Aku dan Keluarganya

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya pihak IIUM Confession siarkan confession ini.

Setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya malam ini aku luahkan segala-galanyaa pada suami aku berkenaan perasaan aku pada dia dan keluarganya.

Setelah berkahwin, kami menetap di salah sebuah negeri yang berdekatan dengan rumah keluarganya, dalam 2-3 jam perjalanan. Manakala rumah aku sendiri, memakan masa lebih lama dari itu.

Isu dia sekarang, sejujurnya aku banyak makan hati kerana keluarganya, khususnya ibu dia yang suka mencari aib menantu.

Dia mempunyai beberapa orang adik beradik. Semua sudah berkeluarga dan menetap jauh dari ibunya. Kami yang menetap paling dekat.

Dulu sewaktu awal perkahwinan, ibu dia selalu menceritakan aib biras aku kepada aku. Dikatanya biras aku pemalas, sebab tak kemas rumah. Aku tanya pada suami aku, kenapa ibu dia cakap macam itu?

Sebab kami jarang ke rumah biras aku. Lalu dia cerita, ibu dia akan pergi ke rumah anak-anak dan akan buka pintu bilik utama untuk tengok keadaan bilik. Aku terkejut, sebab keluarga aku tidak akan pernah buat begitu.

Ibu dia juga menceritakan, biras aku tak masak makanan kegemaran cucu dia, buktinya bila cucu dia balik kampung dan makan masakan dia, cucu dia akan cakap ‘mommy tak masak macam ni opah’.

Bagi aku, pasti biras aku ada masakkan masakan kegemaran lain untuk anak anak dia sebab dia selalu cerita dia selalu masak bila di rumah.

Biasalah budak-budak bukan boleh jelaskan keadaan sebenar. Banyak lagi aib-aib biras aku yang diceritakan kepada aku. Suami aku hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen.

Namun begitu, semuanya OK antara aku dan ibu mertua, sehinggalah masuk tahun kedua dan seterusnya dalam perkahwinan aku.

Telah berlaku beberapa perkara yang membuatkan aku makan hati dengan ibu mertua aku. Pernah sekali, keluarga aku pernah mengirimkan makanan pada ibu mertua aku.

Selepas makan, di depan aku, dia cakap ‘tak sedap’. Aku tak tau macam mana perlu aku jawab, bagi aku, itu hanyalah tanda ingatan keluarga aku. Aku diajar utk tidak membuat orang lain berkecil hati dengan kata-kata aku.

Pernah juga sekali kami balik rumah, suami aku minta aku kemas barang untuk balik semula ke rumah kami, aku pun bersiap dan tunggu suami aku di ruang tamu sekali dengan beg-beg nak balik ke rumah kami, tapi suami aku pergi makan di dapur.

Ibu mertua aku terus cakap , ‘nak balik cepat, naiklah bas’. Aku betul-betul tak tau nak bagi reaksi apa, anak dia yang minta aku bersiap.

Walaupun jarak rumah kami agak jauh, ibu mertua aku sering meminta suami aku balik ke rumahnya. Suami aku akan ajak aku balik ke rumah ibu mertua aku.

Namun kadang-kadang kami tak dapat balik atas sebab tuntutan kerja aku. Lalu ibu mertua aku memberi cadangan pada suami aku, balik je dengan anak anak kami. Dan perkara ini telah berlaku berulang ulang kali.

Kami juga punya rancangan sendiri di hari minggu kami. Aku sedih kerana suami aku hanya menurut perintah ibu dia. Dan banyak lagi percakapan ibu mertua aku yang membuatkan aku terasa hati.

Bagi aku, ibu mertua aku sangat suka memerhatikan orang dan akan mencari aib orang tersebut.

Suami aku, seorang ayah dan anak yang baik. Aku cuba meluahkan pandangan aku berkenaan ibu mertua aku,

Namun dia hanya diamkan diri dan buat seolah-olah aku tidak mempunyai sebarang rasa sakit hati. Aku hanya mengharapkan dia faham dan pujuk aku.

Dia cakap, dia bercadang untuk mengajak ibu mertua aku untuk tinggal bersama kami. Aku tak tau sekiranya ini berlaku, apa harus aku buat. Bantulah aku.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *