Salam semua. Admin plis approve confession ni. Thanks in advance.
So obviously, confession ni pasal my mom. Sebenarnya aku rasa sangat bersalah dengan mak aku. Mak aku ibu tunggal, bercerai. Dia yang jaga 7 orang anak-anak dia kat rumah. And mak aku kerja cikgu. Walaupun mak dan ayah aku dah bercerai, adik-beradik aku masih berhubung dengan ayah. Tapi mostly, mak aku lah yang banyak take care pasal anak-anak yang tujuh orang ni. Pressure memang pressure. Aku rasa pressure tu since akulah anak perempuan yang paling rapat dengan mak aku. Memang stress nak urus semua hal anak-anak. Tambah pulak mak ramai anak lelaki yang malasss.
Ok done intro about mak aku. Sekarang masuk bab kenapa aku rasa bersalah yakmat. Mak aku jenis tak bagi anak dia keluar dengan kawan-kawan. Kalau boleh duduk rumah je. Masa zaman aku sekolah, memang aku tak keluar langsung dengan kawan-kawan. Tapi, ada jugak sekali dua aku keluar senyap-senyap lepas sekolah ikut kawan gi tengok wayang. Ahaa, mak aku sangat tak suka dengan panggung wayang. Kalau dia dapat tau aku pergi tengok wayang, maka kepala aku mungkin akan dipanggung. Jadi aku keep as secret je lah yang aku senyap-senyap gi tengok wayang tu. Tapi lepas je balik umah terus aku solat sunat taubat, bersalah sangaaaat. Lepas 3 tahun berlalu, aku bagitau hal sebenar. Haha aku tak boleh lupa kesalahan aku yang tu dekat mak. Nasib mak okay, ye la benda 3 tahun lepas hihi.
Sekarang aku dah masuk uni, dulu mungkin sebab aku masih bersekolah so mak aku tak bagi bersosial. Kalau sekarang aku keluar dengan kawan-kawan pun paling banyak dua kali dalam sebulan, kalau masa cuti sem lah. Kira kerap sangat ke? I need you guys punya opinions. Masa aku mintak nak keluar pun mak aku kurang bagi la. Setelah pujuk rayu mohon sesungguhnya, dia bagi tapi macam tak rela jugak. Still, aku rasa bersalah sebab approval mak aku tu tak berapa sangat. Like you having fun with your friends at the same time you always think about your mom at home. What is she eating for lunch? Is she okay? Dia terbeban ke kena buat kerja rumah sorang-sorang bila aku keluar? Ahh serious. Kawan-kawan aku pulak jenis kalau keluar suka drag masa. Kata nak balik pukul 5 petang tapi drag sampai malam pulek. Since aku bukan yang memandu, so aku kena ikut time diorang. Tahi betul.
Sebelum aku keluar pergi mana-mana, aku akan make sure all my house chores completely done. Almost everything. Kalau aku keluar time pagi nak balik petang, aku make sure nasi dah masak, lauk ada untuk adik-adik aku balik sekolah nanti nak makan, baju semua tersidai, kain kotor semua dah basuh, lantai dah sapu, bilik dah kemas, dapur licin, sinki kosong siap ada efek bersinar lagi. Aku tak nak susah kan mak. Bersalah okay bila kita enjoy dengan kawan tapi mak sorang-sorang buat kerja kat rumah. Masa aku nak ikut kawan aku pergi trip ke Langkawi for about 3 days, aku make sure mak aku at all ease. Baju satu family and baju sekolah adik-adik aku siap basuh, sidai cuma aku tak sempat nak iron je. Bawang semua aku kupas so that senang bila mak aku nak memasak dia just ambik je, barang dapur aku make sure cukup so mak takyah keluar beli dah. Senang cakap, aku buat semua and mak tinggal ambik je.
Memang prinsip aku tak nak susah kan mak. Kalau boleh nak mak bahagia, gembira sebab mengenangkan hidup dia tak macam orang lain. Orang lain ada suami penyayang di sisi, dia takda. Orang lain tak perlu kusut fikir hal duit, dia kena. Sejak aku 11 tahun, memang aku berazam tak nak bagi mak sedih. I always make her laughs, listen to all her problems, confessions and if she is sick I’m the who will terribly sad and full of worries. Aku di sini bukan nak claim apa aku dah buat, cuma sometimes aku pikir my mom didn’t see all those. Kalau aku buat salah sikit, mak cepat merajuk. Semalam, aku balik lambat dari tengok wayang. Bukan niat asal balik lambat, cuma waktu tu dah nak dekat maghrib so aku rasa sangat tak elok balik maghrib-maghrib ni. Jadi aku singgah solat dulu, so 9 malam baru balik. Aku kol mak, adik aku yang angkat. Agak dah mak mesti dingin dengan aku punya. Ye betul, balik tu mak elak nak jumpa aku. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Ye yeeeee aku salah balik lambat sebab janji nak balik petang. Berdosakah aku? Aku explain, aku taknak balik maghrib nanti apa pulak jiran kata anak dara balik maghrib-maghrib. So better balik malam sikit.
Bila aku fikir, mak ni tak fikir ke semua perkara yang aku buat untuk dia senang sebelum ni? Hanya sebab aku balik lambat sikit dah tarik muka. Lagipun, ni first time. Dan bila aku terfikir macam tu cepat-cepat datang pikiran lain yang kacau like, “mak kau tu dah beranakkan kau sampai nak tercabut nyawa tau! Dah la kau dulu kuat nangis, suka berdukung sampai nak patah pinggan mak. Setakat kerja rumah and kerja lain kau buat tu apa lah sangat nak compare dengan sakit mak masa beranakkan kau”. hmm, aku tak tau nak rasa apa. Kalau aku tersinggung ke sakit hati ke dengan mak, aku telan je sebab pikiran tu selalu menjelma. So aku ke yang bersalah? Ke mak aku yang terlalu emo? Obviously kita kena hormat mak kita. Bagi aku mak segala-galanya. Walaupun kat mana aku berada, aku selalu ingat mak. Every weekends masa kat uni aku selalu call mak. Aku yang call sebab tau mak busy nak call aku. Aku tak kisah kredit abis. Sebab bila tengah syok berbual dengan mak tetiba abis kredit, mak akan call balik haha. Kalau mak tak cukup duit, aku selit senyap-senyap duit kat dalam purse dia. Kalau aku bagi depan-depan, mesti dia tolak punye. Dan mak selalu ada dalam doa aku.
Sejujurnya, aku nak jugak rasa seronok dan bebas dengan kawan-kawan. Bukan terlalu bebas la maksud aku. Bebas yang ada had, aku kurang berkawan dengan lelaki ok, kat uni je aku aku bergaul dengan lelaki kalau ada keperluan like assignments or kena conduct programs. Dalam aku nak seronok, aku selalu pikirkan family aku dulu, make sure they are all okay, then I’ll be having fun for myself.
Okay tu je. Sorry confession tah pape. Aku terima semua kritikan dan nasihat dari u gais. Wassalam.
– Nurul sayang mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit