Aku & Langitku

Haii wassapp gaisss. Aku Fly. Sesambil tengah ngopi sambil makan biskut Hup Seng ni tiba tiba terniat pulak aku nak share cerita pasal isteri aku. Aku nama kan dia Langit.

Ye lah, dah aku Fly kan mestilah terbang di hati Langit. Ecehhh.

Cerita bermula masa tahun 2013. Masa tu aku ada satu sem lagi nak habiskan diploma. Langit pulak junior di kolej aku tu. Kolej mana tu tak payah laa aku cerita detail ye.

Masa tu aku tengok Langit ni seorang yang mudah mesra, ramai kawan dan di senangi semua termasuk lecturer.

Kalau nak cakap cantik macam Sophea Albakarah tu tipu lah tapi manis tu ada.

Sebagai seorang senior aku pun mestilah cari alasan nak rapat dengan si Langit ni dengan menggunakan kuasa veto seorang senior. Plan aku menjadi maka kami pun secara rasmi nya bercinta.

Dipendekkan cerita kami sempat lah bercinta selama beberapa tahun sebelum kami berkahwin.

Selama bercinta tu si Langit ni memang sopan santun, lemah lembut. Bercakap pun kadang kadang dengar tak dengar je. Lagu pun yang dia layan lagu Siti Nurhaliza. Ziana Zain. Lagu lagu zaman 90an tu.

Tapi selepas je berkahwin…. Jeng jeng jengggg. Aku rasa macam si Langit ni tak sama perangai macam masa bercinta dulu.

Kalau masa bercinta dulu aku perasan dia dengar lagu lagu hits perempuan 90an. Tapi ada sekali baru lepas kahwin tu aku bukak laa lagu kat rumah. Masa tu aku buka lagu Shes Gone tu.

Mangaiii baru aku tau dia layan jugak lagu lagu macam tu. Part tarik siap dia guna penyapu buat mic siap melutut lutut lagi. Sumpah aku termangu sekejap.

Lepas dari tu aku try pulak bukak lagu Amuk. Pun dia layan siap hafal lagu lagu tu semua. Aku test lagi bukak pulak lagu korea. Ehhh dia boleh nyanyi jugak siap ikut joget joget diorang tu. Lagu nasyid pun dia layan.

Last sekali aku bukak lagu arab. Nahhh kau elok dia menyanyi. Kalau aku buka 4 5 lagu masa tu aku rasa mau dia dah bergelek.

Ni benda baru pada aku. Sebab sebelum ni aku tak pernah nampak sisi dia yang ‘gelap’ ni. Syok oii dapat bini macam ni. Aku bukak lagu apa pun semua dia layan.

Ok da habis part test nyanyi aku saja laa test part mengaji. Menyanyi beria mengaji pandai ke tidak? Saja laa aku test suruh baca surah.

Nah kau dengan terjemahan ayat sekali dia bagi aku. Aku buat kuiz surah pun senang senang je dia jawab. Padahal soalan kuiz tu semua aku google. Malu sekejap dengan bini aku. Konon nak test kan dia sekali aku yang kena balik.

Part memasak pulak. Sebelum kahwin memang aku tak pernah rasa masakan dia. Kami pun jarang keluar sama sama masa berkawan dulu. Dia sendiri mengaku dia tak pandai sangat masak. Biasa biasa je katanya.

Tapi aku rasa kan, mungkin tangan bini aku ni memang diciptakan masak apa pun jadi dan sedap. Aku rasa kalau bukak kedai sure pasti confirm orang akan repeat datang.

Aku dah minta macam macam menu pejam mata je dia buat. Disebabkan dia jugak lah berat badan aku naik dengan jaya nya.

Tapi yang paling aku rasa tak aku duga. Si Langit ni kuat mengigau. Igauan dia yang paling teruk bila tengah tengah malam masa aku buat kerja tiba tiba dia menjerit minta tolong.

Laju laju aku tekup mulut dia terus kejut kan dia. Bila dia dah sedar aku cakap dia mengigau lepastu dia boleh tanya aku ‘oh ye ke’ lepastu dia tidur balik macam tak ada apa apa terjadi.

Kuat gila jeritan dia sampai jiran sebelah pun hidupkan lampu. Nasib baik tak kecoh satu taman ada kes orang minta tolong malam malam buta.

Sekali tu si Langit ni mengigau jugak. Aku tengah tengok phone sambil sambil melayan mata nak cari mood nak lelap. Tiba tiba dia duduk tegak. Aku tanya kenapa tapi dia diam. Aku intai mata dia pejam. Sah! Mengigau lagi lah ni.

Tiba tiba die tembak kepala dia dengan jari lepastu tumbang balik dan sambung tidur. Masa ni aku tak terkejut dah sebab dah tau memang dia kuat mengigau. Cuma rugi tak record dengan phone kalau tak ada jugak bahan nak usik dia.

Ilmu paling hebat yang si Langit ni miliki adalah ilmu tidur dengan mudah tidak kira dimana atau ketika.

Ada masa tu kami tengah sedap sedap pillowtalk sebelum tidur. Elok aku tengah cerita aku pun tanya “kan yank” sambil senggol bahu dia.

Boleh dia jawab “Al-fatihahhhhhh”. Lepas tu dia pandang aku. “Awak cakap dengan saya ke tadi? Saya terlelap”. Aduhh lah Langit aku ni.

Kadang kadang aku terfikir jugak adakah si Langit yang aku kahwini ni adalah si Langit yang sama yang aku kenal sebelum kami kahwin. Macam langit dengan bumi. Hilang kesopanan dan kesusilaan dia masa bercinta dulu bila dah kahwin ni.

Perangai sebenar si Langit ni adalah gila gila, garang dengan anak anak buah dia, tapi dia lah yang paling anak anak buah dia sayang, haiwan kesukaan dia adalah monyet, gila musik, sukakan cabaran, suka sesuatu yang baru.

Lepastu ada perangai pelik suka kira perkataan yang dia cakap dan kalau boleh masa dia bercakap tu dia nak perkataan yang keluar dari mulut dia tu jumlah nya adalah nombor genap. Ah banyak laa yang aneh aneh.

Tapi itu lah yang buat aku bahagia. Buat aku rasa dihargai. Buat aku makin sayang dengan Langit walaupun kami tak ada rezeki zuriat lagi. Perangai dia tu lah yang selalu buat aku terkenang kenang kan dia.

Betul lah orang kata, kita akan lebih menghargai bila orang tu dah tak ada. Sekarang Langit dah jauh…. Nunnn jauh di Kedah sebab ada kenduri saudara mara.

Balik lah cepat. Abang bosan dah dua hari makan dekat kedai mamak.

– Fly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam confessor.

    I truly blessed baca coretan you. Jarang I terbaca coretan cinta suami pd wife dia. I bet she’s special and you’re happy to have her in your life.

    Tak nak komen bnyk, I just nak doakan dan harap perkahwinan you always bawah lindunganNya. Keep it up dan bahagialah dgn wife you.

    She lucky to have you and it’s vice Versa.

    I suke baca cerita happy ending ni!!!

    Go Fly and Langit!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *