Assalamualaikum and hai. So, based on tajuk aku tu, aku nak cerita tentang macam aku yg dulunya sangat kerap dirasuk jin and skrg ni boleh dikatakan Alhamdulillah sangat sihat nak dibandingkan dgn dulu.
Mula tahun 2008, aku selalu sendawa yg sgt bnyak. Lepas sejam sendawa pun , angin dlm bdn byk lagi. Mmg semua org pelik tgk aku yg baru masuk sekolah menengah tp angin dlm bdn sgt byk. Sampaikan setiap kali lepas mkn, aku akn sendawa sampai muntah. Terutama bulan puasa. And lepas sendawa tu, mmg aku akan sgt penat. Dan sendawa tu bukannya normal mcm org lain. Dgn bunyi yg sgt kuat and angin yg sgt byk. And aku jugak selalu nampak benda2 yg manusia lain tk nmpak. Tapi aku selalunya tak nmpak solid bentuk benda tu. Tapi aku tk pernah fikir utk berubat pun. Aku just mkn gaviscon je tp mmg tk mmbantu.
Tahun 2010, aku pindah sekolah. And aku masih sendawa lagi. And ada kwn aku suggest utk berubat sbb dia ckp takut ada benda lain. Aku pun pergi jumpa dgn seorang ustaz yg pakar bab2 gangguan jin ni. Bila dia dgr aku sendawa, dia terus call kwn dia and ckp yg mmg benda ni tk normal. And besoknya, pagi di sekolah. Aku masih sendawa and ada ustaz dtg, pegang kepala and azankan aku. Makin lama aku makin lemah. And utk pertama kalinya aku kena histeria. Aku jatuh terjelepok and aku dgr org menjerit. Tapi aku tk sedar rupanya aku yg menjerit tu. And lepas tu baru aku sedar yg aku kena histeria. Tapi aku jadi separuh sedar. Aku kenal semua yg di sekeliling aku tapi aku tak boleh control diri aku. Lepas dri tu, aku selalu kena histeria.
Dah mcm2 cara aku pergi berubat, setiap tahun berkali pergi berubat and berkali kena histeria. Tapi sampai skrg tktahu apa punca nya. Ada yg ckp saka. Sbb jin ni mmg tknak lepas. And setiap kali berubat, jin tu tknak ckp. Tapi yg paling seksa time berubat, sbb aku rasa sakit mcm jin tu rasa. Sbb aku separuh sedar. Aku tny ustz, kenapa aku jd separuh sedar mcm tu, knp tak pengsan terus. Ustaz tu ckp sbb awak masih ada amalan. Lepas beberapa tahun berubat, ada satu tempat yg aku berubat ni. Kali ketiga aku berubat di situ, ada satu part tu, ustaz tu minta aku baca surah al-ikhlas.
Waktu ni aku masih lemah lepas kena histeria. Belum betul2 sedar. And aku baca surah tu, dan dgn automatiknya tgn aku menarik sesuatu dari perut hingga lah keluar ke mulut. Aku mmg terkejut sgt time tu sbb tgn aku bergerak sendiri. Lepastu, ustaz tu ckp, mungkin lepas ni aku dh boleh buang bnda tu sendiri. Lepas dri berubat tu, aku masih tk sembuh. Byk kali lg aku pergi berubat tpi tmpt lain pulak. Tapi byk yg ustz tu suruh keluarkan sendiri masa aku kena histeria tu. And bnda yg sma jdi. Aku boleh tarik benda tu keluar sendiri. Bila dh tk larat, baru ustz tu tolong sambung keluarkan bnda tu.
Tahun 2017, aku masih kena histeria. Tapi selalunya bbrapa hari sblum kena, aku akan jd sgt tk selesa. Rasa tertekan, tk boleh tidur. And waktu tu aku jauh dari family. Tapi aku gagahkan jugak drive balik rumah. Sampai je kat rumah , aku terus jatuh and kena histeria. Ptg tu family aku bawak pergi jumpa sorg ustaz ni. Bila sampai, ustz tu ckp, cara dia berubat, dia akan bekam. Tapi kalau tgh agresif, dia tk boleh nak buat. So dia mintak utk aku cuba kawal diri aku at least 60%. Aku cuba and finally aku dpt control diri aku tp tk sepenuhnya. Ustz tu crita dia akan bekamkan aku di tempat2 yg kritikal. And aku mmg nangis time tu sbb dia nk bekam kat kepala jugak. Mksdnya akan berlubang laa kepala aku tkda rambut. Tapi lepas mak aku pujuk. Aku ok. Masa bekam tu, ada jugak keluar suara jin tu tapi aku masih boleh kawal. Lepas je bekam, mmg sakit. And ustaz tu ajar aku utk pagar diri. And ustaz tu suruh amalkan bbrapa amalan yg Alhamdulillah sampai harini aku masih amalkan.
Lepas bebrapa bulan dri tu, aku ada kena histeria tpi sekali je and tak lama. Mmg tkda ubat apa, benda tu keluar sendiri. And lepas dari tu sampai lah skrg, aku makin kuat dan Alhamdulillah dah tk kena histeria. Sebenarnya aku tak pernah rasa kuat mcm ni sblum ni . dia mcm dtg sendiri. And aku tak tahu mgkin jugak sbb amalan yg diamalkan. Tapi aku sgt bersyukur sbb aku boleh dikatakan sgt kuat berbanding dulu. Walaupun aku rasa aku belum sihat sepenuhnya dan mungkin masih ada jin dlm bdn, cuma dia diam tkda reaksi. Skrg ni, kalau aku rasa tk selesa je, aku terus baca ayat qursi dan cuba tarik benda tu keluar. Alhamdulillah berkesan. Tapi satu benda yg aku sgt faham lepas beberapa tahun ni, mmg semuanya terjadi dgn izin Allah.
Walaupun dah berpuluh tempat aku pergi berubat, selagi Allah tak izin, aku tkkan sembuh. Tapi bila Allah dh izin, sampaikan aku pun tk prcaya aku dh sihat mcm ni. Besarnya kuasa Allah. And sampai skrg aku tak tahu apa punca gangguan ni, sbb bila aku tgk tanda2 dari kecil, byk ke arah saka. Tapi aku mcm tknak ambik tahu sgt punca nya, aku byk berdoa minta kesembuhan je dari ALLAH. Moga semua yg senasib dgn aku, diberi kesembuhan sebaiknya. Teruskan berdoa. InsyaAllah.
– dorae
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit