Aku Dan Kipas

Salam. confession ni santai-santai je utk sukasuki pasai confession yang lepas-lepas mcm agak tegang.huhu tapi sebenarnya teragak-agak jugak nak buat confession ni sebab confirm org yang rapat dgn saya boleh cam saya tulis ni. Malu.

* tarik nafas,hembus * Ok straight to the point. cerita die macam ni,saya ni ada satu penyakit yang saya rase susah nak jumpa orang yang ada penyakit sama mcm saya ni. Ya, mungkin ada tapi dalam nisbah yang sedikit. Penyakit saya ni tak boleh kena sebarang angin. Pendek kata,sebarang kipas memang saya tak boleh. Langsung. Sebab setiap kali kena lepas tu confirm akan angin masuk satu badan, pening, muntah-muntah paling teruk dia akan tak boleh bangun dalam 2 3 hari. Pernah sekali kena seminggu. Dan penyakit ni termasuklah kena berpantang dengan makanan-makanan yang berangin. Contoh labu, air teh, sebarang air sejuk, terung, dan banyak lagi lah. tapi tu time rajin je lah berpantangnya. Time malas tu hentam je semua tu. Sebab favourite sangat dengan semua sayur. Kecuali yang ais tu kalau tak berpantang pun,x akan minum sebab x suka. Ok macam dah lari jauh je cerita. Haha sori.

Ok balik pada cerita tadi. Tahap saya punya alergic dengan kipas ni sampaikan kawan-kawan, family semua be like ‘tak pernah seumur hidup aku jumpa orang macam ni’. Kipas kat bilik saya sama ada kat rumah sendiri ke, rumah sewa ke, memang x dak habuk pun. Licin kilat mulat. Housemate lain kemain seminggu sekali lap kipas sebab berhabuk. Haha. Kipas kat bilik saya tu kalau boleh cabut je pun tak pe. Ada pun macam takde sebab tak pernah guna. Ok,tipu lah kalau tak pernah guna. Saya akan turn on kipas bila balik dari beriadah/sukan etc. Sebab nak keringkan peluh je. Lepas tu terus off. Itu pun dah mai rasa loya nak muntah.

Ada sekali tu, abang saya masuk bilik saya untuk buat ape ntah tak ingat, tak lama dia keluar balik dengan berpeluh-peluh satu badan, pastu dia cakap kat mak saya “mak, kalau nak buat biskut ke kek ke,masuk dalam bilik ni. takde beza dengan oven” haha. Yang peliknya saya sikit pun tak berpeluh apatah lagi rasa panas. Bahagia je hidup saya.

Ada sekali tu saya baru balik dari berprogram singgah sat kat hostel kawan saya, tumpang tido sebab nak balik rumah malam tu jugak tak boleh sebab jauh. So tumpang tido bilik dia. Masa masuk tu, mak aihh dia punya kipas kemain laju. 5 duhh. Full speed. Time tu lapang dada je,cuba bertahan sebab tak kan la sebab kita sorang orang lain terpaksa berpanas kan. Dan saya ni memang jenis sangat tak suka menyusahkan orang. Selagi saya boleh tahan saya tahan. Time nak tidur tu tak payah cakap la. Masa tu saya pakai jubah, memang tak salin la, stokin jilbab semua still pakai, siap dengan long coat and lastly saya berselubung disebalik selimut tebal kawan saya. Kawan saya masa tu memang ternganga habes haha tapi sebab dia dah kenai sy camtu and saya pun insist tak nak slowkan kipas tu sebab takut roomate dia terganggu sebab panas, so dia ia kan je la kelakuan saya malam tu. Ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Malam tu saya tak boleh tidur langsung. Perut saya sakit sangat-sangat sebab masuk angin. Saya tak boleh nak tahan dah, saya keluar bilik cari surau tapi tak jumpa. Terus saya masuk kereta,tido dalam tu. Fuhh lega, aman, damai, nikmat, sorga. Haha kan dah semua keluar betapa tak boleh nak describe saya punya kelegaan malam tu. Terseksa bruhh. Esok tu kawan saya terkejut tengok saya tak de dalam bilik dia and saya cite la kat die apa saya buat malam tu. Ok tu satu hal.

Ada lagi ni, hehe bertahan ye. Sikit je lagi. Ok kali ni kat rumah sewa saya. Malam tu kat rumah kitorang sangat panas sebab masa tu musim panas yang hujan tak turun lama tu. Haa,masa tu lah. Malam tu semua housemate saya tak boleh tidur sebab kepanasan, ada yang mandi memalam buta sebab panas sangat. Sementara saya, berbalut dalam comforter tanpa on kipas. Hehe. Saya nak tolong dorang tapi tak tahu macam mana. So saya tido je malam tu dengan lena. Hihi sori kawan.

Kalau dalam kelas, tempat kat belakang sekali atau tepi sekali tu lah tempat saya. Yang jauh dari kipas. Kadang orang salah faham ingat kita tak nak ambik keberkatan duk kat depan tapi tu lah biasanya port kat depan atau tengah memang akan ada kipas. So saya malas nak berperang dengan kipas kerana ia mungkin menggangu kosentrasi belajar saya,so awal-awal lagi saya mengalah. Pi duk belakang2 sana. Heh. kadang orang selalu je tanya eh kau tak panas ke haa, jalan sana jalan sini pegi kelas balik kelas dengan pakai jubah lagi, jilbab lagi. saya tak tahu nak jawab macam mana tapi saya tak panas. Saya dah biasa macam ni. Saya pun tak tahu sejak bila jadi macam ni, seingat saya masa kecik dulu tak macam ni. Ok je dengan kipas. Tapi mungkin lepas saya masuk sekolah menengah saya jadi penyakit macam ni.

Ada je setengah orang yang berpandangan negatif kata saya ni mengada lah, tak boleh susah sikit, tahan lah penyakit awak tu, alah angin je pun, bukan api, tak sakit pun angin tu. Huhu bagi orang yang cakap macam ni tak tahu nak marah ke tak sebab saya faham yang mereka cakap macam ni sebab dorang tak faham dan tak pernah rasa situasi saya, so nak marah tak boleh jugak. Jadi solusi terbaik diam dan senyum je. Hanya orang-orang terdekat yang paham penyakit saya ni. Dan fyi, setiap kali blackout disaat orang lain terseksa sebab panas dan takut gelap, saya lah orang paling bahagia dan berharap blackout tu lama sikit. Hehe.

Kadang-kadang sedih jugak sebab bila buat halaqah dengan housemate setiap lepas isyak berjemaah, selalu je kena ke belakang sikit kiranya tak masuk dalam bulatan tu haa. Sambil berbalut dengan telekung solat dan sejadah punya tak mau bagi kena angin yang dah macam kipas helikopter. Mau terbang rumah satgi. Haha.

Kalau lepak dengan siblings pon macam tu jugak. Kejap je boleh join huhu haha dengan dorang lepas tu dah kena masuk bilik atau pun ke tempat lain sebab lari daripada kipas. Bilik pulak memang mana-mana pegi memang sebilik sorang, kat rumah sendiri mahupun kat rumah sewa. Housemate lain ada share bilik tapi untuk saya dorang dah faham so dorang bagi sorang sebilik, terima kasih kawan kerana memahami. Terharu. As for my family, they’re the best person who understands my condition very well (maaf broken tapi nak jugak speaking haha).

Pastu ada orang tanya even kipas kalau 1 or 2 je dia punya kelajuan pon tak boleh ke. Ye,tak boleh. Kalau boleh pon dalam 5 minit je, lepas tu sori kena tutup balik dah.

Dan banyak lagi lah cerita2 yang tak sempat nak kongsi berkenaan tak-boleh-kipas saya ni haa. Tapi macam dah penat je typing satgi takut boring pulak panjang2 hehe. Saje je kongsi ni kot ada antara pembaca yang sama penyakit ni dengan saya, eksaited jugak nak tahu. Sebab setakat ni susah nk cari geng dalam masalah ni, tak pernah jumpa kecuali sorang, iaitu kakak saya. Tapi sejak dia dah kahwin, dia punya alergic dia tu dah semakin ok, tak teruk macam saya. At least kalau ada jugak dalam kalangan pembaca yang macam saya, tak lah saya rasa diri seorang yang pelik sangat.

Ok thank you for lending your eyes reading my tak-berapa-menarik-confession.

– maria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit