Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-dan-lelaki-dating-apps/).
Aku kenal perempuan tu siapa sebab Iqram pernah cerita pada aku pasal perempuan tu.
Sebelum kantoi aku naik motor dengan boyfriend aku, Iqram ada jumpa aku di rumah aku. Masa dalam bilik, dia tanya pada aku:
“Betul ke you nak ada boyfriend?”
Tapi aku jawab:
“I sekarang ada boyfriend dan I happy dengan dia. Memang dia tak sama dari segi kewangan macam you tapi I happy dengan dia.”
Itu yang keluar dari mulut aku walaupun aku tak sanggup untuk kehilangan Iqram.
Iqram bangun dari katil dan menuju ke tandas untuk ambil wuduk. Alang-alang dah masuk waktu solat, dia terus solat. Selepas selesai solat, aku nampak Iqram menangis sambil lipat kain pelikat.
Iqram tanya aku:
“Betul ke you nak kat dia? Betul ke you sayang dan cinta dia?” (dengan nada sedih).
Aku jawab:
“Ya, I sayang dia dan cinta dia.”
Iqram termenung sambil menghadap ke luar tingkap. Masa tu juga aku pandang Iqram dengan perasaan bingung. Dalam hati aku berkata, “Mampu ke aku kehilangan dia? Aku sayang dia, aku cinta dia.”
Tak lama lepas tu Iqram capai phone dan buka Instagram. Dia cari seseorang yang dia pernah unfollow. Dia pernah kata kat aku yang dia sayang aku dan dia unfollow, lost contact dengan semua perempuan yang dia pernah rapat.
Awalnya aku tak percaya, tapi lepas apa yang jadi barulah aku nampak yang apa dia katakan tu memang dia buat.
Masa tu nampak dia cari balik contact seseorang. Rupa-rupanya dia cari semula kawan perempuan yang dia dah unfollow dan voice yang aku dapat tu adalah dari perempuan tu. Kita bagi nama perempuan tu Rose.
Rose ni dah kenal Iqram lama berbanding aku. Rose cantik, kerja dengan airlines. Iqram pernah ada feeling dengan Rose tapi tak sekuat feeling dia pada aku, kata Iqram.
Dipendekkan cerita, start hari yang boyfriend aku balik rumah mak dia, kami bergaduh sebab aku still text dengan si Iqram. Aku logout Telegram dan WhatsApp aku supaya boyfriend aku tak tahu apa yang aku chat dengan Iqram.
Lepas beberapa hari aku dan boyfriend gaduh, aku jadi tak selera nak makan dan jam tidur aku dah tak cukup 8 jam. Kadang-kadang 1 atau 2 jam je.
Aku jadi macam tu sebab aku banyak fikir, bukan fikir pasal boyfriend aku tapi fikir pasal Iqram. Even boyfriend aku dah baik dengan aku pun, still aku fikir pasal Iqram.
Tapi jodoh aku dengan boyfriend tak lama. Selang beberapa hari kami breakup sebab aku still chatting dengan Iqram. Dalam chat tu seolah-olah aku masih menaruh harapan pada Iqram. Sebab tu boyfriend aku decide untuk putus.
Aku setuju dengan keputusan dia sebab aku pun masih sayangkan Iqram.
Lepas sehari aku dan boyfriend breakup, aku mula berjumpa semula dengan Iqram. Ada beberapa kali dia datang rumah aku. Masa tu kami tak serapat macam dulu, iyalah kan baru lepas ada problem, tapi makin lama kami makin rapat seperti sediakala.
Sebelum tu aku ada tanya Iqram:
“You suka Rose tak?” (dengan nada lembut).
“Ada lah juga,” kata Iqram.
Aku diam sahaja. Tapi masa tu aku cuba untuk dapatkan hati dia semula. Ada masa kami bergaduh dan si Iqram ada ungkit pasal penipuan aku pada dia.
Dia kata selepas apa jadi, dia takkan percaya aku 100%. Dia kata aku licik, aku sembunyikan relationship aku dengan boyfriend aku tu.
Aku boleh react dan berkelakuan normal masa in relationship dengan boyfriend aku, seolah-olah aku single dan hanya tumpu pada dia, kata Iqram pada aku. Aku hanya diam.
Sekarang kami still macam dulu tapi dia dah stop bayar rumah sebab dia kecewa dengan aku. Melainkan aku pindah rumah lain barulah dia akan bayar half untuk rumah aku tu. Aku tak kisah sangat bab rumah sebab aku boleh je bayar.
Sekarang kalau ada masa dia akan bawa aku jalan-jalan, pergi makan macam biasa. Cuma lately ni dia banyak lepak dengan kawan-kawan dia sebab mereka ada business sama-sama.
Aku tak kisah sangat pun sebab aku tak nak dia rasa menyampah dengan aku dan aku tak nak kacau masa dia dengan kawan-kawan. Ada masa dia bawa aku lepak dengan kawan-kawan dia.
Tapi setiap kali balik dari jumpa kawan, dia akan singgah rumah aku untuk spend time sama-sama. Pukul 2 atau 3 pagi baru dia balik.
Bulan lepas birthday aku, dia celebrate birthday aku. Sama juga birthday dia, aku celebrate juga.
Adalah sekali ni aku tanya kat dia:
“You still contact ke dengan Rose atau mana-mana perempuan yang you pernah ada feeling?”
Dan dia kata:
“Just as a friend. Yes.”
Aku hanya reply:
“Owh, okay.”
Tak tahu nak describe feeling tu macam mana. Sedih? Ya, sedih. Sebab aku tak ada contact mana-mana lelaki melainkan mereka tanya atau minta pertolongan aku, tu je.
Setiap kali aku chat dengan kawan lelaki, aku akan bagi tahu dia dan aku akan share chat aku tu pada dia. Aku tak tahu apa yang dia chat dengan perempuan-perempuan tu. Aku jealous tapi aku tak boleh nak kongkong dia dan aku tak nak dia rasa rimas dengan sifat jealous aku ni terhadap dia.
Cuma apa yang penting, dia ada dengan aku pun aku happy. Hidup aku berubah kembali normal macam dulu. Dah tak ada pitam sebab tak makan, cuma sekarang nak naikkan berat badan semula je. Kalau aku kata lapar, dia akan ambil aku kat rumah dan bawa pergi makan.
Dia kata dia maafkan aku tapi dia susah nak lupa apa yang aku buat pada dia.
Tapi aku masih tak tahu hala tuju kami. Aku pernah tanya pada dia:
“Lepas ni kita still berkawan macam dulu atau macam mana?”
Dia jawab:
“If serasi kita akan ke next step.”
Aku hanya senyum tapi aku tak nak letak 100% harapan pada dia.
Antara aku dan dia banyak beza. Gaji dia lagi besar dari aku, iyalah aku ni kerja biasa-biasa je. Iqram juga pernah mention:
“I tak tahu kenapa I lowerkan level I untuk you.”
Masa tu kami bergaduh dalam chat dan itu yang dia kata pada aku. Tapi dia ada minta maaf pasal kata-kata tu pada aku dan sekarang kalau bergaduh dia takkan mention macam tu lagi. Paling tidak, dia akan tunggu aku reda.
Aku sayang dia tapi aku tak pasti if dia sayang aku sama macam dulu atau tak. Setiap kali tanya, dia akan kata:
“Ya, I sayang you tapi I still tak boleh lupakan apa yang you buat kat I. Tapi I cuba untuk lupakan, okay.”
Jujur kata, sekarang dia layan aku lain dari yang sebelum ni. Sebelum ni kalau aku merajuk, dia akan pujuk sekali je. Tapi version baru ni, dia akan pujuk sampai aku elok. Kalau aku sedih, dia akan datang teman aku sampai aku tidur.
Dia ada minta maaf kat aku sebab dia yang buat aku jadi macam tu dan atas sebab-sebab lain juga. Aku pun minta maaf pada dia atas apa yang jadi sebelum ni. Aku buat pun bersebab tapi aku tak boleh tipu diri sendiri.
Sekarang kami berjauhan sebab masing-masing balik negeri masing-masing. Dia balik sebab urusan kerja. Setiap malam dia akan call aku, call pun sebab nak share story apa semua.
Sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu status kami ni apa. Sama ada HTS atau pasangan kekasih sebab tiada declare apa-apa dari kami. Aku cuma mampu pegang kata-kata yang dia bagi pada aku tu sajalah.
Aku still layan dia sama macam dulu dan sekarang aku tak minta untuk dia tinggalkan wife dia macam sebelum ni atas sebab-sebab tertentu yang aku dapat tahu. Dia pernah kata yang dia sayang wife dia tapi benda ni jadi pun disebabkan dia. Maksudnya dia curang pun sebab kehendak dia sendiri.
Macam aku kata, dia tak suka share pasal family dia pada aku tapi aku cari sendiri info family dia. Aku cari bukannya sebab nak buat jahat atau apa, tapi just nak tahu siapa wife dia. Tapi lain pula yang aku dapat tahu.
Dia tak pernah bagi tahu aku apa yang wife dia hadap tapi aku sendiri dapat info tu. Iqram sebenarnya tak suka aku cari info pasal family dia tapi aku tetap berdegil. Dia tak pernah marah sampai naik tangan atau maki aku. Just marah manja atau marah untuk nasihat.
Dia tahu yang aku tahu semua detail atau info pasal family dia tapi dia dah malas nak tegur. Paling-paling pun dia akan kata:
“Dah puas jadi stalker?” (dengan nada biasa).
Sebenarnya aku tahu je detail Iqram dan family dia start dari awal kenal. Tapi lately ni makin banyak info berkaitan family dia aku dapat tahu. Aku guna platform itu ini untuk cari info berkaitan dia.
Pernah sekali aku buka mulut pasal dia. Waktu tu dia tak tahu yang aku ada cari info pasal dia. Dia terkejut dan dia tanya aku macam mana aku tahu. Tapi aku hanya senyum pada dia. Dia minta untuk aku buka Google dan platform yang dia tahu berkaitan research tapi dia tak jumpa apa-apa pun.
Aku tak pernah ugut dia apa-apa walaupun aku simpan semua berkaitan dia. Bagi aku setiap manusia ada baik dan buruknya.
By the way, wife Iqram terkenal lah juga. Tapi kalau yang sebaya dengan aku, tak ada yang kenal, melainkan kalau mention. Wife dia cantik nak dibandingkan dengan aku. Aku ni biasa saja.
Dia ada bagi tahu sebab kenapa dia jadi macam tu, tapi aku tak nak cerita sebab apa.
Sekian dari aku,
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Taktahu ada bersambung pulak kisah ni ,macam mana admin boleh approve cerita yang entah pape ni.Aku tahu Kau nak meluah tapi Kau sebenarnya buat benda tak betul bertaubat la Selagi ada masa .
Kesimpulan Kau ni culture shock dah .dulu kat bandar kecik kan ko cerita sekarang ko nak hilangkan sunyi Kau dengan pengaulan bebas ke
Pengajaran: hati-hati dengan dating app, jangan sampai sunyi buat kita lupa jaga batas