Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Diharap confession ni akan disiarkan dan sedikit sebanyak memberi info berguna kepada yang membaca.
Aku, seorang mama kepada 5 orang anak yang bekerja.
Kesibukan mengurus rumahtangga dan kerja menyebabkan aku alpa dalam menjaga kesihatan, walaupun aku sebenarnya seorang kakitangan perubatan.
Aku tidak bersenam kerana kekangan masa dan malas dan aku juga langsung tidak mengawal pemakanan.
Aku seorang yang mempunyai “sweet tooth” (pi google sendiri), dan menganggap pengambilan desert sebagai reward atau stress release mechanism.
Aku mulai diserang sakit kepala dan susah bernafas selepas makan.
Pada suatu hari, kerana sudah tidak tahan lagi, aku memeriksa paras gula dalam darah 2 jam selepas sarapan.
Hasilnya, bacaanku 14.6, bacaan normal sepatutnya bawah 8. Aku direhatkan di kecemasan dan diberi infusi air garam. Setelah 2 jam, paras gulaku turun kepada 5.7.
Aku dirujuk kepada Dr pakar dan didiagnosis menghidap IGT. Ibu, ayah dan abangku adalah penghidap kencing manis.
Dr menasihati aku supaya mengubah cara hidup dan tabiat pemakanan ke arah lebih sihat dan seimbang.
Katanya, aku masih mempunyai harapan untuk sembuh dan tidak memerlukan ubat harian.
Ibuku penghidap GDM setiap kali mengandung, aku pula hanya lulus ujian MGTT dengan keputusan borderline sahaja setiap kali mengandung.
Aku menjadi insaf dan nekad untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan. Aku berhenti mengambil minuman bergula, menggantikan dengan pemanis stevia dan mengurangkan pengambilan nasi.
Dalam masa 2 bulan, berat badanku turun sebanyak 8kg. Bacaan gulaku juga bertambah normal.
Dengan ketinggian 154cm, berat badanku sewaktu diagnosis IGT ialah 73kg, sekarang 65kg.
Untuk mendapatkan BMI normal, aku harus menurunkan 6kg lagi, iaitu 59kg. Semoga aku berjaya.
Kencing manis adalah punca kepada pelbagai komplikasi seperti :
Kegagalan buah pinggang, kegagalan fungsi jantung, kerosakan saraf seperti mata dan organ dalaman, koma, anggota badan dipotong, komplikasi Covid 19 yang buruk dan sebagainya.
Aku harap kawan2 semua mula mendapat faedah dari perkongsian aku.
Stay safe, stay healthy,
– Mama S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit