Sebenarnya kami memang jumpa pakar tak kira cara moden mahupun islam. Dua2 aku dan isteri buat. Sebenarnya isteri aku ni ada trauma dari childhood. Sebenarnya benda ni aku dah tahu dari keluarga dia. Tapi bukan dari isteri aku. Keluarga mentua aku pun tak cerita secara detail. Dia jenis marah dan emosi ni semua aku dah tahu lama. Cuma trauma apa tu tak mampu lah aku nak tulis.
Kami jumpa pakar kaunseling. Jumpa doktor pakar. Macam rekomendasi kami buat. Kami dengar catat dan cuba praktikal kan. Subuh maghrib dan isyak biasanya aku dengan isteri pergi berjamaah dekat Masjid. Masjid ni pula selalu ada ceramah. Dan ahli tetap kira yang selalu datang masjid ni peramah. Isteri aku pun berkawan dengan ada dengan ustazah. Suri rumah, cikgu makcik nenek dan lain-lain.
Bagi aku diorang ni sangat membantu. Doktor dan pakar yang kami jumpa pun memang sangat membantu tolong aku dengan isteri. Keluarga aku cuma akak aku sorang. Akak aku tu juga lah yang kalau aku sibuk dia tolong teman isteri aku. Belah mentua aku tanya khabar datang jenguk. Kiranya bukan setakat usaha dari kami berdua. Dari orang sekitar tu pun sangat membantu.
Kalau tenaga aku sorang memang rasanya agak mustahil nak bantu isteri aku. Kadang-kadang tu ada juga terlepas cakap. Tengah isteri aku marah marah aku cakap penatlah dengan awak ni. Rasa give up tu pun ada. Bukan tak ada. Kadang kadang tu bila kena marah ni mulut tahan je nak marah balik. Pernah sekali sampai sakit kepala nak menahan marah balik. Haha. Tapi itulah tak jadi. Nak taknak pergi juga dekat isteri ajak suruh dia chill sikit. nasib baiklah dia dah chill sekarang ni.
Waktu awal dia masuk kerja semula aku selalu monitor . Takut pula di lempangnya bos baru tu. Alhamdulilah tak ada apa. Sampai dapat naik pangkat lagi. Kawan tempat kerja dia selalu puji kerja dia bagus. Emosi dia yang tak bagus aku cuma mampu ber-haha je. Sekarang ni kami belum dapat rezeki menimang cahaya mata. Mungkin setahun dua lagi Insha Allah.
Sebenarnya ramai luar sana hadap masalah macam ni. Aku pernah berjumpa sorang siap tanya lagi minta tips. Yang penting selagi ada dokongan ahli keluarga. Insha Allah akan berjalan lancar. Macam aku cakap nanti hujungnya bila kau nampak isteri kau senyum. Waktu tu kau rasa kepuasan dan lega yang kau sorang je boleh tahu.
– Zainil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit