Aku dan Mertua Tersayang

Assalammualaikum semua.. First of all thanks to admin sudi approve my confession. Hopefully admin approve ye. Hahaha.

Saya ada terbaca confession Aku, suami & ibu mertua by Anne, (https://iiumc.com/aku-suami-dan-ibu-mertua/).

Apa yang Anne lalui saya dah lalui. Even saya rasa worst than apa yang Anne kene. If Anne sudah berkahwin 5 years. Saya dah berkahwin almost 9 years. Semoga jodoh saya & suami berpanjangan ye.

Doakan untuk Anne sekali. Okay, How to start? Tak pandai nak confess. Selalu baca confession orang je. Komen pon tak pernah.

Ok cerita sikit pasal my Husband. My husband anak sulong. Pada saya dia anak yang baik, bertanggungjawab & ringan tulang. Anak kesayangan.

Kenapa saya cakap anak kesayangan, apa2 hal sikit mil akan cari my husband dulu. Segala hal la. My husband ada 4 orang adik bawah dia.

Bawah my husband adik perempuan. Beza dorang setahun. So you know how close they are. Nanti cerita sikit my adik ipar yang sorang ni. 4 tahun pertama berkahwin, saya & suami tinggal bersama dengan mertua.

Termasuk semua adik beradik my husband yang lain. Can you imagine tinggal sebumbung dengan mertua & adik beradik ipar macam mana.

Nombor 2 dah berkahwin. Biras duduk sekali. Pahit manis payau semua ada bila tinggal sebumbung ramai2.

Kami tinggal bersama atas permintaan Mil. Padahal saya dan husband tempat kerja jauh 40 minit dari rumah mertua.

Masa tinggal dengan mertua macam2 kejadian yang menyakitkan hati jadi sampai saya pernah decide nak divorce, nak lari dari rumah semua ada. Saya jadi rebel. Nak cerita balik pon macam tak sanggup. Rasa kelakar pon ada.. hihihi

Saya listkan sedikit kejadian masa tinggal dengan mertua. Hopefully Sedikit lah.. Tolong baca dengan tenang.

Jeng jeng jeng.. masa tinggal sekali, Mil pernah marah saya & husband kenapa kami tido kunci pintu bilik (tak benarkan kami kunci pintu bilik alasan susah nak kejut subuh or apa2 nak mintak tolong senang masuk je).

Tak suka if saya balik kampung rumah mak ayah saya walaupon sebulan/2 bulan sekali balik.

My parents ada lagi. If balik rumah my parents, mil akan call husband tanya macam2, makan ape semua la. Pagi2 ahad dah call tanya nak balik pukul berapa?

Bila husband saya cakap balik petang or malam mil akan bising suruh balik pagi ahad tu jugak. Balik weekend je. Jumaat lepas kerja terus balik kg saya, ahad dah balik umah mertua.

Pernah my mil pernah cakap saya bukan menantu pilihan (saya ni orang kampung, menantu pilihan doktor anak kawan dia. Saya ni engineer cabuk).

If saya sakit demam gastrik semua, mil pernah cakap saya ni banyak buat dosa tu sebab selalu sakit. Then lagi.. saya bersalin caesarean, mil cakap saya tak pernah mengaji alquran tu sebab susah nak bersalin normal.

Bila saya bagitau hari2 saya mengaji, dia cakap saya tak mendalami Alquran. Macam tu la.. If suami nak bawak kami anak beranak bercuti, dia tak suka.

Macam mana saya tahu, dia bagitau adik my husband and adik my husband akan sampaikan dekat my husband.

Belum baca group wasap dorang anak beranak lagi. So saya dah malas baca. Nanti tambah sakit hati.

Bila husband saya ada tak ikot apa kehendak mertua, dorang cakap saya yang tak benarkan. Adik husband saya yang perempuan akan cakap takut bini.

Padahal saya taktau cerita apa2 plan dorang nak pergi sana sini. If saya nak listkan semua rasa banyak sangat apa yang mil buat dekat saya. Saya pernah bergaduh dengan adik my husband. Sebab adik dia masuk campur urusan kami dalam mendidik anak.

Masa tu anak saya ada buat benda yang tak sepatutnya. Saya tak rotan tak sentuh pon anak saya. Saya just denda mengikut kesalahan anak saya.

Husband adik ipar saya selalu outstation. So husband dia taktau perangai wife dia macam mana. Adik ipar saya sampai pernah baling mug kaca dekat saya, sebab saya menjawab dia.

Tak kena saya. Hampir kena anak saya yg no 2. Masa tu anak saya yg no 2 baby lagi. Dia merangkak nak dapat saya.

Saya just jawab “kenapa ko suka masuk campur hal rumahtangga orang ye. Ko tampar anak ko depan orang ramai kami husband & wife tak pernah masuk campur. Ko pulak nak masuk campur hal orang kenapa?”.

Then dia boleh cakap “ko kurang ajarkan berani menjawab depan mertua ko”.

Mil saya menangkan anak dia. Fil saya pulak cuma pegang anak perempuan dia. Sebab anak perempuan dia dah naik hantu baling mug. Husband saya marah adik dia. Masa kejadian husband saya masih berfikiran waras.

Dia tak nampak mana salah saya. Dia cuma nampak saya sedang mendidik anak saya.

Mil saya pulak marahkan husband saya. Macam2 dia cakap dekat husband saya. Dia cakap dekat husband saya ni org luar. Kenapa nak menangkan orang luar. Hahahahah.. Kelakar tak?

Selepas banyak kejadian yang tak berapa best berlaku, kami husband and wife asyik bergaduh. Dalam kereta nak pergi kerja gaduh, balik kerja gaduh.

My husband decide untuk beli rumah dekat dengan tempat kerja kami. Jauh sikit dari mertua. Again macam saya cakap husband saya anak yang baik. Dia bagitau parents dia nak beli rumah lain. Yela macam mana pon kene bagitau parents kita kan.

Bila mil dapat tau, mil & adik ipar cari rumah masa tu under construction yang berdekatan dengan rumah dorang.

Bila dah jumpa dorang terus bayarkan deposit rumah. Dekat sangat ye, 5-10 minit jarak rumah kami. Saya dapat tau pon baca group wasap dorang anak beranak..

Masa tu husband saya dekat tempat kerja. Mil tunjuk gambar nak bayar deposit rumah.

Bila husband saya tanya lebih2 rumah area mana semua. Adik ipar saya boleh cakap syorga bawah tapak kaki ibu. Kene ikot cakap ibu bukan cakap bini. Again saya yang taktau apa2 terpalit lagi kene.

Long story short, bila rumah kami dah siap. Saya dan husband pindah rumah baru kami. Duit deposit kami bayar balik dekat mil. Saya taknak benda yg boleh diungkit kemudian hari. Loan rumah kami husband & wife.

Masa tu mil suruh letak sekali nama adik ipar. Husband berkeras. Ikotkan saya pon blur kenapa nak letak nama adik ipar saya sakali. Jangan tanya kenapa. Saya sendiri takde jawapan. Nasib baik my fil menyelamatkan keadaan. Abah kata jangan sibuk. Thanks Abah. Hihi..

Masa kami nak pindah saya dah nak bersalin anak no 3. Tengah sarat, saya ajak jugak husband pindah. Buat wiring, beli katil, freezer and barang keperluan lain sikit. Saya tak kisah janji keluar dari rumah mertua. Alhamdulillah ada sedikit lega. Tapi cerita tu tak habis dekat situ.

Hari first pindah rumah, my mil nangis2. Sedih anak kesayangannya pindah walai rumah sekar. Tiap2 hari call my husband. Weekend suruh balik rumah dia. At first saya rimas. Saya ingat dah pindah keluar ok. Tapi macam sama je.

Penat keje weekdays sebab tempat keje jauh. Nak kene balik weekend. Sure semua tertanya2, biar la husband balik sorang or bawak anak2.

My husband bukan macam tu. Dia kalau boleh mana2 dia pergi nak saya & anak2 ada sekali. Jumpa kawan dia ke mesti saya & anak2 kene ikot. Saya pulak macam malas dah nak gaduh. Ikot je la kesudahannya.

Ok bila kami dah pindah ada macam2 lagi mil & adik ipar mengutuk mengeji saya. Kalau cerita semua sampai sudah tak habis.

Maybe pada pembaca yang baca rasa banyak benda tergantung, maaf saya rasa nak cerita terlalu panjang and banyak sangat pulak rasa. Asalnya nak list kan sikit je.

Cuma apa saya nak bagitau lepas banyak kejadian yang hampir buat kami husband & wife nak divorce. Saya banyak muhasabah diri. Saya menangis, hari2 menangis mengadu dekat Allah. Ok sure orang tanya kenapa tak cerita dekat family saya. Entah la.

Saya taknak parents saya susah hati. Lagipon husband saya tak salah. Plus saya taknak mengeruhkan lagi keadaan. Saya pon taknak if mak saya jumpa mil dalam keadaan tak best.

Actually bukan saya nak cerita keburukkan family husband. Ampunkan aku ya Allah.. Saya nak cerita macam mana saya jadi ok lepas banyak benda teruk jadi. Saya banyak muhasabah diri saya. Before saya tido saya selalu menangis seolah saya bercakap dengan Allah.

Macam2 saya mengadu. Lama2 saya redha. Memaafkan orang tu sangat melegakan hati saya. Tapi kene betul2 ikhlas.

Then saya selalu doa agar saya tidak benci mil & adik ipar saya. Before this saya bagitau husband, apa je my husband boleh buatkan? Walau macam mana buruk pon tu tetap mak dia and family dia.

Alhamdulillah sekarang boleh katakan 99% saya dah tak benci my mil & adik ipar saya. 1% tu if ada benda dorang buat saya sakit hati kejap je saya rasa sakit hati. Lepas tu saya ok.

Sekarang pon apa mil buat semua saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya jadi daun keladi, curah air pon tak lekat.

Saya dah maafkan semua apa yang dorang dah buat dekat saya. Hopefully Allah ampunkan dosa saya, husband, mil & adik ipar. Kami dah kurang gaduh. Saya pon macam lantak la apa mil semua nak buat or cakap. Dia call anak dia hari2 hah lantak. Sikit pon saya tak sakit hati.

Entah la. Saya rasa tu mak dia. Biar la dia nak call anak dia. Selagi husband saya tak menyusahkan sayakan. Weekend pulak if mil call suruh balik kami balik je. Yela dekatkan.

If tak balik dia bising cakap macam2. Saya ok jela, again dah malas nak gaduh sakit hati semua. So saya ok je nak pergi rumah mertua.

To Anne, first maafkanla keluarga mertua & mintak maaf jugak pada mertua.

If rasa malu, time raya mintak maaf. Then kita mintak dengan Allah doa yang baik2. Percayalah the power of duas. Senjata orang mukmin adalah doa. Sentiasa bersangka baik kepadaNya.

Insya’Allah awak akan tenang. Saya taktau seteruk mana awk lalui dengan your mil. Yang awk confessed mil call hari2 & masuk campur urusan your family. Urusan macam mana taktau. Bagi saya terlalu kecil masalah awak. Untuk yang lain jangan kecam Anne.

Perasaan sakit hati ni subjective kan. Kita rasa tak perlu sakit hati pon. Lain orang lain rasa. Macam saya dulu pulah saya jatuh sakit. Berat badan turun banyak, kurus kering saya lepas kawin sebab banyak makan hati agaknya. Now dah naik sikit husband cakap.

Ok lah doa yang baik2 untuk semua. Hopefully kita jadi menantu yang baik & bila kita jadi mertua nanti kita jadi mertua yang baik. Kita taktau kita dah tua nanti macam mana kan ragamkan?

Lepas baca mohon jangan kecam saya & husband. Jangan kecam mertua saya & adik ipar saya. Please doa yang baik2 ye. To admin thanks again.

P/s : maaf if cerita tunggang langgang.

– Naddin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *