Aku Dan Ibu Mertuaku

Namaku Mila. Bukan Mila AF sebab aku tak pandai nyanyi. Aku dah berkahwin, dan kini usia perkahwinanku mencecah 5 tahun.

Selama 3 tahun perkahwinan, aku duduk sebumbung dengan ibu mertuaku. Ibu mertuaku sorang ibu tunggal, kematian suami.

Memang awal perkahwinan, suami dah bagitahu awal-awal yang aku akan duduk sama-sama dengan ibu. Lagipun ibu duduk seorang je. Jadi aku memang willing dan berbesar hati untuk tinggal bersama-sama ibu.

Ibu mertuaku ibu moden, ibu yang duduk di bandar dan masih bekerja. Memang aku dan ibu bestfriend sangat. Balik kerja sama-sama, lepastu kami akan singgah shopping. Masak sama-sama, baking sama-sama, semua kami buat sama-sama.

Awal-awal kahwin memang semuanya wangi. Lagipun masa tu aku belum ada komitmen anak. Anak masih dalam perut. Jadi boleh bagi sepenuh perhatian dan layani ibu mertuaku.

2 tahun kemudian aku dikurniakan seorang anak. Tak lama lepas tu ibu dapat jodoh dan pasangan hidup. Selepas ibu kahwin, dia minta suami dan aku jaga rumah baik-baik.. Ibu akan berpindah ikut suami.

Selepas ibu pindah, banyak masalah dalam hubungan rumahtangga aku dan suami timbul. Kami kerap bergaduh.

Ibu mertua aku mula bersikap sentiasa nak ambil tahu tentang rumah tangga kami. Mula2 aku tak kisah sebab aku positif, mungkin dia nak ambil berat setelah duduk berjauhan dengan kami. Tapi benda tu jadi melarat sampai kami suami isteri selalu gaduh.

Kami keluar hujung minggu ibu akan pertikaikan, kami keluar sambut anniversary ibu persoalkan. Segalanya ibu akan tanya. Tentang keuwangan ekonomi kami pun ibu nak ambil tahu.

Bila husband pertahankan rumah tangga kami, ibu terus direct cakap, “Suami aku berubah selepas kahwin”.

Suamiku anak sulung, sejak kematian ayah, suami yang galas semua tugas dalam keluarga. Suami aku lah yang menguruskan semua termasuk bayar rumah yang sekarang aku duduk ni. (rumah ibu)

Aku akui, suamiku memang berubah, dia berubah kerana ada tanggungjawab dengan isteri dan anak. Tapi dia tak lupa tanggungjawab terhadap ibu. Mungkin ibu yang tak nampak.

Bila sekali sekala ibu datang ibu akan pertikaikan segala kekurangan dirumah. Kenapa “Gas habis?” “Kenapa bawang habis?” “Kenapa beras habis?” rasanya semua dimata ibu tak kena.

Bagi kami pasangan yang baru nak hidup ni. Kekurangan kat dapur tu normal, kebetulan hujung bulan. Aku sendiri ckp dengan suami, “Tak apa bang, biar la kosong, nt cukup bulan kita pergi belanja”.

Aku pula seorang yang suka rumah bersih dan cantik, so rumah ibu memang sentiasa kemas dan teratur. Setiap tahun aku akan deco rumah ibu sampai sedap mata memandang.

Walaupun aku bekerja, aku tetap akan ambil masa mengemas rumah dan berhabis duit. Ibu pun ada pesan, “Jaga rumah ni baik-baik mcm rumah sendiri” tapi sayang, ibu tak nampak. Aku jadi sedih.

Bila ibu balik sekali sekala dia akan bising pada suami aku. Katanya kami tak menguruskan rumah. Aku sedih sangat. Walaupun ibu tak direct aku, dia cakap melalui suami, aku terasa tempiasnya… Tak cukup ke effort aku selama ni?

Ibu pun suka datang mengejut. Kadang-kadang aku sendiri tak prepare rumah untuk sambut kedatangan ibu. Aku tak sempat nak masak yang sedap-sedap.

Ada hari aku keluar dengan suami, sampai rumah, ibu sudah kat dalam. Ya, aku tahu itu rumah ibu. Ibu boleh masuk dan keluar sesuka hati ibu. Tapi bagi aku, ibu dah tak hormati kami yang duduk kat situ. Ibu tak inform kami nak datang. Aku pula jadi cuak.

Perangai ibu mula berubah sejak adik ipar aku berpisah dengan pasangan… Adik ipar mula duduk sebumbung dengan kami.

Sejak dari tu, rumah tangga kami sedikit huru hara. Aku tak dapat control keadaan. Ibu asyik menyalah kan aku dan suami. Ibu mula menghasut yang bukan-bukan pada adik iparku supaya membenci kami.

Nasib baik adik ipar aku ni baik, dia sendiri nampak perangai aku dan suami ni sebaliknya dari hasutan ibu mertuaku. Segalanya memang tak kena dengan kami. Segala tindakan yang kami buat dalam rumah tu semuanya salah.

Bila kami menegakkan keadaan, kami yang bertambah2 jadi salah. Ibu mula playvictim.

Ayat ibu berulang-ulang akan cakap “Suami aku berubah lepas kahwin” sampai satu tahap aku tak tahan, dan aku sendiri minta suami lepaskan aku.

Bagi aku, suami aku tak pernah berubah. Dia adalah sebaik-baik anak dan taat pada orangtua. Yang membuatkan dia berubah apabila dia ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Bagi aku, yang salah adalah ibu. Ibu tak nampak effort anak dia. Ibu buatkan suami tersepit diantara tanggungjawab kepada ibu, isteri, dan anak. Suami aku hari2 stress dan tertekan.

Kadang aku sendiri tak tahan dengan kata2 ibu. Kata-kata ibu perit sangat nak kutelan, sampai aku rasa tak nak balik rumah. Tangan aku kerap menggigil. Mungkin aku dah mula ada anxiety. Aku jadi takut dengan kata-kata pedih dari ibu.

Aku mula rasa letih, aku letih penat bekerja pagi ke petang kat ofis. Sampai rumah sambung dengan drama keluarga. Aku nak uruskan anak dan suami lagi.

Aku penat. Aku kerap nangis. Aku kerap juga balik rumah famili aku, sebab aku stress. Aku hampir nak buat temujanji dengan pakar sakit jiwa bila buat ujian dass result aku menjurus ke arah anxiety & stress.

Aku bagitahu suami, kalau tak nak lepaskan aku keluar dari circle ni, bawa lah aku pindah keluar. Aku penat.

Dan akhirnya suami setuju bawa aku keluar pindah. Masa nak pindah pun penuh dengan drama antara ibu, suami, aku dan tak pasal-pasal adik ipar pun terlibat.

Bagi aku, keputusan pindah keluar ni adalah keputusan yang terbaik suami buat. Suami perlu jaga emosi dan mental isteri.

Aku ni dah tahap depress ya. Dah tak bermaya. Tak ada life nak hidup. Yelah, hari-hari aku nak kena telan semua kata2 ibu. Aku jadi lemah. Aku tak pandai nak melawan dan naik suara. Aku hanya mampu diam.

Sekarang rumah famili yang dulu kami jaga, dah diambil alih oleh adik ipar. Ibu pun sekarang dah kerap balik rumah sejak kami keluar.

Kalau ikutkan banyak dah suami laburkan untuk rumah tu. Dari zaman bujang sampai lah kahwin, tak pernah miss bayar rumah ibu. Sampai lah rumah dah habis bayar. Tapi tak apa, suami aku cakap, “Itu tanggungjawab abang sebagai sorang anak lelaki”

Tahun kelima perkahwinan, kami berjaya duduk sendiri. Rupa-rupanya bila hidup sendiri di rumah sendiri walaupun menyewa, baru aku rasa nikmatnya berumah tangga.

Biarlah makan nasi dengan garam pun, tiada siapa yang akan pertikaikan. Kerana itulah susah senang dalam rumah tangga. Bangun jatuh kehidupan suami isteri. Buat yang baru nak berkahwin, cubalah tinggal berasingan dengan keluarga.

Bagi aku, aku tak menyesal tinggal dengan mertua, aku pernah rasa manisnya bersama ibu. Aku juga tak menyesal pindah keluar. Semua tu nikmat yang berbeza.

Alhamdulillah untuk aturan Allah ini.

– Mila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Awak sangat kuat.Mungkin sebahagian ibu mertua memang sama perangai.Sebijik perangai mak mentua saya.Ya allah kuatkan la kami hadapi ujian dengan ibu mertua.Suami awak sangat baik dan memahami.Walaupun dia ada ibu tapi dia tak tinggalkan awak sebagai isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *