Assalamualaikum semua. Aku Atira. Aku dah kawin, ada anak dua orang. Kisah aku nak cerita adalah tentang diri sendiri. Aku tak nak sentuh hubungan aku dengan ALLAH sebab aku masih hambaNya yang khilaf. Cuma aku nak confess kat sini tentang hubungan aku dengan manusia lain. Lebih-lebih lagi family aku sendiri. Aku membesar sebagai anak sulung yang penuh tanggungjawab di bahu. Kadang tak terpikul bebannya. Jadi anak sulung tak mudah. Kau adalah ‘ibu’ dan ‘bapa’ (selepas mak pak korang)pada adik-adik. Semua tanggungjawab dan amanah dipikul sendiri.
Over time, aku membesar sebagai anak yang panas baran dan memberontak. Sebab aku fikir tak adil sangat bila adik-adik buat salah, ia jadi salah aku. Aku pegi sekolah, balik rumah adik-adik buat hal, pak aku balik bantai aku dulu, sebab aku si kakak. Padahal aku kat sekolah masa adik buat hal, mana aku tahu apa jadi dekat rumah? Sakit hati tu kadang-kadang sampai aku hantuk kepala sendiri dekat dinding, cannot brain apahal semua nak jadi salah aku. Budaya tu terus membarah dalam family. Bila aku atau adik-adik buat salah, mak jugak akan kena ngan pak aku(pak aku kaki pukul jugaklah). Takpelah aku tak nak ulas yang pahit-pahit tu. Bila mak kena, mak bantai/psycho kitorang balik. Kalau aku kena, aku buat benda sama kat sapa yang buat masalah tu.
Time flies, aku dah besar, aku dah pandai melawan. Aku lawan pak aku bila pak aku marah mak aku. Aku penah tolak pak aku ke lantai sebab dia nak pukul mak aku. Aku melawan pak aku bila dia lambat bawak adik aku yang patah kaki pi spital (tiga hari baru nak bawak, aku plak xde lesen lagi masa tu, grab pun tak wujud lagi). Aku membesar dengan emosi yang cedera, luka parah. Aku tak terima kesilapan sebab bagi pak aku, as anak sulung, there’s no room for mistakes, only for improvements. Over time, u should get better and better in life.
Bila aku kawin, suami aku paling banyak stress dengan aku sebab aku macam pengetua sekolah. Garang dan terlalu tegas. Gaduh hari-hari memang rutin sebab aku tak terima benda silap bodoh yang laki aku buat. Tapi dengan anak aku lain sikit. Anaklah buah hati yang paling aku sayang. Aku tatang penuh supaya anak aku tak lalui apa yang aku lalui masa kecik dulu. Siapa buat salah, dia yang perlu ambik tanggungjawab pikul kesalahan sendiri. Aku tak nak guna pendekatan yang pak aku guna. Its unconventional and bullying.
Aku benci semua orang dalam hidup. Nenek aku pun aku tak suka. Aku tak berkawan. Kawan baik aku cuma mak aku dan anak-anak. Kadang-kadang aku rasa ada something wrong yang perlu aku repair dalam diri aku. Tapi aku tak tahu kat mana. Setiap hari ada suara dalam diri aku, mengingatkan aku hal yang pahit-pahit, buat aku rasa nak meletup. Aku rasa marah sangat, frust sangat. Tapi aku tak lepaskan sebab tak tahu dekat mana nak lepaskan. Sampailah satu hari, nenek call mak aku. Aku yang kebetulan masa tu dekat rumah mak, aku jawabkan call dari nenek. Kami borak dan saling tanya khabar walaupun selama ni banyak aku tak setuju dengan Nenek. Tapi satu ayat Nenek menggerakkan hati aku.
Nenek kata; “Kenapa tak telefon Nenek? Nenek rindu kat cucu Nenek ni,” Aku hilang kata-kata. Aku terkedu. Sebab aku dah lama sangat tak rasa ada orang ingat dekat aku. Husband memang ada cakap, tapi feel dia lain sebab husband ni the other half of me. Tapi ni orang lain yang cakap. Aku rasa nak menangis bila dia kata dia selalu ingat dekat aku. Lepas tu nenek buat throwback masa kecik-kecik dulu, aku duduk dengan dia masa cuti sekolah, aku tak nak makan selagi nenek tak duduk bersila depan aku sambil suap makan. Aku cakap kat semua orang, kalau orang lain suap, tak sedap, nenek suap je rasa sedap. Nenek kata aku la cucu dia yang mengada-ngada nak makan bersuap walaupun masa tu aku dah besar.
Dalam hati, macam-macam aku rasa. Tiba-tiba sayang dekat semua yang ada dekat sekeliling aku. Tiba-tiba rindu dekat sedara-sedara yang jauh-jauh. Dalam masa sama rasa marah dan frust masih ada. Perasaan bercampur baur. Last2 aku keluarkan kertas kajang, aku tulis kekecewaan aku sepanjang aku hidup. Benda-benda yang menyakitkan hati dan fizikal aku. Memori yang mengganggu emosi aku selama ni. Pak aku baling botol air dekat muka, pukul dengan tali pinggang, rotan, hentak kepala aku dekat dashboard kereta, semua ni dan banyak lagi yang aku tak share dengan suami aku sendiri.
Aku tunggu anak-anak tidur masa tengah hari, suami aku pegi kerja masa tu (husband aku sejenis kerja weekend) aku kunci pintu bilik, pegi duduk depan cermin, baca balik apa aku tulis dan aku menangis puas-puas-sesuatu yang aku tak pernah tunjuk atau luahkan pada sesiapa. Aku pandang cermin sesekali dan pujuk balik diri sendiri. Its okay to be fragile, you’re only human. Its okay to be fragile, you’re only human. Its okay to be fragile, you’re only human… Yes aku ulang banyak kali.
Perlahan-lahan aku lepaskan kemarahan dan kebencian dalam diri ni. Masa tu aku sedar, hidup aku ni penuh dengan keperluan untuk berbakti demi kepuasan orang lain. Sebelum kawen aku perlu tanggung kesalahan adik-adik, penuhi tanggungjawab pada mak ayah. Selepas kawen aku penuhi pulak tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Aku bukan merungut, cuma manusia biasa yang adakalanya perlu luahkan perasaan. Otak aku penat menanggung selama ni. Lepas tu aku terus okay.
Aku tak lagi nak marah dengan diri sendiri n orang lain. Aku lebih banyak ketawa. Aku happy dengan anak-anak dan suami. Aku lebih tenang, lebih bersyukur, lebih optimis dan positif. Sometimes we just need to.. Let go. Lepaskan hal-hal yang pahit-pahit tu dari ingatan kita. Lupakan semua, pandang ke depan dan hargai semua yang ada di sekeliling kita, sementara mereka masih ada. The problem is not them. The problem is YOU. Fix yourself, then you’ll be fine.
Its okay to be fragile, you’re only human.
– Tirah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit