Aku terbaca pasal confession bertajuk “Mereka Yang Kelantan Itu” (https://iiumc.com/mereka-yang-kelantan-itu-2/), lalu aku pun tergerak hati nak share benda yang sama.
Nama aku Bedah (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi cerita tapi bukan pasal orang Kelantan. Aku nak kongsi pasal orang jawa.
Aku duduk selatan tanah air, duduk Felda. Aku melayu bugis kacuk siam belah atok nenek kitorang, tapi sepatah apa bahasa bugis n siam pun kitorang tak tau. Hahahaha.
Felda aku ni banyak je orang jawa, bugis, banjar dan melayu. Mungkin culture kitorang dah bercampur, maka takde masalah. Hidup harmoni je semua dekat sini.
Salah seorang abang aku pun kahwin dengan orang Kelantan, walaupun abang aku tak suka dengan orang Kelantan, akhirnya tersangkut jua.
Tapi kakak ipar aku ni baik, tak macam perangai majoriti orang Kelantan lain yang selalu orang gembar-gemburkan. Dia pandai bawak diri. Memang baiklah. Soft spoken n pembersih.
Aku kahwin dengan suami aku, berasal dari daerah sebelah dalam satu negeri yang sama, dan memang majoriti penduduknya adalah berketurunan jawa.
Walaupun daerah sebelah-menyebelah, tapi dah macam negeri yang berbeza. Seronok tu dah semestinya, tapi ada jadi tak seronok bila upbringing tu berlainan.
First, aku dulu bersalin caesar. Kakak-kakak suami aku ni semuanya bersalin normal. Bila aku sorang je caesar, mak mentua aku cakap “dalam keturunan mak takde beranak operate”.
Eh dia main keturunan pulak dah. Masa aku kena buasir masa mengandung, pun dia sebut “dalam keturunan mak takde yang kena buasir”.
Padahal kalau suka makan pedas pun boleh kena buasir, takde kaitan dengan keturunan pun. Yela, keturunan dia jela baik elok kejadiannya, keturunan lain buruk ye tak? Tak normal. Hahahahha.
Second, adat diorang ni kalau lepas sepasang pengantin itu berkahwin, wajib pasangan pengantin tu datang bertandang perkenalkan menantu baru tu pada ahli keluarga, pakcik, makcik, atok nenek saudara yang lain.
Aku tak tau la family suami aku je ke yang macamni atau memang adat jawa. Tapi suami aku kata memang orang jawa punya adat.
Diorang tak kisah pun korang ada duit ke tidak nak pergi bertandang rumah saudara-mara tu asalkan lepas majlis korang datang perkenalkan diri.
Perkenalkan diri masa majlis tu tak dikira ya. Kena datang rumah setiap orang duduk minum-minum. Kalau tak buat, sampai anak dua pun belum tentu habis kena umpat.
Tahun lepas adik aku kahwin, suami aku persoalkan kenapa adik aku tak datang rumah abang kakak yang lain untuk kenalkan suami dia?
Aku jawab yang kitorang ni bukan orang jawa, bukan adat kitorang. Lagipun tak payah pun nak kenalkan diri, kan sebelum kahwin memang dah kenal, dah banyak kali datang rumah jumpa kitorang. Terus senyap dia. Wakakakaka.
Sepupu aku yang tak datang bertandang lepas dapat anak dua tu pun suami aku ngata. Dia kata sepupu dia teruk takde datang jumpa pakcik-makcik lepas kahwin.
Aku jawab, tak fikir ke situasi aku ni sama je macam sepupu dia tu?
Suami aku pun sama je, dia datang jumpa belah keluarga dia je, belah keluarga aku, pakcik makcik aku langsung dia tak kenal. Kenduri kahwin aku ajak pergi langsung dia tak nak.
Pernah pergi sekali, dia datang macam tetamu je. Lepas makan terus balik. Kalau keluarga dia buat kenduri kahwin, siap datang bermalam lagi walaupun duduk dekat dekat kampung sebelah.
Aku ajak balik lambat, siap perli lagi “haa tidur la sana terus”. Aku cakap, “kalau time family awak buat kenduri tau pulak siap nak rewang bagai”. Aku sound sekali terus diam dia. Aku memang jenis tegur direct dekat dia, malas nak pendam-pendam.
Third, jenis claim kaum dia ni tak cepat sentap, kuat bergurau n jenis hu-ha tapi sebenarnya hati tisu. Hahahaha.
Masa aku mula-mula masuk dalam family besar ni, kakak-kakak ipar aku kemain bangga dengan kaum jawa dia, siap cakap dekat aku, “kitorang orang jawa memang macam ni, jenis hu-ha, kepala gila-gila kuat sakat”.
Aku sengih jela sebab aku pun memang jenis suka bergurau n sporting tapi masih tau batas.
Lepas ada satu peristiwa tu, baru aku tau diorang ni jenis tak boleh terima gurauan jugak. Kakak ipar aku cari getah rambut, lepastu aku pun cakap la, “alamak kita pun takde getah rambut lebih. Takpun, akak ikat je pakai tali langsir tu” sambil senyum-senyum aku gurau.
Lepastu muka kakak ipar aku terus lain n cakap, “haa lebih dah tu, lebih dah tu”. Dalam hati aku, ek eleh dulu kemain claim kuat menyakat, aku baru masukkan buah silat sikit terus nak sentap.
Semenjak peristiwa tu, aku dah tak bergurau ye dengan diorang. Aku jadik introvert walhal sebenarnya aku ni ambivert. Aku malas, jadik isu karang. Aku cakap benda yang penting je. Aku boleh satu kepala dengan adik ipar aku je.
Fourth, jenis takde common sense. Suka bahan orang depan muka. Orang tu gemuk ke, muka berjerawat ke, takde lesen ke, time tu jugak ko kena bahan.
Kalau yang jenis kuat assabiyah ni, mulut memang labas sikit. Dia rasa kaum dia paling superior, jenis gila-gila sampai menindas orang lain.
Kalau orang sentap, dia cakap dia bergurau.
Fifth, kalau ada salah faham je mesti nak libatkan kaum. Contoh ada makcik suami aku dia macam jenis ikut kepala sendiri tapi tak kacau orang.
Diorang suka kutuk lepastu cakap yang makcik tu sebenarnya orang kuala, tu yang perangai macamtu. Oo yang ni orang banjar, tu yang perangai ‘itu ini’ sikit.
Aku pun pernah kena kutuk. Kakak ipar aku cakap, “orang felda memang dressup macamtu. Kalau pakai baju kurung, warna tudung tu nak kena sama macam warna bunga. Orang sini mana ada”.
Sambil muka herot-herot mengata dengan mak mentua aku. Takde angin takde ribut tiba-tiba kena mengata.
Ahahhahah. Dalam hati aku kata, eh padahal trend ni bukan ikut felda ke tidak, orang bandar pun ramai je pakai macamni. Kesian kakak ipar aku tak ambik tau isu semasa. Hahhahahah.
Sebenarnya, benda ni takde kaitan dengan sesuatu kaum pun sebenarnya, tapi melibatkan upbringing family itu sendiri.
Tapi since diorang sendiri yang libatkan kaum dan keturunan dalam sesuatu perkara dengan menyebut “keturunan aku takde macamni, oo kaum kitorang memang macamni yada yada yada”,
Maka aku anggap memang kaum diorang macamtu jela. Sendiri yang nak petik nama kaum, maka kalau kaum kau dianggap buruk kena terima jela ya.
Tapi aku tau, orang jawa lain ramai je yang baik-baik. Aku pun ramai kawan dengan orang jawa.
Macam aku cakap awal-awal tadi la, aku dari kecik memang duduk dalam komuniti culture yang dah bercampur-baur, jadi kita jadi bertimbang-rasa dengan komuniti lain punya cara.
Yang menjadi masalah ni cuma komuniti yang kuat assabiyyah, yang jenis taknak bercampur dengan orang lain. Maka diorang jadi katak bawah tempurung.
Tak kisahlah komuniti apa pun korang, kelantanese ke, banjarian ke, bangladeshi ke, elakkan terlalu assabiyyah, memang korang takkan maju sampai bila-bila.
Kitakan hidup berbilang kaum, dalam Malaysia pun ada bangsa melayu, cina, india n bumiputera je. Takde pun tulis jawa atau selain tu.
Kesimpulannya, berkawanlah dengan semua orang kecuali orang yang toksik. Melayu takkan hilang di dunia. Eceh.
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit