Assalamulaikum pembaca semua. Terima kasih confession sudi siarkan cerita aku. Okay aku seorang perempuan berumur 23 tahun dan penuntut tahun ahkir di sebuah universiti di Selangor. Coretan ini hanyalah sekadar luahan perasaan. Yang nak bagi nasihat dipersilakan.
Aku bukanlah seorang pesakit kanser tapi aku ada cerita berkaitan kanser. Korang mesti pernah dengar pasal ketulan bawah ketiak kan? Haaaa benda ni la yang jadi dekat aku. Benda ni aku sedar masa aku di matrik iaitu 4 tahun yang lalu. Aku perasan ada ketulan bawah ketiak tapi ia masih kecil dan lama kelamaan menghilang. Aku tak pergi jumpa Dr pon.
Awal tahun ni tetiba ketulan tu timbul balik dengan saiz yang lebih besar. Aku ambik pendekatan ‘wait and see’ sebab sebelum ni ketulan tu hilang. Tapi masuk bulan 2 ketulan tu masih lagi ada dan aku buat keputusan untuk jumpa Dr. Malangnya Dr tak dapat kenal pasti lagi ketulan tu bahaya atau tak so aku diberikan antibiotic untuk matikan kuman dan Dr cakap kalau ketulan tu masih ada nanti datang lagi untuk further checking. Btw keluarga aku tak ada latar belakang menghidap kanser.
Ye sebelum ni aku ada search pasal ketulan bawak ketiak dan ramai cakap benda tu hanya jangkitan kuman. Tapi aku takut sebab dulu aku pernah doa sungguh2 sambil nangis mintak dengan Allah supaya kurniakan kepada aku penyakit yang tak boleh diubati seperti kanser. Bodoh kan ? huhu. Tak silap aku masa tu aku baca satu cerita sedih.
Sebenarnya, aku sangat takut dengan godaan dunia. Aku takut aku akan lupa diri, lupa Allah, lupa segalanya. Iman manusia senipis kulit bawang. Aku takut dengan nikmat yang aku ada sekarang aku akan lalai. Sungguh nikmat Allah terlalu banyak. Jadi aku fikir dengan adanya penyakit macam ni aku akan mendekatkan diri dengan Allah sebab aku tahu hidup aku terlalu singkat.
Kau tahu Allah tu Maha Berkuasa. Walaupun latar belakang keluarga tak ada penghidap penyakit kanser, tapi sebab aku yang minta maka Allah berkuasa untuk makbulkan doa aku. Tapi lepas aku jumpa Dr, aku doa kepada Allah ‘Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui masa depanku. Aku serahkan kepadaMu sama ada untuk berikan aku penyakit ini atau tidak’.
Selepas seminggu Alhamdulillah ketulan tu makin kecil dan aku yakin ketulan tu hanyalah jangkitan kuman. Walau apa pun, bersangka baik kepada Allah. Mungkin dengan nyawa yang Allah pinjamkan pada aku sekarang, Dia nak aku tolong insan2 lain yang memerlukan bantuan. Dan mungkin ajal aku bukan dengan kanser.
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit