Aku dan Sejadah Buruk

Assalamualaikum kepada pembaca IIUM Confession. Cerita ni berkenaan sejadah buruk yang selalu kawan2 tanye kenapa aku tak beli yang baru.

Aku mula kan dengan cerita tentang diri aku di zaman kejahilan. Aku adalah 80’s generation dan zaman remaja aku sudah tentu waktu zaman kegemilangan group underground macam skin head, punk, grunge dan macam-macam lagi.

Umur remaja semua rasa nak tunjuk hebat nak ada nama dikenali di sekolah so aku salah sorang yang join group “punk girl”.

So aku pun dress kain senteng kasut kepam tapi baju & tudung sekolah kene bersih ber “nila’ selalu. Gigih DIY seluar jeans buat beg. Jahit logo-logo punk. Kire kat sekolah aku ni dikenali awek ganas la.

Tapi sepanjang aku join group tu aku tak pernah sentuh gam, ice, apatah lagi sex. Aku hanya seorang posser. Tukang cover line tukang tengok cikgu tukang cari port tukang jahit logo tukang spike rambut.

Banyak juga kes aku tengok ada yang kene rogol beramai-ramai, lari rumah, layan benda terlarang dan macam-macam lagi masalah sosial.

Tak tau la tapi aku bersyukur Allah sentiasa memelihara aku Alhamdulillah.

Now cerita family aku pula. Abah adalah orang yang dihormati dikampung. Jadi bile tengok dress up & keadaan aku waktu tu kawan-kawan akan perli “iman tak dapat diwarisi”.

Abah agak dingin dengan aku maybe sebab aku tak dengar kata. Maklumlah jiwa remaja meronta konon tak nak dikongkong.

Mak pula macam kawan baik aku. Dengar je semua cerita aku sampai kn semua kerja gila aku dengan kawan aku akan cerita dengan die.

Mak jenis cool and slow. Tapi kalau die cubit mak ai sakit nye sampai ke hati hahaha.

Aku pernah tinggi suara dengan Abah semata abah tegur kenapa aku tak pakai tudung. Kesian abah. Lama-lama abah jadi tak ambil kisah tentang aku sampai la aku masuk Universiti.

Alam universiti aku tak menarik sangat sebab aku tak jumpa dengan geng yang 1 kepala dengan aku. Maybe itu aturan Allah untuk aku kalau tak mungkin aku lambat laun akan terpengaruh dengan kawan-kawan jahiliah aku kan.

Aku stay dengan kawan yang sangat baik dan kami akrab sampai abis belajar masih duduk rumah sewa yang sama.

Aku rasa selesa dan follow mereka kerja jauh dari negeri asal ku. Walaupun jauh aku selalu balik jenguk mak dan abah. Cuma covid ni aku tak boleh nak balik (sedih).

5 tahun lepas Abah dapat panggilan ke tanah suci. Aku syukur sangat sebab tak sangka Abah dapat pergi dengan short notice. Abah flight terakhir.

Aku spend duit bagi pada abah untuk dibuat belanja atau beli barang keperluan nak kesana. Aku hantar dan ambil abah di KLIA.

Balik dari sana kami sekeluarga berkumpul jamah air zam zam dan kurma yang abah bawa balik dari sana sambil abah mula agih-agih kan cenderamata yang abah beli untuk setiap orang.

Sampai turn aku abah bagi aku sejadah warna coklat.

Tak tahu kenapa tapi sejak hari pertama aku terima sejadah tu aku rasa macam sayu sangat. Setiap kali aku solat aku lipat sejadah tu aku teringat semula semua salah aku pada abah dan mak.

Aku teringat betapa bertuah nya aku kerana mereka tak pernah memukul aku walaupun aku sangat degil waktu dulu.

Mereka tak pernah buang aku walaupun aku selalu membuatkan mereka malu dengan tingkah laku ku. Betapa sabarnya mak mendengar semua cerita ku yang sepatutnya mak-mak lain da sebat anak die.

Aku teringat dosa aku pada kawan yang aku pernah pukul (tapi aku pukul bersebab). Aku teringat dosa aku pada cikgu yang mengajar di depan dan kau merangkak keluar ikut pintu belakang.

Setiap kali aku duduk di sejadah tu aku rasa tenang dan dekat Allah dekat dengan abah & mak.

Aku berniat semoga setiap sujud aku solat aku di sejadah ni pahala nya pergi pada abah dan mak. Aku bukan lah anak yang solehah yang selalu menyejukkan hati abah dan mak.

Tapi aku harap ibadat aku pada Allah menjadi salah satu punca pahala dan ganjaran yang Allah akan bagi pada mereka.

Sebab tu sampai sekarang aku masih setia dengan sejadah yang sama. Walau dah pudar dah koyak (aku jahit). Aku boleh beli 10 sejadah tapi takkan sama feeling die dengan sejadah yang 1 ni.

Itu la cerita tentang aku dan sejadah buruk aku.

Pada kawan-kawan yang pernah tanya kenapa aku masih guna sejadah ni, aku bukan kedekut tapi aku ada sebab yang tersendiri kenapa sejadah ni begitu istimewa untuk aku.

Aku harap aku dapat solat diatas sejadah ni sehingga sujud aku yang terakhir nati. In sha Allah ♥️

– Miss K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *