Hari ni saya nak share sikit pengalaman kerja saya dalam site construction. Saya ada degree Quantity Surveyor Uitm Shah Alam, selepas je habis degree tu dah memang start tabur resume ke serata JobStreet.
Lama juga tanam anggur (menganggur) dalam 1-2 bulan selepas tu saya dapat kerja company subcont Fire Fighting bergaji RM2,300,
Bermulalah kisah hidupku dalam dunia QS, hari pertama sampai hari ketiga balik malam beb, kejar tender submission punya hal.
Masa tu culture shock sikit sebab keje 8pagi balik 8-9malam, so lama saya keje kat company ni, agak2 korang berapa tahun? Yes betul, saya kerja 5 hari je hahaha.
Next seminggu lepas tu dapat offer kerja dan kerja esok harinya, kerja dengan subcont yang buat finishing plaster, skim, nosing tile.
Sini gaji RM2500, kat sini saya punya job scope buat VO untuk kerja2 tambahan, buatkan claim untuk subcont, buat claim ke main contractor. Itu sahaja, tidak seindah rupa.
Saya kena join safety walk (paling neraka), progress work walk, join meeting safety seminggu sekali (neraka jugak), join meeting progress (ni bala)..
Kenapa saya kata neraka, wehhh setiap kali safety walk, kalau tak kena maki tu bukan safety walk ye. Main cont ni nama IJ*, dapat teka korang terer..
So setiap kali jalan macam2 masalah scaffolding tak de green tag lah, blockwall bersepah sikit kena, nature sana kalau safety ambil gambar kena compaun tau, scaffold tak de green tag tak salah RM1k, sepah RM200,
Saya masa tu jadi kaki nego. “bang3 jangan ambil gambar dulu, saya minta orang settlekan isu ni sekarang” ni la ayat saya duk ratip hari2.
Ada yang subcont kena lagi teruk pun ada, topi safety berlubang, safety person tu amik topi tu baling ke lantai siap maki, sayu saya tengok pakcik tu yang kena. Senang ceta safety ni memang dibenci dan ditakuti.
Tapi saya kagum kat site sini iaitu memang sangat bersih dan selamat, semua teratur dan sistematik. Pastu setiap kelas dibahagi ikot colour topi safety, tak salah ye warna putih untuk management, merah untuk safety person, hijau or biru ikot electrical or mechanical, kongsikong or labour biasa warna kuning.
Sini saya kerja lama juga, agak2 berapa lama? Yes betul, 3 bulan je. Masa tu dah habis probation so gaji naik RM2800 tapi saya berhenti, yang bagus saya ni adalah setiap kali berhenti akan diganti oleh kawan2 saya.
(Geng degree dulu) ada yang masih berkerja di company tersebut ye (untung kawan dengan saya), saya berhenti sebab dapat offer kerja kat main contractor, gaji di offer RM3,200, so memang ke sana.
Projek yang saya jaga adalah development 32 biji rumah semi-d dan banglow.. Sini lagi banyak ilmu saya belajar. kat sini saya dilantik sebagai Site QS, dengar je site qs tapi semua bende kena buat.
Tapi saya tak pernah merungut, buat je, kat situ sayalah safety, sayalah qs, sayalah supervisor, macam2 site ni actually dah sakit / tenat sebab payment dari developer tak cantik, kat side main cont, ada saya site qs, senior site supervisor dan site manager, tapi site manager ni tak selalu tak ada kat site dia jaga banyak site luar.
Sini aku dapat tengok dari piling, naik base naik column, beam, naik roof truss, buat finishing, masuk pintu tingkap, jalan tiling, buat longkang dan lain2, pastu issue retaining wall crack, bilik air bocor, ceiling runtuh.
Semua saya lalu, memang good experience kat sini, setahun kerja kat sini pastu saya dapat offer tempat lain RM3,500, tapi masa tu saya memang nak ke sana, so verbal cakap kat bos sembang2
“Bos, saya nak berhenti sebab saya dapat offer kat company lain”,
Bos terus cakap “itu company offer you berapa?”, masa tu saya tak nak dia counter offer, so tipu sikit lah.
“Company tu offer saya RM4,000” dengan muka serius.
So masa tu saya ingat kiranya settle lah, tup2 bos cakap,
“You decline offer sana, saya kasi you gaji RM4,200 effective this month”
Perhhh kelu saya masa tu, blank jap 2-3 minit. naik berganda pulak.. so dengan muka selamba,
“Baik bos, saya decline offer company tu”
Bos saya masa tu naik kereta dan cakap “bagus” siap buat macam ni . Keja beberapa bulan ada chinese new year, saya dan manager dapat bonus 1 bulan. yang lain staff lain tak dapat tau, perhh betul2 nak ikat saya kat sini nih.
Dapatlah bertahan setahun lagi, lepas tu dapat offer company yang mostly projek mrt n lrt, masa saya masuk tu, saya ditugaskan jaga Projek LRT johan setia ke botanik.
Sini pun syok, saya jadi QS HQ, so best nya Sabtu Ahad cutiiiiii…. Kalau keje site normally kerja isnin hingga sabtu full day tau. Gaji kat sini RM4,500..
Masa site qs saya belajar more to site semua, masuk hq ni saya more too documentation, so projek LRT ada issue, so ditransfer jaga projek hospital bera, pun best juga..
Pastu company mula buat retrenchment, saya tak kena pun tapi saya hantar surat resign sebab environment kat situ mula toksik sebab dengan anak bos nak lead hospital bera tu, tak leh nak brain.. Sini dapat bertahan setahun lebih je.
Next dapat kerja dekat GLC, pangkat UE3 gaji RM5,000, jaga services kat hospital wanita dan kanak2 di Hospital kuala lumpur. Sini best banyak yang belajar, dapat bertahan setahun lebih, dapat lah merasa kenaikan gaji rm300 dan dapat bonus 2 bulan.. habis je disini bekerja dengan orang,
Next saya start bekerja sendiri. Sehingga harini alhamdulilah.
Tujuan saya cerita dan pengajaran dari cerita saya diatas. Saya banyak dengar cerita yang,
“korang jangan buat kerja lebih, yang untung company bukan kau, gaji sama je”
“kerja lebih masa, scope bertambah, gaji sama je”
Ini yang selalu saya dengar kat media social, kawan2 cakap, saya nyatakan bende ni semua salah. Masa saya kerja saya tak pernah say “no” untuk kerja yang saya dapat, saya buat sahaja,
Bila work load banyak terus terang kat bos “bos, sekarang on hand saya tengah buat tugas A, ada Tugas B, ada Tugas C, yang tugas bos nak bagi ni boleh saya buat tapi bos expect some delay” mostly bos akan okay.
Bila buat yang bukan scope kerja pun saya sangat suka sebab boleh tambah value saya. Bila korang semua benda tahu dari jalan kerja, process, cara siapkan semua, itu dah buat value korang naik and boleh demand gaji.
Ini pengalaman saya interview di company tak ingt dah nama company tu, tapi company tu punya project buat stesen minyak mostly projek buat petron.
Dia baca cv saya and tak percaya, so dia attack dengan soalan2 teknikal, dan semua soalan tu saya dapat jawab dan saya ada kelebihan dari qs lain iaitu saya pandai buat workprogramme. So company tu offer saya jadi “Project Engineer”. Wow, tapi saya tolak sebab dia offer gaji rendah.
So apa yang saya nak cakap, pengalaman kerja dan ilmu tu penting, experience manager memerlukan anggaran 10 tahun, tapi jika kita work hard untuk experience, process kerja, cara menyelesaikan masalah, sebenarnya perlukan 5 tahun sahaja, tapi value perlu ada.
Selain itu contoh jika korang dah ada value, lompat je kerja untuk naik gaji. Boleh belajar dari experience saya lompat dan makesure boleh bagi value, kalau kau terlalu value untuk company, company sanggup bayar berapa sahaja untuk kau stay..
Semoga share saya ni bermanfaat untuk yang bekerja, dan anda perlu tahu kerja adalah ibadah ye..
Assalamualaikum..
– Awi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Baguslah cerita positif mcm ni. Bagi semangat dan ilmu bermanfaat kepada pembaca semua.