Bermula akhir tahun nov 2018, aku dapat merasakan ketidakselesaan pada telinga belah kiri. Seolah-olah ada blocking. Jadi, urusan harian tetap di teruskan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku kerap pitam. Sehari boleh jadi dua hingga tiga kali. Walaupun hanya 8-6saat tapi sakitnya Allah sahaja yang tahu. Pada masa yang sama aku kurang jelas dengan apa yang orang cakap. Sentiasa kena marah walaupun dengan ahli keluarga aku. Disebabkan aku malas nak layan. Aku pura-pura dengar sahaja la.. Konon aku adalah pendengar yang setia. Aku juga pernah jatuh disebabkan pitam. Hahaha.
Masuk bulan Disember. Masih alami gejala yang sama. Aku mula mengalami tekanan. Bukan setakat ketidak selesaan telingga, gastrik dan mula mual-mual. Tahap pendengaran aku juga terjejas. Menjadikan aku kurang bercakap. Aku pergi klinik panel swasta under syarikat aku. Doktor check dan bagi ubat migrain serta ubat untuk cairkan tahi telinga. Katanya tahi telinga aku keras. Aku tak yakin. Sebab eh.. Betul ke macam ni sahaja check?. Tapi aku positif. Aku cuba senaraikan gejala yang aku alami dan search dalam google.
Kenapa aku tak yakin?. Aku pasti, aku tak alami gejala migraine. Eh macam mana aku tahu. Kakak aku pengamal perubatan bertauliah. Salah seorang pakar di hospital kerajaan. Aku sudah terbiasa dengan SOP kerajaan. Akhirnya selepas puas aku cari simptom di internet baru aku pergi ke klinik kerajaan. Aku suspek VERTIGO.
Klinik kerajaan sekarang ada kemajuan sebab aku tak perlu tunggu lama. Yang lama sebab doktor diagnosis aku. Selepas aku cerita simpton yang aku alami. Doctor buat SOP. Jadi daripada pemeriksaan telinga (externally), darah, jantung, gejala awal tirod (simple pergerakkan), tekanan darah, ujian air kencing dll. Hasilnya daripada maklumat internet macam-macam aku tanya. Doktor jelaskan kepada aku satu per satu. Aku cakap, aku suspek vertigo. Tapi doktor kata saya akan rujuk kamu pada doktor pakar. Beliau turut jelaskan penyakit Vertigo serta peringkat vertigo. Terima kasih doktor. Berjam gak la aku dalam bilik doktor tue. Akhirnya aku dirujuk ke doktor pakar. Maka aku pun pergi buat appointment di hospital.
23 Jan 2019, pagi di hospital kerajaan. Aku pergi sendiri sebab dah biasa independent. Naik grab jew la. Sambil tue aku whatsup member aku. Aku katakan padanya. “Misi mencari bakal husband hahaha”. Member aku reply “amin..”. Kawan aku memang sentiasa doakan jodoh aku tiba. Sahaja aku whatsup sebab aku nervous dan mencari mood di awal pagi.
Di hospital kerajaan, doktor tanya secara ringkas gejala yang aku alami. Doktor nak double check. Then pekerjaan aku. Aku front end programmer. Kemudian doktor periksa daripada fizikal (doktor Adam) hingga ke ujian audio (Doktor perempuan, doktor Sarah kot.. Hahaha tak ingat nama).
Ujian pertama, Doctor Adam check external telinga aku, mata, hidung, tekak, lidah dan hebus daripada hidung.
Kedua. Ujian fizikal ni, kau kena duduk. Kaki melujur ke depan. Mata pandang hidung doktor. Fokus dan tidak berkelip. Aku follow je. Walaupun nak tergelak. Ye la apahal nak pandang hidung? Kahkahkah.. Aku assume doktor malu. Hahaha Tangan kau silang X pada bahu. Ala korang bayangkan je la. Macam kau buat senaman. So, dalam beberapa second, doctor Adam jatuhkan aku dan di pasang alat seperti cermin robot. Haahaha averages kot.. Entah la aku pun tak pasti nama alat tue. Dalam beberapa second cermin robot ni di angkat dan aku duduk semula dalam posisi yang sama. Jangan risau, nurse ada ok. Sepanjang ujian fizikal ni. Mata kau tak boleh berkelip dan fokus pada hidung doktor. Tapi kalau dah pakai cermin robot ni, kau akan nampak muka doctor kabur. Aku tak rasa pening pun tapi aku rasa biasa. Kepala je aku rasa berat.
Ujian fizikal yang ketiga, doktor tekap tangan pada telinga kanan dan kiri aku. Kemudian doktor gerakkan kepala ku ke kanan dan kiri. Daripada aku rasa tegang di bahagian leher. Terus aku rasa selesa je leher aku nie. Hahaha
Ujian ke empat, adalah audio. Tudung memang kena bukak tau. So macam-macam bunyi tune aku kena dengar. Masa ni memang mengimbau kenangan Study dan bekerja sebagai animasi di syarikat Singapura. Kau di tempatkan dalam bilik yang kedap bunyi. Macam dalam studio gitewww… Result kau based on berapa pelahan bp atau audio kau boleh dengar.
Aku tanya apa keputusan audio. Doktor yang buat pemeriksaan audio kata, aku alami masalah dalam saraf di kedua-dua bahagian. Tetapi belah kanan lebih teruk. Aku tanya apa tujuan audio ni. Dia kata sebab doktor Adam nak tahu di bahagian belah mana lebih kritikal adakah kanan atau kiri? sebab daripada ujian fizikal diagnosis awal doktor mengatakan kedua-duanya. Cuma mana yang lebih kuat. Aku pulak hanya perasaan belah kanan sahaja. Masa dapat keputusan, hati aku kosong. What should i do?
Jadi, hasil result.
Doktor Adam : Awak mengalami meniere disease.
Me : Apa tue?
Doktor Adam : Write on paper and said again MENIERE DISEASE.
I can see her face. Dispointed face. He same like knowing i will ask more.
Me : Its permenant disease?
Doktor : Depends. At this moment no medicine but what i can help is control the simpthon. He write on paper the name of medicines.
I ask each of that and what is the functions. From 3, i only knew one which is gastric. So aku kena collect ubat Betahistine, Mecobalamin dan Ranitidine (gastric).
Me : i’m just curious, how its happend in my age. I still young.. Hehehe (sambil sengih).
Doctor Adam : it can happend between 20-50 years old. On medical science we still not found the main of deaseas.
Me : anguk je la sebabnya aku dah baca pasal vertigo tue.
Aku tak nak tanya lebih sebab aku boleh lihat rupa Doktor Adam yang letih. Tengok jam pun 1.30. Tapi pesakit dia dekat luar berbaris. Nampak tak, aku dicheck daripada pukul 10 pagi. Betapa yakinnya aku SOP hospital kerajaan. Doktor sini memang hebat tau. Hahaha lagi pun aku sendiri penat. 1.5 liter air telah habis kerana aku diagnosis agak lama. Heheh habis semua maklumat dekat dinding bilik doktor dan yang dekat luar aku baca.
Aku ucap terima kasih. Doktor Adam bagi MC. Dan aku terus ke farmasi klinik untuk ambil ubat. Next appointment aku bulan feb ni.
Kalau korang semua nak tahu. Aku dah try check dekat panel hospital company aku. Tapi, still cakap aku migraine. Then cakap aku selsema that its why telinga you blocking. Lagipun ini perubahan hormone dan mungkin sebab bp rendah. Ubat demam dan selesema yang dia bagi. Tapi macam aku cakap, aku yakin ini bukan penyakitnya. Aku aware dengan keadaan badan aku.
Dalam perjalanan balik, aku tertanya-tanya. What will happens to my ears?. Boleh baik ke? Sedih pun ada. Heart aku empty. Dah la umur 33. Still single. OKU kah aku? How about my job? Aku mesti tak boleh jadi frontline dengan client. Tak kan la aku jadi programmer sepanjang hayat. Aku nak tukar angin. Macam mana dengan plan aku untuk learn third language?. Part paling sedih, i will lose hearing azan, orang mengaji, suara nasihat dan suara mak aku. Deep in my heart.
But still i keep it as secret from my family. I’m not ready to inform any deseas. I worried. These no group support in Malaysia. I see group support from Uk only. I hope its just temporary. Ya Allah. Ujian apakah ini? Sambil-sambil aku search info pasal deseas ni. Tak dan dah nak fikir pasal jodoh.
Jadi, kongsi la pengalaman pesakit meniere. Kongsikan dengan aku. I still try to be positive as i can. Aku redha YA Allah, if this is my destiny. Kalau ada tips atau advice share la dengan aku. Aku perlukan kekuatan serta doa kalian agar aku tidak kehilangan pendengaran.
– Cik meir
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit