Aku & Lelaki Dating Apps

Hye, aku Sofea. Aku tulis ni just untuk share kehidupan aku semenjak aku pindah dari negeri kelahiran aku. Mesti ramai yang kecam aku nanti. Maaf ya, aku tak pandai sangat nak bercerita.

Ok, first of all, muda lagi. Aku mula berhijrah ke bandar yang asalnya dari bandar kecil. Aku berhijrah seorang diri je ke bandar ni pun di atas sebab dapat kerja kat sini dan aku jenis yang suka berhijrah. So, kat sinilah bermula cerita aku.

Aku ni kerja biasa saja, sesuai dengan taraf pendidikan yang aku ada. Kat sini aku tak ada kawan rapat, cuma ada kawan satu office je, tapi tu pun tak rapat mana sangat. Mungkin aku tak setaraf dengan diorang.

Nak dijadikan cerita, ada lah one day ni aku bosan sangat lepas balik kerja sebab tak tahu nak buat apa.

Nak masak? Tapi dah kenyang. Nak lepak? Tapi tak ada member. Nak kemas bilik? Tapi bilik bersih sebab setiap kali bangun pagi memang aku kemas bilik sebelum siap untuk pergi kerja. Nak kemas dapur? Dapur bersih je.

So, sampai satu tahap aku download dating apps just for fun dan untuk cari kawan baru, tapi bukan atas dasar nak cari partner. Tapi sebab aku kan baru datang bandar, so nak juga cari kawan online dan mana tahu boleh jadi kawan real life kan.

Lepas download, aku pun upload lah satu gambar dalam dating apps tu, kiranya macam upload story/status, cuma kat situ bukan disappear after 24 hours. Lepas pada tu, ada lah para lelaki DM untuk kenal dengan aku.

Aku pun reply lah chat satu per satu, then usya profil lelaki yang text aku tu untuk aku tahu dia dah ada apps tu sejak bila, sebab kat apps tu akan tulis join dari tahun/bulan bila.

Dalam tu juga aku tahu macam mana perangai para lelaki tadi dan ada yang minta aku dijadikan kakak atau adik angkat, tapi aku menolak hahaha.

Pastu, after tu aku dapat DM dari seorang lelaki yang misteri, tiada DP dan tiada story yang dia upload. Aku tak ingat nama dia dalam apps tu sebab payah nak sebut dan ingat. Aku pula jenis tak kisah sangat pun, janji tak naughty lah haa macam tu.

So, aku reply lah macam biasa, sama macam aku reply chat orang lain. Aku akan tanya nama, umur, tinggal mana, haa macam tu. Benda basic je yang aku tanya. So, dari situlah aku tahu serba sedikit info si lelaki misteri tu tadi.

Setiap pertanyaan yang dia ajukan, aku akan jawab sampai lah kami ni semakin lama semakin rancak berborak dalam dating apps tu. Nak dipendekkan cerita, kami chatting dari dating app ke Telegram sampai lah bertukar nombor WhatsApp.

Btw, namanya Iqram (bukan nama sebenar), umur dia dah lewat 30. Sepanjang kami chatting, dia jujur dengan aku yang dia ni lelaki orang dan ada anak.

Waktu awal-awal tahu tu aku tak ada lah shock sangat sebab before this aku pernah kena tipu pasal status, katanya bujang tapi hakikatnya sudah berumah tangga + ada 3 cahaya mata.

So, dari situlah aku macam tak kisah dengan siapa aku berkawan. Pejam celik pejam celik hampir setahun kami kenal dan kalau ikutkan, dalam sebulan memang banyak kali kami berjumpa. Dia juga kadang-kadang ambil aku balik kerja sebab boleh keluar makan dan jalan-jalan.

Semakin lama aku berkawan dengan Iqram, perasaan suka dan sayang tu terputik. So, ada lah one day ni masa dalam kereta, aku tanya dia:

“kita ni macam mana?”

Then dia kata:

“kita kawan je dulu sebab I tak boleh janji bulan bintang kat u.”

Aku pun diam dan setuju je dengan apa dia kata tadi.

Sebenarnya aku pernah kata pada dia yang aku nak berkawan je dan tak nak ada apa-apa feeling kat dia selain dari kawan, tapi rasa suka dan sayang kat dia makin kuat. Aku sedar yang dia ni lelaki orang, tapi aku tak boleh nak elak dari dia sebab perasaan aku tu tadi.

Sepanjang perkenalan tu, aku selalu mention pasal family dia tapi dia seolah tak endah dengan apa aku kata. Aku pernah tanya pasal family dia tapi dia tak nak bagi tahu. Aku ni pula jenis yang nak tahu juga, if tak dapat aku akan cari sendiri.

Jujur aku kata, aku dan Iqram sebenarnya dah terlanjur. Sebab tu aku persoalkan berkaitan hubungan kami, tapi itu yang dia minta pada aku iaitu berkawan dulu. Aku pernah kata if nak declare, declare jela, tapi dia tetap dengan kata-kata dia.

Kalau ikutkan, setiap hari dia akan singgah kat rumah aku sebelum dia balik ke rumah dia. Antara rumah dia dan rumah aku tak ada lah jauh mana.

Kadang-kadang dia akan tidur kat rumah aku, esok pagi lepas aku pergi kerja baru dia balik rumah dia. Ada juga pukul 3 atau 4 pagi dia balik rumah dia semula. Dia selalu teman aku tidur.

Dia bayar half untuk rumah sewa aku dan dari segi makan pun dia tanggung aku. Gaji aku cukup je untuk sara diri aku, untuk bayar everything tapi dia dah janji nak bayar bilik dan makan untuk aku, so dia tunaikan.

One day aku pernah kata kat dia yang aku nak ada BF sebab aku nak ada relationship yang aku boleh nampak masa depan. Aku nak ada family juga. Tapi dia kata:

“tak boleh” sebab dia sayang aku.

Tapi aku bagi banyak alasan kenapa aku nak ada BF. Dia siap suruh aku bagi masa pada dia. Aku tanya dia:

“berapa banyak masa untuk I bagi kat u?”

Then dia jawab:

“bagi I 2 tahun, tapi kalau u rasa lama sangat, u bagi I tempoh setahun untuk I lebih kenal u.”

Tapi aku tak sanggup bermadu dan aku pun ada kata:

“if sayang I, u lepaskan wife u. Kau kena pilih sama ada I atau dia.”

Aku tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu. Maybe aku sayang dia sangat-sangat dan aku nak dia jadi milik aku sorang je. Dia kata yang dia akan berlaku adil dan jalankan tanggungjawab untuk family, sama juga pada aku.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku yang aku nak ada BF. Aku buat deal dengan dia yang aku nak ada BF tapi aku still berkawan dengan dia. Tapi dia tetap tak setuju. Dia tak nak aku ada BF juga.

“You are mine, so nobody can touch you, not even fuck you.”

Sampai lah satu hari ni, aku tersuka seorang lelaki ni. Kami kenal berapa bulan then decide untuk couple. Aku couple dengan lelaki ni senyap-senyap, yang tahu je tahu pasal kami. Si Iqram ni tak tahu yang aku dah ada BF.

Tapi aku pernah cerita yang aku berkawan dengan sorang lelaki ni a.k.a BF aku ni, tapi dia kata:

“jangan kawan rapat sangat, nanti orang tu suka u pula.”

Lepas aku couple dengan BF aku tu, aku selalu kata kat Iqram yang aku balik sendiri padahal BF aku hantar balik. Setiap kali balik kerja, aku akan inform pada Iqram yang aku balik lewat atau aku balik naik public transport, so apa-apa nanti kalau nak jumpa, dia boleh jumpa kat rumah.

Selalunya dia akan tanya what time sampai rumah, so mudah dia nak datang. Dan setiap kali aku lepak, si Iqram akan minta video atau gambar untuk kepastian, so aku send jela gambar atau video tu kat dia even ada BF aku sebab bukan dia kenal muka pun.

Dia juga selalu call aku masa aku lepak, aku ni jenis suka silent phone dan kadang-kadang memang aku malas angkat.

Nak dijadikan cerita, one day ni aku baru balik dari beli barang dapur dengan BF aku. Tiba-tiba aku dapat chat dari si Iqram, dia tanya aku tengah buat apa. Then aku kata lah tengah masak, at the same time aku send gambar aku tengah masak.

Lepas tu dia call. Aku jawab jela macam biasa tapi dengan nada lain sebab masa tu BF aku ada sekali kat rumah. Aku jawab call seolah-olah tengah call dengan mak aku.

BF aku tahu pasal si Iqram ni, aku pernah cerita pada dia dan BF aku pernah minta aku block si Iqram, tapi aku tak boleh buat benda tu sebab aku sayang Iqram. Aku cuma mampu “iya”kan saja.

Lagi pun BF aku tak check phone aku, cuma dia akan tanya if aku still chatting dengan Iqram atau tidak. Dia tak nak kongkong aku, sebab tu dia tak check phone aku. Cuma sekadar tanya:

“dah block? Ada dia chat pakai nombor lain?”

Macam tu je dia selalu tanya.

Tapi setiap kali aku suruh BF ku pegang phone, aku akan make sure chat Iqram aku sorok supaya tak naik notification atau aku tukar nama lain.

Gambar aku dengan Iqram, aku akan simpan kat lain, aku tak simpan dalam gallery. Sama juga setiap kali aku keluar dengan Iqram, aku akan buat benda sama.

Cuma sebelum kantoi dengan si Iqram, dia suka kata aku “fishy” sebab aku tak suka dia tengok atau pegang phone aku macam selalu. Iqram pernah kata kat aku:

“if ada someone else please bagitahu I.”

Aku tipu dia, aku kata tak ada. Aku sayang juga BF aku tapi tak sekuat sayang aku pada Iqram.

Ok, malam tu masa Iqram call tiba-tiba dia tanya kat aku:

“pergi mana tadi? Keluar naik motor dengan jantan mana tadi?”

Aku terdiam. Dalam hati aku berkata:

“macam mana dia boleh tahu, padahal kami beli barang kat kedai yang memang dia pernah pergi atau lalu jalan tu.”

Dia suruh aku halau BF aku dari rumah tu dan suruh kami breakup. Aku kata:

“sekejap, bagi I slow talk dengan dia.”

Iqram bagi aku masa untuk halau BF aku, kalau tidak dia akan naik atas kat rumah aku.

Lepas end call, aku masuk bilik pastu aku suruh BF aku balik dulu (dengan nada lembut). BF aku pelik kenapa aku nak halau dia balik dan dia tanya aku siapa call tadi. Aku tipu dia, aku kata mak aku yang call. Then dia tanya betul ke yang call tadi tu mak aku?

“sebab u tak pernah guna I, u dengan ur mom, ke orang lain yang call u?”

Aku kata lah:

“ya, mak yang call.”

Tapi tak lama tu si Iqram call, so naiklah nama Iqram pada screen phone aku. Masa ni aku tak tukar nama Iqram pada nama lain sebab aku sorok chat dia, tapi masa tu dia call aku guna call biasa bukan call WhatsApp, so naiklah nama dia kat screen phone.

Memang berapi lah BF aku, tapi dia tak ada maki atau tinggikan suara kat aku. BF aku angkat call, dan dalam call tu si Iqram kata nak jumpa kami berdua.

Aku dan BF aku pun turun jumpa dia kat basement. Time tu kita orang just borak pasal relationship kami. Dia tanya itu ini dan aku jawab je apa yang ditanya. Cerita ni aku pendekkan saja ya, kalau tak akan ber-episode pula.

Tak lama kemudian si Iqram tanya aku sama ada aku nak kat BF aku atau dia. Aku pun jawab yang aku pilih BF aku. Nampak kekecewaan kat muka dia, tapi aku buat tak tahu je sebab aku lebih memilih yang betul-betul ada effort berbanding.

Sebelum dia balik, dia panggil aku untuk berborak dalam kereta dan aku ikutkan saja. BF aku duduk luar kereta tapi sedikit jauh dari kami.

Semasa dalam kereta aku nampak yang dia betul-betul nak kan aku, tapi aku tetap memilih BF aku. Dia tanya aku kenapa aku pilih BF aku berbanding dia, sedangkan dia ada semua benda. BF aku tu baru nak mulakan hidup, baru nak ada saving, baru mula kerja katanya.

Btw, beza umur aku dan BF aku tu setahun je, aku tua setahun. Antara umur aku dan Iqram, perbezaan belasan tahun. Aku hanya jawab yang aku pilih BF aku sebab cara layanan dia pada aku dan aku nampak yang BF aku ni betul-betul serious dengan aku sebab dia ada buat saving untuk kahwin.

Semasa dalam kereta tu aku menangis. Aku ada luah perasaan aku kat Iqram, tapi pada masa yang sama aku buntu. Aku sayang dua-dua, tapi macam yang korang tahu, aku lebih sayangkan Iqram berbanding BF aku sendiri. Aku kena pilih salah satu, sampaikan aku kata pada Iqram yang aku pilih BF aku tapi:

“I nak kita sama macam dulu sebab I sayang u juga.”

Pada masa tu aku rasa macam diri aku ni fake sebab aku rasa aku terima BF aku sebab dia dah ada saving, tapi hati aku sepenuhnya pada Iqram. Dia tak boleh terima benda tu, dan sekali lagi dia tanya aku sama ada aku pilih dia atau BF aku. Aku masih tetap dengan pilihan aku iaitu aku pilih BF aku.

Iqram tak marah aku, cuma dia kecewa dengan aku. Dia minta aku airdrop semua gambar dan video aku dengan dia. Aku tanya kat dia:

“untuk apa?”

Dia hanya jawab:

“untuk kenangan kita.”

Tapi kebetulan bateri phone aku habis, so aku tak boleh bagi. Dia kata if aku kahwin dengan BF aku, barulah dia akan delete everything pasal aku. Dan dia juga ada cabar untuk aku kahwin dengan BF aku pada esok hari supaya dia tak kacau aku dah, dan dia kata dia takkan kacau wife orang.

Masa dalam kereta tu juga, aku dan Iqram ada je gelak ketawa bila flashback kisah kami, tapi keadaan berubah lepas BF aku ketuk tingkap kereta untuk ajak naik bilik semula.

Sebelum naik, BF aku ada lah borak sekejap dengan Iqram tapi aku buat tak tahu jela dulu. Dan selesai berjumpa, aku dan BF naik atas semula dan mula discussion pasal hubungan kami. Aku kata kat BF aku yang aku sayang dua-dua tapi aku tetap pilih dia.

Masa tu aku betul-betul rasa yang diri aku fake. Walaupun mulut kata sayang pada BF aku, tapi hati aku sakit sebab lepaskan Iqram. Aku lebih sayangkan Iqram.

BF aku minta untuk aku delete dan block nombor Iqram tapi aku tak buat. BF aku tahu yang aku memang takkan buat benda tu, so dia malas nak berbahasa dengan aku dan dia biarkan je.

Sebelum tidur, aku ada tanya BF aku apa yang dia borak dengan Iqram. Then dia kata yang dia minta Iqram buang semua gambar aku semasa dengan dia, termasuk gambar fizikal yang Iqram ada. Tetapi Iqram kata pada BF aku:

“aku takkan buang selagi korang tak kahwin.”

Itu je yang BF aku cerita pada aku.

Keesokan pagi aku dapat chat dari Iqram yang menyatakan:

“I need my stuff.”

Then aku pun tanya lah:

“apa dia?”

Dia pun kata:

“I cerita pada my mum pasal kita, dan kalau esok u nak bawa I jumpa ur mum, I ok saja.”

Aku pun kata yang aku tak boleh dan tolong hormat relationship kami. Sebenarnya ayat ni dari BF aku untuk aku reply pada Iqram.

Lepas pada tu, aku dan BF bergaduh sebab aku tak block si Iqram dan masih layan Iqram. Masa tu aku menangis sebab aku tak sanggup hilang Iqram. Haritu juga BF aku balik ke rumah mak dia, tapi bukan balik sebab marah kat aku. Tapi balik sebab hari weekend, so dia nak spend time dengan mak dia.

BF aku ni memang asal sini, so kadang-kadang dia akan tidur rumah aku, time weekend dia balik rumah mak dia.

Sebelum dia balik, kami buat WhatsApp dan Telegram Web untuk dia pantau dengan siapa aku chatting. Ini suggestion dari aku. Ikutkan dia tak nak pun, tapi aku minta supaya dia tahu yang aku boleh je ikut kata dia untuk lupakan Iqram, cuma makan masa.

Masa tu aku fikir yang Iqram takkan reply chat aku dan buang aku sebab aku kata macam tu, sebab tu aku minta BF aku untuk buat macam tu. Aku pun tak kesah if dia nak reply semua chat yang ada.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku chat Iqram. Aku tanya dia:

“apa yang u cakap pada ur mum pasal kita?”

Tapi dia tak reply. Lebih kurang sejam baru dia reply tapi menggunakan voice, dan voice tu bukan suara dia tapi suara perempuan. Perempuan tu kata suruh stop kacau Iqram.

Selepas dapat beberapa voice, aku terus block Iqram dan hanya di Telegram aku boleh chatting dengan Iqram.

– Sofeaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *