Aku dan Positif

Tentang aku. Mesti ada yang pelik dah kenapa aku nak cerita tentang aku sedangkan korang semua tidak mengenali aku. Tapi aku tergerak hati nak menaip tentang aku supaya aku dapat meluahkan perkara yang aku tak dapat nak luahkan secara terus kepada orang kerana untuk menjaga aib aku dan tak nak orang kata aku bajet bagus.

Ceritanya banyak tapi aku akan ringkaskan menggunakan point. Apa aku tulis mungkin tunggang langgang sikit tapi cuba la faham juga.

– Aku berasal daripada broken family. To make it short, ibu dan aku pernah duduk rumah family abah aku selama 4 tahun. Sebabnya atok aku sakit. Tapi abah aku tak tinggal sekali atas urusan kerja yang jauh dari kampung. Masa tu aku baru darjah 6. So as expected, menantu dan mentua mana boleh tinggal sebumbung. Lagi la bila ada batu api tinggal bersama juga. Tapi we have no choice. Apa yang family abah aku buat dekat ibu aku, aku masih ingat lagi. Tapi tak pernah pun kami sampaikan dekat abah aku. Sebab abah tak kan faham. Jadi kami telan. Lepas 4 tahun, ibu aku berpindah ke rumah keluarga dia. Sejak dari tu, aku hanya balik ke kampung abah aku bila perayaan atau ada kenduri sahaja. Abah kata lepas aku SPM dia janji nak bawa ibu balik semula ke rumah kami. Tapi janji hanya tinggal janji. Maka ibu dan abah bercerai. Tipu la aku tak sedih. Tipu la aku tak marah. Tipu la aku tak memberontak. Tapi sebab aku jenis jiwa kental, aku tak tunjuk depan orang. Aku buat macam tak de apa-apa. Sampai mak cik aku kata aku jenis tak kisah. Jadi diorang tak risau tentang perasaan aku. Ko tak tahu aku nangis dalam hati. Lepas beberapa tahun, kehidupan ibu bertambah baik. Biarpun masih hidup menumpang dirumah keluarga, ibu tak de beban hutang. Walupun ibu kerja cleaner, ibu dah ada simpanan lebih 10K. Setiap kali orang hina ibu aku tentang status dia janda, aku pula bersyukur sebab ibu dan abah bercerai. Bukan aku gembira. Tapi jika ibu masih bersama abah, mungkinkah dia dapat kebahagiaan yang dia ada sekarang ni.

– Aku bukan budak yang baik dekat sekolah tapi tidaklah terlalu nakal sehingga ada masalah disiplin. Tapi adalah yang aku buat sampai dibuang asrama. Dulu masa aku sekolah tingkatan 3, waktu ni parents aku tak cerai lagi. Aku call ibu aku suruh jemput. Tapi dia tak angkat call. Biasa la budak baru nak up. Tengah memberontak. Aku melenting dekat ibu aku bila dia dah sampai. “Baik buang je hp tu kalau tak angkat”. Tapi kesan daripada penceraian tu, aku sangat-sangat menjaga tutur kata aku. Aku tak tinggikan suara dekat ibu aku. Aku sangat-sangat menghormati dia. Sebab aku faham sakit yang dia tanggung. Ibu aku jenis kental ko nampak je muka dia cool macam tak de hal. Tapi jauh dalam diri dia, tersimpan satu perasaan yang aku rasa, aku pun tak kuat nak hadap. Aku rasa, kalau lah semua ni tak berlaku (cerai, orang buang mak aku, kutuk mak aku) mungkin aku akan jadi anak yang kurang ajar.

– Kawan aku masa sekolah kebanyakkan datang dari keluarga yang bagus-bagus. Tak macam aku, ibu kerja cleaner je. Jujur dulu aku malu. Sebabnya abah aku pula jenis orang senang. Diorang pun tahu aku hidup senang. Tapi tak de yang tahu family aku broken walaupun masa tu parents tak cerai lagi. Kalau boleh aku tak nak orang tahu hidup aku susah. Bila orang tanya ibu kerja ke, aku akan kata surirumah. Tapi lepas kejadian tu, aku mula belajar untuk menghargai apa yang aku ada. Aku dah tak kisah orang tahu perkerjaan ibu aku. Aku tak malu untuk kata ibu kerja sebagai cleaner. Bila aku pergi tempat ibu kerja, aku tak kisah orang yang aku kenal nampak aku peluk ibu aku yang sedang mengemop lantai. Dan sejak tu juga, aku belajar untuk tidak memandang rendah pada orang yang berstatus rendah. Mungkin kalau tuhan tak takdirkan semua ni terjadi pada aku, mungkin aku adalah manusia yang sombong dan lupa diri. Lagi la muka aku memang kalau orang tak kenal nampak muka aku sombong.

– Aku sambung pengajian dekat satu universiti tempatan. Aku nak belajar pun sebab fikir ibu aku je. Universiti tu dekat dengan tempat tinggal abah aku. Disebabkan aku masih belajar maka segala tanggungan of course la abah aku yang support kan. Tapi itu cuma awal-awal je. Tapi lepas tu, abah dah tak bagi duit belanja. Aku merungut dan kutuk abah aku sendirian. Aku tak memberontak depan abah. Ko bayangkan macam mana ko nak makan, beli barang semua kalau ko tak de sumber pendapatan? Aku tak ambil loan PTPTN untuk pengetahuan korang. Lama-lama aku terfikir. Mungkin abah ada masalah kewangan. Abah tak pernah tunjuk susah dia. Tapi kenapa aku tak boleh nak faham abah. Dan mungkin Tuhan nak aku belajar berdikari. Ajar aku jangan mengharap bantuan orang. Lagipun masa ni umur aku da 24 tahun. Tuhan datangkan ilham supaya aku berniaga secara dropship. Ni sumber pendapatan aku. Kesan daripada ni, aku jadi seorang yang lebih pandai mengatur kewangan aku, aku dah tak beli barang yang tak perlu. Aku dah reti menilai mana keperluan dan kemahuan.

Aku tak tahu macam mana korang nak judge cerita tentang aku. Tapi point yang aku nak sampaikan. Biarpun berat, buruk, teruk dugaan yang korang hadapi, kalau korang ambil daripada sudut positif, korang akan mengerti kenapa tuhan takdirkan semua ni berlaku. Setiap dugaan yang aku hadapi, aku akan fikir dimana positifnya. Semua yang berlaku membentuk diri aku untuk jadi lebih baik. Kalau aku hanya pandang dari sudut negative, mungkin aku dah ambil dadah, arah, bergaul dengan orang bukan-bukan, terjebak dengan macam-macam lagi. Kononnya sebab nak hilangkan stress. Buat apa ko nak rosakkan diri sendiri. Tuhan tak kejam. Dia ajar kau daripada dugaan yang dia berikan. Ko kena cari sendiri apa yang tuhan nak bagitahu pada kau. Macam cerita aku, kalau ko menilai cerita ini dari sudut positif maka ko akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi kalau ko menilai dari sudut negatif, ko akan kecam cerita ini. Apa yang aku nak, aku nak korang spread kan positif vibe kepada semua orang.

– Miss Positif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit