Aku anak tunggal perempuan, ada abang2 dan adik2 lelaki.
Dari kecil memang aku berkawan dengan kawan2 lelaki iaitu kawan-kawan abang2 aku.
Aku kasar dan bersuara nyaring, kalau ada salah memang aku akan terus sound.
Aku suka bergaduh dengan kawan2 terutama kalau hal tu memang bukan salah aku, aku akan fight sampai nampak aku betul. Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan.
Aku di takdirkan menjadi anak yang rajin tapi tak pandai mana. Disebabkan aku ni memang rajin membaca, aku tak pernah tak ada buku dalam beg, naik bas aku baca buku, balik cuti semester memang aku angkut buku balik kampung,
Jadi aku lulus SPM, degree dan Master dengan laluan yang agak mudah. Berkat doa mak juga. Mak yang selalu berbangga dengan kejayaan aku. Kadang-kadang terasa malu bila mak puji aku lebih-lebih depan saudara mara.
Mak.. ditakdirkan di poligami kan oleh ayah sejak aku sekolah menengah, jadi aku lah tempat mak meluahkan perasaan. Mak sampai ke sudah, sampai la ke hari ini masih tak boleh menerima dirinya di madukan.
Tapi kadang-kadang aku merasakan mak perlu saja terima takdir tersebut.
Masa berlalu, aku berkahwin dengan suami yang memegang diploma sahaja, tapi aku terima seadanya, walau perbelanjaan rumah sejak 20 tahun perkahwinan ini 90% aku yang tanggung, tapi aku redha. Kenapa, sebab suami aku sangat baik.
Dialah yang jaga anak-anak sewaktu aku struggle menghabiskan master program 4 tahun. Dia lah yang menguruskan almost 80% hal-hal rumah dari basuh kain, sidai kain, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan di IPTA.
Kadang-kadang bergaduh pasti ada tapi tak pernah sampai menampar memukul atau keluar dari rumah. Akhlak suami menyantuni keluarga sebelah aku juga sangat baik, tak pernah dia mengata buruk tentang keluarga di sebelah aku (walau sepatutnya boleh sangat untuk dia nak cakap hal-hal tak elok)
Kesihatan mak merosot sejak 4 tahun kebelakangan ni, mak dah tak larat untuk berjalan, dengan darah tinggi dan kencing manis menerukkan lagi keadaan mak.
Mula-mula mak tinggal bersama adik lelaki bongsu, yang tidak bekerja, hanya mengharap duit kakak dan abang-abang. Tugas dia hanya pastikan mak makan, mandi dan bawa mak ke hospital.
Tapi sepanjang 2 tahun tu pelbagai pergolakan berlaku dan keadaan mak makin teruk. Mak dah tak boleh berjalan, hanya berkerusi roda tidak boleh makan sendiri dan perlu dimandikan.
Ada seorang abang yang tinggal berdekatan dengan mak tapi dia agak tidak mengambil tahu keadaan mak, alasannya anak-anak nya ramai dan sibuk menguruskan hal rumah dan anak-anak.
Ada seorang lagi abang tetapi tinggal di luar daerah dan negeri yang sangat jarang balik menjenguk mak di kampung.
Adik lelaki lagi seorang sedang menyambung pelajaran yang juga sangat sibuk dengan pelajarannya pada masa yang sama juga berulang setiap minggu menjenguk isteri dan anak-anaknya dia kampung ( jenguk isteri dan anak-anak sempat pulak kan)
Ayah.. ayah tinggal bersama isteri ke duanya, datang jenguk mak? Ayah cakap dia dah tak larat nak berulang alik tengok mak, perlu anak-anaknya di sana tolong hantar dan ambil dan mereka juga sangat sibuk bekerja.
Jadi, siapa yang paling layak menjaga mak? Tentulah aku kan, sebab aku sorang2 nya anak perempuan yang dianggap tidak sibuk tidak ramai anak seperti mereka.
Akulah orang yang paling tepat yang perlu menjaga mak. Aku ikhlas saja jaga mak, aku ambil pembantu rumah indonesia untuk menjaga mak, walau aku perlu berbelanja agak besar untuk upah pembantu rumah indonesia.
Susu, pampers dan keperluan2 lain mak aku yang tanggung. Ada juga abang dan adik menghantar susu dan pampers.
Aku ikhlas jaga mak. Aku sanggup habiskan duit untuk jaga mak. Aku tak kisah bila anak-anak aku pertikaikan kenapa adik beradik lelaki mak yang lain tak datang dan jenguk nenek.
Nak datang jenguk sebulan sekali pun susah, bila datang ada saja yang tidak puas hati pada mereka, katanya mak nampak lemah dan kurus, mak nampak tak berdaya dan mak nampak semakin tidak sihat.
Datang hanya beberapa ketika, beberapa kali datang pukul 11 malam dan hanya singgah 10 minit tengok mak dan beri pelbagai andaian terhadap aku, cara aku jaga mak.
Aku juga bekerja makan gaji, kerja aku boleh dikataksn lagi sibuk dari abang2 dan adik2 aku, sebab tu aku ambil maid untuk jaga mak.
Aku cuma kecewa dengan sikap2 lelaki-lelaki di sekiling aku. Sebagai anak lelaki tanggungjawab mereka selepas anak dan isteri adalah mak. Kalau la suami aku tidak membenarkan aku untuk jaga mak aku tak tahulah siapa yang akan jaga mak.
Aku cuma sedih bila mak di tinggalkan di rumah aku. Aku ok untuk jaga mak tapi lelaki-lelaki yang aku sebut di atas sepatutnya datang lah tengok mak kurang2 2-3 minggu sekali (yang tinggal sedaerah).
Yang jauh pun apa salah nya sebulan sekali balik jenguk mak. Kesian aku tengok mak, aku bila balik kerja, malam baru masuk bilik mak, tengok apa yang patut aku buat.
Sebelum tidur rutin kerja aku bagi mak minum susu dan tukar pampers. Beberapa kali mak sakit aku juga yang bawa dan jaga mak di hospital swasta, aku juga yang jelaskan bill untuk mak.
Aku betul-betul tak kisah untuk jaga mak tapi lelaki-lelaki di sekililing aku jangan la take for granted, datang la kerap tengok mak, mak nak ada orang bersembang dengan dia, ada orang ambik kisah pasal dia.
Lelaki-lelaki yang aku maksudkan itu harap sedar lah…
– Pijot (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit