebagai kekasih, memang mereka akan percepat dan sesegerakan urusan perkahwinan sepantas mungkin, sedangkan gunung berapi pun mungkin mereka sanggup redah, inikan pula setakat nak berdepan dengan family adik dan lamar adik.. sebab masalah kewangan ni selalu lelaki bujang punya prob jer… duda dah relax… sedangkan duda pangkat atok pun boleh ja kahwin anak dara 20 an kalau dah saling cinta… ini abang adik bunga ni umur berapa? sekurangnya mesti masih berupaya juga tu dah kesana sini masih ulang alik urusan kerja, bukannya atok yang cuma mampu layan cucu di rumah saja pun… atok yg layan cucu di rumah pun masih gagah bernikah anak dara kesukaan dia… ini kan pula baru nak pencen, apa dehal… seharusnya duda ni memang akan segerakan ja urusan pernikahan dengan perempuan yg dia benar2 serius sayang… itu ja… takda dolak dalih alasan itu ini… dia nasihat suruh bertutup sebab dia risau laki lain usya adik dan melepas lah adik ke lelaki lain, dia cuma tak mau adik layan laki lain… mudah kata dia nak makan adik sorang dia ja, taknak kongsi dengan lelaki lain… tapi dia guna ayat twist tipu muslihat seolah sedang nasihatkan adik, padahal makna sebalik tu memang gerun… adik fikir dan renung kan lah… seelok jauhkan lah diri daripada duda gatal penuh tipu daya ni ja… kita taktau berapa banyak dah mangsa dia dari kalangan anak dara naif, adik mungkin baru nak terjebak jadi mangsanya… jangan sampai nanti adik termakan kata2 dia sikit demi sikit hingga bila tahap zina tu dah jadi rutin antara dia dan adik hingga adik dah takda rasa bersalah lagi buat itu semua dengan dia… dan penyesalan mungkin datang waktu dah lambat… so run baby run as far as you can from him…