Assalamualaikum w.b.t.
.
Pertama sekali terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku ni.
.
Aku dan insecurity. Insecurity aku ialah tahi lalat kat muka. Hmm. Dari sekolah rendah aku selalu diejek kawan2 sekelas sebab tahi lalat yang ada kat muka aku. Sekolah menengah pun sama. Kawan2 selalu gelakkan aku dan mengejek aku. Aku hanya mampu balas dengan senyuman je, buat2 itu lawak juga. Tapi dalam hati, lama2 aku makin insecure dengan diri aku sendiri. Adik beradik, ahli keluarga pun selalu bergurau pasal tahi lalat aku. Kalau sekali sekala aku boleh terima lagi, ini tidak, boleh dikatakan setiap hari sepanjang masa. Lama kelamaan, aku makin insecure dengan diri aku sendiri. Aku sering rasa diri aku paling hodoh jika nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Semua ini aku pendam seorang diri sebab aku malu.
.
Masuk ke alam universiti, Alhamdulillah aku sudah tidak menerima sebarang ejekan dari kawan2. Aku mula membina self confidence dan aku makin yakin dengan diri sendiri. Aku dapat mengatasi rasa insecure dalam diri aku. Mungkin kawan2 di universiti semuanya sudah matang, jadi sudah tiada gurauan dah ejekan yang aku terima lagi. Namun, bila aku pulang ke rumah, aku terus menerus diejek dalam nada bergurau oleh ahli keluarga aku. Dan aku hanya mampu tersenyum sahaja. Lagi sekali, rasa insecure muncul lagi dalam diri aku. Self confidence aku jatuh merudum. Aku seolah2 dipandang paling hodoh dalam kalangan ahli keluarga aku. Aku cuma pekakkan telinga sahaja. Tapi, bila aku bersendirian, aku sering menangis seorang diri.
.
Namun, mengenangkan nasib tiada seorang lelaki pun datang approach aku, lagi sekali aku rasa insecure dengan diri sendiri. Hodoh sangat ke aku ni, hina sangat ke ada tahi lalat ni sampai tiada pun lelaki nak kat aku? Sekarang aku dah di tahun akhir. Ibu aku sering bertanya tentang pasangan dan aku cuma hanya mampu menjawab aku nak fokus pada pelajaran dulu. Tapi hakikatnya tiada lelaki pun yang datang untuk approach aku. Aku sedih, sampaikan aku ada terfikir untuk membeli krim membuang tahi lalat ataupun melakukan rawatan laser. Tapi aku takut nak buat rawatan2 tu, aku lagi selesa dengan imej aku ni sebab aku tak nak ambil risiko.
.
Memikirkan nanti aku nak masuk alam pekerjaan, majikan nak ke bagi tawaran kerja kat aku sebab aku tak cantik? Macam mana aku nak berhadapan dengan client2 aku nanti dengan rasa insecure aku ni? Macam2 aku fikir dan aku akan jadi sedih dan murung sendiri.
.
Jadi, tujuan aku tulis confession ni supaya orang2 kat luar sana tolong sangat jangan mengejek fizikal orang lain walaupun niat hanya ingin bergurau. Kita tak tahu bagaimana susah dia nak bina self confidence dalam diri. Dengan ‘gurauan’ kau tu, sekelip mata je semua tu musnah. Aku jugak nak mintak nasihat macam mana nak terus kental hati dengan gurauan2 orang pasal fizikal aku ni.
.
Terima kasih
– Miss mole
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit