Assalamualaikum warga iiumc. Nama aku Isya (bukan nama sebenar), baru berusia 19 tahun. Study di salah satu kolej di Johor.
Aku tahu apa yang aku akan kongsikan ni mungkin ramai yang tak suka, tapi sejujurnya aku perlukan kata sokongan bukan kecaman. Btw confession ini agak panjang. Thanks in advance.
Straight to the point, pada pertengahan bulan 3 aku kenal dengan seorang lelaki dekat satu laman chat. Nama Haikal, berusia 27 tahun dan tinggal pun kat Johor.
Mula-mula chat suka-suka. Kami bertukar cerita pasal family, pkp, study dan background masing-masing. Setiap malam lepas Isyak, Haikal confirm online and tegur kat laman chat tu.
Masuk hari keempat, aku mintak id Telegram Haikal. Awalnya dia tolak sebab dia rasa Telegram quiet privacy. Telegram pun dia ragu-ragu, inikan pula whatsapp.
Tapi last-last dia bagi jugak. Hari yang sama, kami decide untuk call via Telegram. Paling aku tak boleh lupa, rumah dia kuat gila bunyi katak.
Rupa-rupanya Haikal ni sejenis talkative. Banyak yang dia cerita termasuklah yang dia tengah siapkan phd tahun ni dalam bidang IT.
Kami teruskan text dan call hampir sebulan lebih. Kami makin suka borak pasal life masing-masing.
Nak tau benda yang kelakar? Kami tak pernah ask for each other’s pictures. Meaning, kami tak pernah nampak rupa masing-masing. Remain as strangers yang talk over the phone. Tapi bagi aku benda tu menarik.
Lama-lama, aku rasa tak best sebab text, call semua ni perlukan masa dan komitmen. Agak buang masa di situ. Lagipun benda ni tak bawa manfaat macam kahwin ke apa kan.
So, awal bulan 5, aku bagitahu Haikal yang aku tak nak dah contact dia dan kami patut buat hal masing-masing.
Dia tak boleh terima sebab dia dah rasa selesa contact aku. Siap minta maaf kalau ada salah cakap.
Sebenarnya aku pun dah start rasa selesa dengan Haikal. Tapi aku takut benda ni akan makan diri aku bila dah start rasa suka sebab bercinta is not my thing. Akhirnya, aku block dia di Telegram.
Lepas seminggu, aku dah start rasa rindu. Adeh, ni yang aku tak suka ni. Petang tu aku cari username dia di laman chat tempat kami kenal. Aku happy sangat sebab dia online.
Akhirnya kami contact balik macam biasa sebab Haikal bagitahu dia pun rindukan aku.
Kami contact balik dan decide untuk bertukar gambar. Masa ni sakit perut aku ketawa. Bayangkan lah dah nak masuk 3 bulan contact baru tahu rupa masing-masing.
Pada pandangan aku, rupa Haikal ni biasa-biasa saja, tapi agak manis bila senyum. Dia asyik-asyik memuji aku cantik sedangkan muka aku punyalah meriah jerawat. Kah kah kah.
Masuk bulan ke enam, kami dah macam orang bercinta. Pagi-pagi wish morning dan kalau boleh hampir setiap hari call. Rasa hati ni berbunga-bunga. Pergi mana-mana pun asyik senyum aje.
Panggilan pun dah bertukar, alahai. Dari saya awak ke sayang abang. Topik pun dah berubah cerita pasal kahwin, ilmu-ilmu sebelum kahwin, lepas kahwin nak tinggal mana, anak-anak.
Cringe ke? Aku suka je. Lagi aku suka bila Haikal ni sungguh-sungguh. Siap tanya sanggup ke berjauhan dari family bila dah kahwin ? Amboi.
Hujung minggu atau waktu-waktu cuti, Haikal confirm akan ikut aktiviti-aktiviti kebajikan di madrasah. Paling aku suka, dia solat lima waktu. Banyak nasihat aku bila tengah down pasal family.
Pernah sekali aku suruh dia mengaji, dia tolak. Malu katanya. Last-last dia baca jugak surah al-mulk. Sedap Haikal mengaji, aku masih simpan recorded audio tu.
One day, aku rasa mungkin syaitan dah start nak main peranan. Bila dah selalu sangat on call, emosi dan nafsu kami makin tak stabil.
Dia cakap suara aku makin hari makin manja, jadi dia pun makin sayang. Kami mula cerita benda-benda yang agak lucah. Masing-masing rasa makin bernafsu.
Kami tak jumpa-jumpa lagi sampai sekarang sebab kami takut zina. Sebenarnya aku tak salahkan Haikal sepenuhnya sebab aku percaya lelaki memang lemah bab-bab ni hatta dia solat 5 waktu sekalipun.
“Kita jangan jumpa sekarang, takut nanti kita buat benda tak patut”
“Kita patut jaga emosi masing-masing, jangan terbawak-bawak sangat dengan nafsu”
Aku hafal sangat ayat dia ni.
Makin hari kami makin berani. Sanggup on call dari malam sampai pagi semata-mata nak cerita benda-benda lucah. Mula pakai istilah-istilah yang tak senonoh.
Sebenarnya banyak lagi kami dah buat. Aku nak tulis pun malu, walaupun aku kekal anonymous. Aib kan.
Ya, aku tau kami salah. Terlalu ikutkan hati bercinta. Esoknya kami rasa insaf dan janji tak nak buat lagi.
“Kita kena pastikan anak-anak kita tak jadi macam kita”
“Pastikan diaorang lagi baik dari kita”
Benda dah berlarutan macam ni, kami decide nak ambil tempoh bertenang, tak nak contact dalam seminggu dua untuk stabilkan emosi.
Kami sama-sama usaha nak bersihkan hati otak masing-masing balik. Betulkan balik solat, even jahat macam mana sekalipun jangan putus asa taubat.
Bulan ni masuk 9 bulan aku kenal Haikal. Bulan satu nanti baru kami contact balik. Mesti ada yang tertanya-tanya, bila nak jumpanya? Entah lah aku pun tak tahu, tak sedia lagi.
Banyak kali dah kami buat tempoh bertenang ni sebenarnya untuk elak cerita benda-benda lucah. Rasa sayang tu makin dalam.
Mungkin ramai yang akan cakap aku terlalu muda nak faham perkataan cinta sayang tu. Betul lah tu. Cuma bayangkan korang kat tempat aku. Melihat dari perspektif aku sekali
Dah banyak kali aku cuba lupakan dia, tapi asyik gagal aje. Dia pun berapa kali dah block aku. Tengok-tengok dia cari aku balik.
Persoalannya di sini, patut ke aku lupakan Haikal? Patut ke bulan satu nanti aku aku elak contact dia?
Aku dah cakap, aku nak kahwin umur 24. Kiranya 5 tahun lagi. Dia cakap dia sanggup tunggu, aduh. Lagipun aku percaya Haikal boleh dapat perempuan yang jauh lagi baik dari aku.
Sebab Haikal ni educated, kerja stabil, dari keluarga baik-baik pula tu. Tipulah kalau aku tak persoalkan diri sendiri, layak ke aku nak dengan orang macam dia? Apa patut aku buat? Bantulah aku.
– Isya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit