Salam semua. Terima kasih sebab siarkan confession aku ni yang tak seberapa ni. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku pilih tajuk macam tu? Kalau tak tertanya takpe lah aku tetap jugak akan bagitahu. Aku ni sejenis lelaki. Yelah lelaki kan banyak jenis ada yang jenis ‘sado’, ada yang jenis lembut, ada yang jenis kaki perempuan, ada yang jenis warak, ada yang jenis garang, ada yang jenis pemalu dan banyak lagi lah jenis tu. Aku tergolong dalam jenis yang pelik. Pelik yang macam mana tu tak payah tahu lah sebab aku bukan nak bercerita pasal aku walaupun kejap lagi aku akan bercerita jugak sikit tapi apa yang aku cuba nak tekankan dalam topik ni ialah perempuan. Kalau siapa yang tak perasan kejap aku nak cari butang caps lock haa dah jumpa. PEREMPUAN. Haa aku dah capital kan dah tu. Maaf lah kalau ada yang baca ni cikgu bahasa melayu sebab aku dah rojakkan bahasa huhuhu. Aku nak bercerita pasal perempuan yang ada kaitan ke yang tak ada kaitan dengan aku ke semua lah selagi anda bergelar perempuan. Kejap aku capital balik. PEREMPUAN.
Kenapa PEREMPUAN? Kenapa tak lelaki sebab aku ni lelaki. Haa sebab aku lelaki lah aku nak cerita pasal perempuan tapi sebelum tu aku nak cerita sikit pasal aku. Aku ni berumur dalam 20-an. Lahir daripada rahim perempuan yang mempunyai 7 adik perempuan daripada 10 adik-beradik. Mempunyai seorang adik perempuan. Pernah berada di dalam kelas yang mempunyai hampir 90% peratus perempuan dan mempunyai ramai kawan perempuan. Alhamdulillah aku tak terikut sekali jadi perempuan huhuhu. Masalahnya bila kau ada ramai kawan perempuan adalah bagaimana kau nak jaga batas pergaulan antara kau dan mereka? Aku mengaku aku bukan jenis lelaki yang baik yang menjaga ikhtilat kononnya bila berada dalam kelompok kawan perempuan tetapi apa yang aku cuba nak sampaikan ni harap dapat membuka mata para pembaca sekalian.
Bila dah masuk umur 20-an ni yang orang cakap sel-sel otak dah berkembang ni kan aku mula terfikir sebagai seorang lelaki Islam adakah cara pergaulan aku ni sah? Adakah cara aku bermesra dengan kawan perempuan aku ni mendatangkan fitnah? Yelah walaupun takde lah bertepuk tampar apa semua bagai tu tapi sebab aku lelaki lah aku terfikir semua benda ni. Adakah aku izinkan kalau adik perempuan aku bergaul dengan kawan lelaki dia macam mana aku bergaul dengan kawan perempuan aku? Adakah aku izinkan kalau satu hari nanti bila aku ada anak perempuan yang umurnya dah meningkat macam umur aku sekarang ni bergaul dengan kawan lelaki dia macam mana aku bergaul dengan kawan perempuan aku sekarang. Mungkin bagi sesetengah netizen menganggap hal ini sekadar remeh temeh yang tidak perlu dirisaukan sangat tetapi tidak bagi diri aku. Adakah aku dah menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki Muslim? Persoalan demi persoalan yang bermain kat benak kepala otak aku ni.
Mengikut apa yang aku belajar seorang lelaki hendaklah melindungi perempuan yang dijadikan bukan di kepala untuk disanjung dan bukan pula di kaki untuk dipijak tetapi di rusuk kiri yang berdekatan dengan hati dan tangan untuk dilindungi. Betulkan kalau aku salah. Dan aku ada pernah terbaca yang lelaki ni bertanggungjawab untuk perempuan tak kira lah mak dia ke, adik dia ke, kakak dia ke nenek dia ke, isteri dia ke, anak dia ke, cucu dia ke, mak mertua dia ke, makcik dia ke, jiran sebelah rumah dia ke dan yang sewaktu dengannya. Tanggungjawab yang macam mana pulak tu? Bukan ke tanggungjawab tu hanya untuk isteri je ke? Ohh maaf tapi anda silap. Haa inilah yang aku cuba nak sampaikan daripada intro tadi. Tugas dan tanggungjawab lelaki ni bermula sebaik sahaja dia dilahirkan kat dunia ni sebagai lelaki. Dan aku sebagai seorang lelaki merasakan bahawa aku masih belum melaksanakan tanggungjawab aku ni sebagai seorang lelaki dengan sempurna. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya aku berdiam diri tatkala ramai di kalangan kawan perempuan aku tu ‘free hair’ sedangkan sepatutnya aku patut menegur sebagai seorang lelaki yang kaum perempuan ni kena jaga aurat dia bila berada bersama golongan ajnabi ni. Aurat perempuan ni pulak macam mana? Haaaaaaaaa
Aurat perempuan yang aku belajar dulu masa kecik kecik adalah SEMUA anggota badan KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN. Haa cik adik cik akak makcik sekalian, aku nak tanya ni yang mana sebenarnya yang dikatakan semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan tu? Haa korang jawab dalam hati je lah sebab aku bukannya tahu pun. Tapi raaaamai sangat perempuan yang aku jumpa ni mereka mereka sekalian macam tak ambil kisah je mengenai hal tersebut sedangkan sehelai rambut yang terlihat oleh golongan ajnabi pun akan diazab inikan pulak satu kepala tu. Sekali lagi betulkan kalau aku salah. Apa yang aku perhatikan sebelum ni mereka kalian ni pakai tudung memang pakai tudung tapi nanti kejap lagi anak rambut terkeluar lah side burn terkeluar lah. Aku yang lelaki ni pulak rasa geram nak selubung je kepala kau dengan selimut tapi apakan daya iman aku hanyalah setebal kulit bawang. Itu baru kes pakai tudung terkeluar anak rambut belum lagi kes pakai tudung tapi tudung pendek, kes pakai tudung tapi baju ketat sendat tak muat (korang faham lah kan), kes pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, kes pakai tudung tapi pakai seluar singkat yang nampak buku lali tu acah acah hipster kononnya dan banyak lagi lah kes yang berlaku di zaman milenia ni.
Kepada adik kakak makcik makcik gadis gadis sekalian, saya ni cuma insan biasa je. Bukan seorang alim ulama juga bukan seorang yang warak tapi apa yang saya tulis kat confession ni harap sangat dapat membuka mata kalian semua. Saya tak mampu nak pergi kat sorang sorang nak tegur tapi apa yang saya mampu ialah tulis kat confession ni dengan harapan semoga ada orang lain yang sebarkan agar awak semua beringat. Saya taknak nanti kena tuntut kat akhirat sebab saya tak jalankan kewajipan saya sebagai seorang muslim. Saya tulis ni sebab saya sayangkan kaum perempuan ni. Allah dah tinggikan martabat kalian wahai perempuan kenapa kalian nak jatuhkan semula? Kepada kaum lelaki yang baca ni saya harap agar awak dapat membimbing kaum perempuan ini dengan sebaiknya. Muliakan mereka. Jaga kesucian mereka.
Maafkan aku jika confession aku ni membosankan tapi aku berharap sangat agar confession ni tersebar. Aku ni lemah. Aku ni dayus. Dayus sebab membiarkan mereka kaum perempuan ini terus hanyut dibuai godaan dunia sedangkan seharusnya aku yang menegur membetulkan mereka tapi aku tak mampu. Semoga Allah mengampuni aku dan mengampuni kamu semua. Aminnnn
Sang Lelaki
– Lelaki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit