Aku dan Konsistensi

Hi, aku adalah seorang pemudi berumur awal 20-an yang masih mencari jalan keluar daripada kepompong depresi. Terima kasih kepada admin jika cerita ini disiarkan.

Tujuan menulis hanyalah untuk berkongsi dan relate dengan orang-orang yang senasib dengan aku. Semoga korang kuat. Tajuk adalah random kerana ‘Aku dan Depresi’ macam cliche sangat.

Ps: akan guna English juga sebab lebih selesa dengan bahasa tersebut. Trigger warning too, will mention about suicide and self harm.

Basically, aku disahkan mengalami MDD dan Bipolar Disorder Type II pada awal 2019. Kini aku hanya didiagnos dengan Bipolar Disorder Type II.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang struggle untuk mendapatkan bantuan, struggle untuk buat orang sekeliling faham dan struggle untuk konsisten dengan rawatan.

Walaupun lately dah makin banyak awareness tentang mental health tapi suicide rates masih tinggi. Why?

Aku tahu kenapa tapi yelah, explain as much as you want tapi kau takkan terlepas daripada all the stigmas. Sampai sekarang, ahli keluarga aku masih tak tahu dan tak faham langsung tentang apa yang aku hadapi.

Aku pun dah penat dan malas nak terangkan. After all, apa yang aku hadap ni sikit je, dorang lagi susah dan struggle lagi teruk daripada aku. Tapi dorang still boleh hadap daily life macam biasa dan aku je yang hari-hari over mintak Allah swt cabut nyawa aku.

It’s nothing much katanya. Kalau boleh aku nak je tukar otak aku ni dengan dorang. Kasi dorang rasa macam mana otak aku ni proses semua benda.

Agaknya dorang akan still cakap ‘it’s nothing much’ tak kalau setiap masa hanya ada suicide thoughts dan setiap kali down teruk, gigil tahan diri from self harm.

Setiap orang takkan terlepas daripada stigma. Setiap kali ada kawan yang datang kat aku, mintak tolong pasal depresi, aku akan nasihat dorang untuk get professional help. It may works, it may not, and it could get worse. Tapi at least cuba something to save your life.

Aku sendiri pun on/off rawatan banyak kali sebab ianya sangat susah bagi aku. Lagi-lagi kalau kau kena depends dengan diri kau sendiri untuk get help. Dan aku ada anxiety yang teruk lagi-lagi di atas jalan raya. Susah untuk aku bergerak sendiri. Nak mintak family hantar?

Aku dah taubat tak nak mintak tolong dorang dah. Buat sakit hati je. Kalau appointment dekat hospital gov, biasanya waktu menunggu tu lama dan aku pula sejenis perlukan peneman setiap kali.

Tapi aku juga sangat tak suka susahkan orang untuk tunggu sama dengan aku. Complicated kan? So aku cuba pegi sorang. Tak jadi jugak. Last sekali, tak pegi terus.

Aku tabik dengan orang yang konsisten untuk pegi treatment setiap bulan. Serius. Tapi setakat ni, aku cuma jumpa orang-orang yang sama macam aku. So aku rasa lega yang I’m not the only one.

So korang kalau ada member rapat yang on treatment dekat psychiatry, kalau ada masa temankan la dorang sekali sekala.

Kalau rajin lebih, tanya dorang waktu dan tarikh appointment and ingatkan dorang kalau tarikh dah nak dekat. Terpaling best, offer untuk temankan kalau dorang nak la.

At the same time, korang yang sihat ni boleh la reflect diri sendiri bila dekat hospital tu. Tak semua orang sakitnya secara zahir.

Akhir kalam, semoga semua pembaca dapat sedikit insights ataupun serba sedikit pengetahuan tentang kehidupan orang yang mempunyai mental disorder or basically just my own life, hahaha.

Aku just nak mintak tolong korang doakan aku dan semua fighters lain yang masih struggle dengan mental illness. Sejak pkp ni things are getting worse for us.

I hope for the best to come soon. Dan aku minta maaf jika ada wording aku yang kurang sesuai ataupun keseluruhan confession ni bunyi macam alasan ataupun complaining about everything.

Okay aku stop dekat sini je kalau tak aku akan keep on minta maaf. Terima kasih kerana sudi baca.

– Kei (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *