Hai assalamualaikum semua. Aku Zahra berumur 25 tahun. Aku baru habis belajar dalam bidang kejururawatan di sebuah IPTS dan baru mula bekerja.
Kehidupan aku boleh dikatakan banyak yang dipermudahkan oleh Dia. Sebab aku ni bukan orang yang baik atau bagus sangat, tapi alhamdulillah perjalanan hidup aku agak lancar.
Tapi aku ada satu masalah yang dari dulu aku hadapi. Aku tahu kalau aku cerita ni, mungkin akan ada yang akan kecam. Tapi aku taktahu, sebab ni apa yang aku rasa dan aku hadapi.
Jadi aku just share jugak tengok ada tak orang yang hadapi masalah macam aku, dan apa nasihat yang korang boleh bagi.
Aku rasa problem aku adalah aku tak boleh kawal emosi aku. Means setiap tindakan aku akan terikut dengan perasaan / emosi aku pada masa tu. Benda ni sangat related especially pasal relationship.
Sebenarnya aku ni jenis yang taknak relationship yang main main / couple couple remaja tu.
Aku tak prefer hubungan yang macam tu, aku prefer hubungan yang serious, hubungan yang kita nak satukan dengan ikatan yang sah. Sebab aku memang tak main main kalau bab relationship ni.
Aku ni jarang berkawan dengan lelaki. Classmate zaman belajar semua perempuan, boleh katakan sejak sekolah aku banyak berkawan dengan perempuan je. Dengan lelaki ada lah beberapa orang tu pun aku dah tak contact.
Tapi aku pernah bercinta dengan orang yang aku kenal di social media. Masa tu aku budak mentah umur 20 tahun. Si dia masa tu 25 tahun dah bekerja. Masa tu aku di tahun pertama belajar.
Ada je lelaki minat hati aku terus bunga bunga. Jatuh cinta first time lah katakan. Aku berkawan dengan dia dalam setahun lebih kot.
Ada jumpa dan keluar keluar jalan2 macam tu, tapi relationship ni aku boleh katakan relationship yang tak matang. Sebab aku tak matang masa tu.
Kejap2 merajuk, kejap2 gaduh. Tapi most of the time, aku tak rasa aku sorang je yang salah. Sebab dia pun lebih kurang jugak. Ada je problem nya lepas tu merajuk.
Erm entah taktahu lah nak kata siapa yang salah. tapi selalunya lepas merajuk2 tu akan baik balik dan berbunga balik hati seperti biasa.
Masa bercinta tu zaman kegemilangan aku, pointer aku naik dapat dekan terus. Sebab aku bahagia sangat.
Aku rasa life aku dah complete. Aku berhias, berpakaian cantik, semua sebab dia. Walaupun aku bukannya jumpa dia pun. Cuma aku rasa masa tu macam dihargai dan self love aku tinggi.
Setahun lepastu, relationship tu ended bila dia secara tiba tiba kata dia rasa diri dia tak baik, ayat cliche, dia kata aku layak dapat yang lebih baik dari dia. Aku taktahu solid reason dia apa, jadi aku contact kawan dia.
Kawan dia kata dia dijodohkan dengan orang lain. Ikut family, perempuan tu lebih baik, berniqab, dan dah bekerja.
Memang jauh lagi bagus dari aku. Tapi yang pelik kenapa si lelaki ni taknak terus terang je dengan aku. Errr cerita dijodohkan family ni macam drama. So aku pun taktahu betul ke tak apa yang kawan dia cakap ni.
Masa tu aku sedih gila, frust gila sebab aku sayang dia. Aku ni jenis mudah nak sayang orang, dan susah nak lupakan.
Kalau aku dlm relationship, aku akan setia habis dan akan bagi sehabis baik lah sebab aku cepat sayang orang. Lepas dia tak contact aku tu, 3 bulan aku meroyan menangis menatapi gambar dan mesej2 lama dia. Sedih gila. Dan fasa tu adalah fasa kesengsaraan aku.
Lepastu aku masuk pondok jap, untuk aku tenangkan fikiran dan lupakan dia.
Okay lepas tu emosi aku dah pulih. Then tiba tiba dia buat comeback, tanya macam macam pasal aku yang menyebabkan aku rasa macam still ada harapan. Aku berharap, dan sekali lagi aku kecewa. Aku panggil dia lelaki tak guna.
Sebab mainkan perasaan aku, yelah aku muda lagi masa tu, cepat percaya dan cepat perasan. Sampai sekarang dia belum kahwin. Dan sampai sekarang aku taktahu apa problem yang berlaku dengan relationship kitorang tu.
Aku ambil masa lagi 6 bulan untuk aku lupa dia dan fokus dalam hidup aku. Aku jenis yang ikut emosi. Kalau mood aku tengah tak okay, aku mmg tak boleh fokus dengan hidup aku.
Pointer aku jatuh, aku tak lalu makan, aku dah tak berhias, means aku tak pentingkan langsung penampilan aku nak pakai baju apa, tudung apa, kira aku dah jadi selekeh dan aku tak rasa nak berpenampilan menarik.
Sebab aku rasa macam hidup aku dah takde apa yang menarik dan takde siapa dah nak kat aku. Study aku pun memang kelaut lah masa tu. Setiap malam nangis teresak esak bawah bantal hahahaha lol sangat. Sebab duk teringatkan sweet moment yang dah lama berlalu.
Dipendekkan cerita, dalam tempoh 2-3 tahun, aku dah kembali dengan life normal aku. Sebab aku berkawan dengan geng yang takde boyfriend takde fikir bercinta ke apa.
Just huha huha tanpa fikirkan pasal lelaki. Aku fokus belajar aku dan alhamdulillah sekarang aku dah berjaya habiskan belajar.
Tapi aku masih sama dengan sikap asli aku, aku jenis yang tak berhias, tak pandai bergaul dengan lelaki, tak pandai make up, kalau pergi kelas tu cukup pakai tshirt labuh, tudung sarung macam tu je dah cukup.
Erm kalau ada lelaki pandang aku, memang takkan terpikat lah aku rasa sebab takde apa yang menarik dengan aku. Tapi alhamdulillah aku happy sebab aku boleh fokus hidup aku, aku takde terfikir masalah lelaki, jodoh dan sebagainya sepanjang aku belajar tu.
Dan sekarang aku baru je mula bekerja. Mak aku dah mula tanya pasal jodoh. Sebab mak aku ni dah berusia. Jadi mak aku takut tak sempat tengok anak dia kahwin.
Aku faham je lah dia rasa macam tu sebab dalam family aku. Kakak aku dah umur 29 tahun pun masih takde calon. Abang aku 33 tahun pun masih takde calon. Jadi logik lah dia risau kaalu anak dia takde jodoh.
Aku rasa so far semua lancar hidup aku sebab aku tak diganggu dengan perasaan berharap dkt mana mana lelaki. Rezeki aku lepas grad terus dapat kerja. Tempat yang aku bekerja tu memang semua perempuan dan mustahil untuk aku berkenalan dengan mana mana lelaki lagi dah.
Aku mula risau sebab aku dah berusia 25 tahun, tapi aku tak berkawan dengan mana mana lelaki pun. Kalau tak berkawan, macam mana nak bercinta? Macam mana nak jumpa jodoh?
Tup tup dua hari kemudian selepas kegusaran perasaan aku tu, ada seorang lelaki hubungi aku di WhatsApp. Dulu aku pernah kenal dia di universiti aku. Aku kenal dia sebagai ahli kelab yang sama.
Masa tu masa tahun pertama aku belajar, dan sekarang dah 4 tahun berlalu. Baru sekarang dia contact dan menyatakan hasrat yang dia suka kan aku, dan berhasrat untuk menjadikan aku sebagai calon isteri.
Sekali lagi aku silap langkah. Sebab aku terlalu perasan, dan hati ni cepat berbunga.
Lelaki ni aku bagi nama B. B ni masa zaman aku belajar dulu, aku tak kenal dia sangat pun. Just tahu rupa dia, nama dia, bidang belajar dia. Tu je. Aku tak pernah borak, tak pernah tegur tak pernah berkawan lah cerita dia. Sebab aku ni pemalu sangat dengan lelaki.
Selepas seminggu berkenalan, aku mula jatuh hati. Takpayah tunggu seminggu, masa dia confess tu jugak aku jatuh hati. Sebab 4 tahun lepas aku pernah ter-crush dekat dia. Tapi perasaan tu tak serious pun.
Masa tu suka suka main main je sebab dia kacak. Sekarang B masih lagi ada setahun untuk habiskan belajar.
Aku just cakap aku nak berkawan untuk kenal kenal hati budi je dulu. Tapi aku silap. Sebab aku ter-berharap. Setiap hari aku rasa nak mesej dia. Nak attention dia.
Aku dah tak fokus dengan benda lain sebab aku rasa kau dah jatuh cinta. Kehidupan aku kembali gembira, seronok, aku mula fikir nak cantikkan diri dan aku rasa life aku ada masa depan.
Aku seronok sangat masa tu sebab aku dibuai perasaan cinta. Cehhh padahal aku sendiri tak pasti perasaan cinta tu macam mana.
Hubungan kami okay, dan dia pun jenis yang biasa biasa.
Sesuai dengan citarasa aku. Dia jenis introvert, sama jugak macam aku.
Aku suka cara hidup dia, family dia, dan sepanjang aku ber mesej dengan dia, dia tak pernah cuba bagi ayat ayat sweet, ayat pick up line, dan aku rasa dia memang serious dengan aku. Dia ada sikit masalah keluarga dan masalah keyakinan diri.
Yang membuatkan dia introvert dan aku agak susah nak faham dia sbbkan masalah introvert dia ni. Dia macam unexpected, dan aku taktahu nak cakap dia ni jenis macam mana. Jenis banyak fikir & introvert kot.
Bayangkan lah 4 tahun dia tunggu tak contact aku, setelah aku habis belajar baru dia muncul contact balik untuk nyatakan perasaan dia. So aku syak dia lah jodoh aku. Sebab, takkan Allah sesaja perkenalkan aku dengan dia.
Tapi aku ni bodoh, cepat sangat jatuh cinta. Cepat sangat berharap. Sekali lagi aku kecewa. Sebab perkenalan aku dengan si dia ni tak lama.
Dalam dua bulan je, tiba tiba dia nyatakan yang sekarang dia tak rasa untuk berada di dalam relationship yang serious. Sebab ada banyak hal yang perlu dia settelkan especially pasal belajar dan keluarga. Jadi dia taknak bagi aku harapan.
Katanya taknak buat aku tertunggu tunggu dia sebab dia pun dah tak pasti dengan life dia. Jadi dia mintak untuk kami ambil haluan masing masing dn tidak lagi berkawan.
Tapi lepas beberapa hari, aku minta dengan dia untuk tetap berkawan, tapi sekadar kawan biasa dan tak mesej selalu.
Aku faham je permintaan dia sebab dia takut aku terlalu berharap dengan benda yang tak pasti. Dan dia pun masih belajar dan ada tanggungjawab besar pada family sebab ada isu sikit dalam familynya. Dia pun muda lagi sebaya aku.
Tapi bagi aku, siapa je yang pasti tentang masa depan dia? Especially pasal jodoh.
Kita memang takkan tahu sebab ia adalah rahsia Allah. Bagi aku tak salah pun untuk berkawan. Erm aku taktahu tapi aku frust jugak lah walaupun aku baru kenal dia. Sebab aku dah mula suka dengan ciri ciri yang ada pada dia. Sekarang ni, dah kembali kepada kehidupan aku yang kusam.
Aku dah hilang fokus dan hilang semangat untuk teruskan life aku macam biasa. Aku dah takde rasa happy dan macam hilang catalyst untuk aku happy dalam hidup.
Aku tahu akan ramai yang kecam aku sebab mudah jatuh cinta dan berharap. Tapi aku tak tahu, aku rasa inilah masalah besar aku.
Aku cepat ikut perasaan, aku cepat percaya dan sayang orang, aku susah nak move on dan sekarang aku dalam fasa uhhh aku benci diri aku yang sekarang sebab aku tahu aku selalu ganggu dia.
Aku still mesej dia untuk tahu kehidupan dia, tapi dia sikit pun tak ambil tahu kehidupan aku. Dia layan aku baik je sebab kami tak gaduh. Tapi aku cuma pelik, sebab macam mana perasaan seorang lelaki tu, yang dulu nya suka, dan tiba tiba hilang macam tu je.
Kalau dulu cepat je reply mesej, sekarang ni berkurun nak tunggu reply dan reply pun sepatah. Logik ke, perasaan yang dipendam selama 4 tahun, tiba tiba hilang sekejap je…
Adakah dia dah ada pengganti aku? Atau dia dah hilang suka dengan aku? Apa salah aku?
Atau memang betul dia takut untuk bagi harapan dekat aku? Sekarang aku masih lagi ada sedikit berharap dan aku nak tackle hati dia untuk suka aku balik. Erm macam jahat je bunyinya kan tapi dalam masa yang sama aku confuse.
Apa yang patut aku buat, sama ada move on dan lepaskan atau aku tetap usaha dan doa supaya kami dijodohkan…..
Aku keliru sebab aku sangat suka kan dia. Dan aku susah nak lawan perasaan aku untuk lupa kan dia, untuk fokus life aku seperti sedia kala.
Aku sangat benci perasaan berharap yang sekarang ni sebab ia menyeksa jiwa aku. Ada tak orang yang macam aku ni? Yang jenis susah nak kawal emosi (emosi sedih, berharap) dan kalau ada, aku nak tips dari korang
Aku harapkan nasihat dan pandangan dari semua. Dan doa semoga aku dipermudahkan untuk bertemu jodoh yang baik. Kalau ada yang boleh share tips jodoh pun boleh jugak.
– Zahra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit