Aku dan psoriasis

Sejak dulu2 lagi, aku adalah manusia yang sangat2 aktif, ceria, talkative dan ramah-tamah. Aku suka bila berada di kalangan manusia2 yang ramai dan sesak. Aku sukakan aktiviti2 outdoor. Aku join segala jenis sukan dan yang paling aku suka ialah bola jaring. Masuk jer universiti, aku masih aktif macam biasa. Segala jenis program aku pergi. Dan aku masih bermain bola jaring.

Masuk tahun 2, aku disahkan menghidap psoriasis. Pada siapa2 yang tak tahu, sila google ek. Yang paling menakutkan aku, ia merebak dengan cepat dan menghodohkan kulit aku. Setiap hari aku menangis. Pernah aku kurungkan diri dalam bilik seminggu dan tak pergi kelas langsung. Aku sedih sangat2 sebab penyakit nih tak ada ubat. Bila pandang bahagian badan yang merah2 dan bersisik-sisik nih, lagi la rasa luluh hati aku.

Sekelip mata aku menjadi pasif. Aku banyak duduk dalam bilik jer. Tapi roomate aku memang manusia paling baik dan ikhlas masa kat U. Dia banyak pujuk2 aku. Yakinkan aku. Bantu aku. Bayangkan setiap hari dia akan sapu sampah berkali-kali sebab kulit2 aku yang bersisik akan bertaburan kat lantai. Dia tak pernah bagi aku sapu sebab dia tak nak aku sedih. Yang lagi buat aku terharu, dia akan sapu sampah masa aku keluar dari bilik. Selalunya waktu aku mandi sebab aku jenis terbiasa menyapu selepas aku mandi dan bersihkan diri. Lepas mandi dan balik bilik, selalunya lantai akan bersih dah.

Waktu tuh aku lepaskan banyak benda yang aku suka dalam hidup nih. Aku berhenti bersukan. Aku dah tak main bola jaring. Aku tak buat aktiviti outdoor dah. Sebab aku tak boleh terdedah dengan cuaca panas. Kulit akan merah2 dan aku akan sakit satu badan kalau terdedah dengan matahari lama2 sangat.

Aku jugak tinggalkan lelaki yang paling aku sayang. Sebab aku rasa hodoh, cela, tak cantik dan tak sempurna. Bagi pesakit psoriasis, keyakinan diri memang sangat2 rendah. Mungkin tahap keyakinan diri aku dah masuk paras negatif. Aku memang sedih sangat2 waktu tuh. Aku selalu pakai baju lengan panjang atau handsock dan bertutup jer sepanjang masa. Walaupun dalam rumah sendiri sebab aku tak nak tengok kulit aku sendiri. Aku rasa jijik. Rasa kotor.

Pernah sekali tuh ada kawan aku tiba2 tanya roomate aku.

“Eh, nanti ko nak jadik roomate dia lagi ker? Berkudis camtu. Kulit bersisik dan sepah merata. Ko tak geli ka?”

Bayangkan aku kat dalam toilet time tuh. Diorang tak tahu aku ada dalam tuh. Dan jawapan roomate aku buat aku makin terok menangis.

“Penyakit dia tak berjangkit. Aku nak heran apa. Aku memang akan stay dengan dia. Aku akan jaga dia. Aku sayang dia.”

Aku terus keluar dari toilet tanpa toleh kiri kanan dan masuk bilik. Semua orang terkejut. Roomate aku cepat2 kejar aku dan terus peluk aku. Aku menangis sungguh2 waktu tuh.

Tamat jer degree, aku terus kerja. Tapi aku mula belajar menjadi diri aku yang dulu2. Aku belajar senyum untuk setiap nikmat yang aku pernah lupa. Aku belajar untuk hidup bersyukur atas setiap perkara. Aku tak lagi takut dengan pandangan manusia2 lain. Sebaliknya aku terangkan pada mereka2 bahawa psoriasis ini tak berjangkit. Aku bina balik keyakinan diri yang jatuh merudum dulu. Aku belajar untuk jadik positif.

Bila bercerita tentang keluarga dan masa depan, aku sedikit cuak. Siapa yang ingin beristerikan manusia yang seperti aku? Namun aku pujuk diri agar tak cepat melatah. Siapa aku nak persoalkan itu ini berkaitan hakikat hidup. Dan sekarang aku bangga mengatakan aku adalah pesakit proriasis selama 6 tahun, tapi aku bahagia dengan kehidupan aku.

– Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit