Aku dan Keluarga

Salam semua. Aku D, anak ke-3 dari 4 orang adik beradik (3 perempuan, yang bongsu lelaki). Aku sudah bekerja, alhamdulillah ada pendapatan yang stabil, masih bujang.

Sedikit info, aku membesar dalam keluarga yang sederhana (B40). Keluarga aku mementingkan status sosial, biar poket nipis asalkan tidak dipandang hina.

Dulu aku selalu fikir, aku membesar dalam keluarga yang bahagia. Ibu ayah pegang konsep “biar kami berkorban segalanya, asalkan anak2 tak pernah rasa hidup susah”.

Masa aku kecil dulu, keluarga kami diuji teruk dengan perbuatan jahat orang sekeliling dan keluarga mertua.

Semua perancangan kewangan yang ibu ayah bina untuk kami anak-beranak hilang sekelip mata.

Demi membesarkan kami adik-beradik, ibu ayah terpaksa berhutang (personal loan dengan interest tinggi) sampai sekarang.

Dulu, ibu ayah aku pernah sampai tahap kutip duit syiling 10 sen atas jalan untuk beli tepung sebab kami dah kehabisan makanan.

Tekanan hidup ini buatkan ibu ayah aku terlalu kecewa dan hilang kepercayaan pada orang sekeliling.

Sehingga lah sekarang walaupun keluarga kami dah ada rumah sewa yang selesa dan dah cukup makan pakai.

Lepas semua yang berlaku, ibu ayah develop satu mindset, bila anak2 dah bekerja, mereka wajib bayar semula setiap bulan (bagi duit dengan jumlah yang tetap).

Aku tiada masalah dengan hal ini kerana aku memang berpegang pada prinsip “balas jasa ibu ayah”. Jadi memang aku bank in pada mereka setiap bulan.

Cuma aku agak tak setuju dengan mindset ibu ayah “menantu mesti ada gaji tetap dan kerja kerajaan” dan “hanya anak lelaki yang berguna dan mampu menjaga mereka di hari tua, anak perempuan semuanya akan ikut suami lepas mereka berkahwin nanti”.

Jujur, aku penat. Aku penat dengan layanan ibu ayah pada adik lelaki bongsu aku. Sekarang, aku dapat lihat adik aku tu “tuan” pada ibu ayah.

Adik masih belajar tapi cara dia berbelanja dan menggunakan duit ibarat orang yang ada pendapatan bersih 4 angka sebulan.

Pada aku, keputusan adik sambung belajar di kolej swasta mengheret ibu ayah untuk sama2 tenggelam dalam hutang. Pelbagai cara aku dah buat untuk halang benda ni, tapi semuanya gagal.

Dan sekarang, aku perlu masuk dalam cycle hutang tersebut untuk ringankan beban ibu ayah nak tanggung perbelanjaan kolej adik aku.

Aku juga ada cita2 dan impian yang aku nak capai. Sekadar berkongsi, ini target aku untuk 5 tahun ini:

1. Umrah dengan ibu ayah

2. Rumah untuk ibu ayah

Alhamdulillah, aku dah berjaya capai nombor satu. yang kedua tu aku tengah usahakan. Sejujurnya, aku allocate 50% dari gaji aku untuk target yang kedua.

Secara ringkasnya, saving aku 50%, komitmen bulanan 35% dan duit makan/perbelanjaan untuk diri sendiri survive sampai hujung bulan hanyalah 15%.

Aku sakit. Sebab aku ikat perut dan ketepikan semua keinginan aku. Tapi aku bahagia sebab aku nak bahagiakan ibu ayah dan nak dapatkan redha mereka.

Cuma sejak akhir2 ni, aku dapat rasakan ibu ayah “lihat” aku ibarat bank bergerak mereka, terutamanya ayah.

Mereka tahu target dan impian aku hanya untuk berbakti pada mereka tapi mereka menekan aku dan menyalahkan keputusan aku saving banyak2 sampai tak mampu bantu adik sendiri.

Aku tersepit. Ibu ayah nak ada rumah sendiri sebelum mereka pencen. Mereka banyak kali suarakan kekecewaan dan kesedihan mereka yang menyewa rumah dari muda sampai tua.

Dalam masa yang sama, adik aku langsung tak kesian pada aku/ibu ayah.

Dia berbelanja sesuka hati, tak pernah ada rasa tanggungjawab untuk buat part time bantu tanggung kos belajar dia sendiri (aku dulu boleh je buat part time masa degree).

Adik aku lelaki, tapi dia bergantung sepenuhnya pada ibu ayah sampai tahap duit teh tarik nak lepak mamak dengan kawan2 pun dia minta dengan ayah.

Ayah akan backup adik kalau aku bersuara. Setiap teguran biasanya akan berakhir dengan pergaduhan. Bila dah dewasa ni, aku baru sedar orang2 yang berfungsi dalam keluarga aku ni hanyalah yang perempuan terutamanya ibu.

Dari segi pengurusan kewangan, keluarga kami memang ke laut. Jadi aku kena tampung dan topup supaya ibu ayah tak stress.

Dari segi jodoh, aku jadi takut untuk berkahwin dan penat untuk usaha.

Aku dah lihat bagaimana ibu ayah reject menantu mereka yang bukan kerja kerajaan. Aku lihat cara layanan dan penerimaan mereka pada suami kakak-kakak aku.

Maka, dengan mindset ibu ayah ini dan keadaan kewangan keluarga aku, setiap orang yang approach aku pasti akan gagal.

Aku hanya mampu bagi ruang pada diri berkenalan dan berkawan dengan 2 orang lelaki tetapi itu pun tak bertahan lama. Aku ditinggalkan.

Aku tak harap banyak. Aku cuma mohon doa dari kalian yang baca kisah aku ni. Aku taknak lari dari masalah keluarga aku.

Aku sayang keluarga aku. Aku nak terus bantu ibu ayah dan aku taknak adik berhenti belajar tapi sejujurnya aku dah penat.

Aku doakan perempuan2 bujang kat luar sana, yang tengah struggle dengan kos sara hidup yang tinggi, ikat perut untuk bantu keluarga dan hadapi masalah yang sama dengan aku agar terus sabar dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga setiap titik peluh kita berkorban untuk keluarga dihadiahkan dengan kebahagiaan di akhirat nanti, in shaa Allah.

– Diamond (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *