Sedar tak sedar kita dah di melepasi pertengahan Ramadhan dan ia bakal pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Bagaimana dengan amal ibadat kita? Adakah semakin bertambah ataupun masih ditakuk lama. Dan aku rasa persoalan di atas patut ditanyakan keatas diriku sendiri. Tapi bagaimanapun kita pada saat ini, aku doakan kita masih berpeluang untuk merasai Ramadhan pada tahun- tahun mendatang. Amiin..
Berbalik kepada tajuk diatas, ya aku adalah salah seorang drpd satu peratus penghidap skizofrenia di Malaysia. Biar aku kenalkan diriku sebagai Zulaikha (bukan nama sebenar), seorang penuntut tahun akhir di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Come from broken family dan menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Sejak dari bangku sekolah boleh dikatakan aku antara pelajar yang menjadi harapan orang tuaku serta guru2 di sekolah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Sebenarnya sejarah hitam hidupku bermula saat aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Awalnya, semua baik2 sahaja sehingga sampai satu ketika aku bukan lagi menjadi diriku. Puas keluargaku ke sana kemari berjumpa ustaz untuk mengubati sakitku ini dan atas nasihat guruku, aku ditukarkan ke sekolah berhampiran rumah supaya lebih mudah untuk dipantau. Di sekolah baru, aku mula nampak sinar harapan yg lebih cerah. Disana aku ditemukan dengan pendidik yang sangat supportive dan penyayang. Merekalah yang banyak membantuku dari segi pelajaran dan semangat.
Ku sangka hujan sampai ke petang(sila sambung sendiri), perkara yang sama berulang kembali. Kali ini tahap keparahannya semakin meningkat(episode 2). Jika ada 13 ustaz di daerahku semuanya sudah pernahku lawati. Mujurlah ada cikguku seorang ini yang sangat mengambil berat tentang perihal diriku, sanggup menjemput aku dan ibuku dirumah untuk dibawa berubat. Setiap ustaz yg mengubati mengatakan keluargaku terkena sihir dan gangguan makhluk halus. Setelah sembuh aku menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, perkara yang sama lagi berulang sewaktu aku di menengah atas dimana inilah kejadian yang paling parah(episode 3). Aku menjadi agresif sehingga sanggup memukul orang disekelilingku termasuk ibu dan nenekku. Setiap kali aku pejam mata, perkara ini masih menghantui fikiranku sehingga sekarang dan kadangkala aku terfikir adakah layakkah aku untuk syurga memperlakukan mereka seperti itu. Rasa sangat pahit untuk aku telan dan terima kenyataan. Aku pernah dituduh mahu membunuh diri oleh rakan sekolahku padahal tidak begitupun sebenarnya sehingga fitnah itu tersebar ke sekolah lamaku. Keluargaku sudah puas berendam air mata. Setiap titisan airmata yang jatuh masih terbayang dimataku hingga saat ini. Itu belum cerita sindiran yang ibuku terima sewaktu sedang merawatku. Maafkan aku ibu,anakmu ini tidak dapat jadi yang terbaik buatmu.. Sesungguhnya ujian bagi mereka yang menjagaku sewaktu tempoh sakit lebih besar jika dibandingkan dengan diriku sendiri.
Sewaktu episod ke 4, dimana ketika ini aku sudah memasuki alam universiti dan jauh dari keluarga. Apabila sakitku mula datang menyerang, kehidupanku kembali kucar- kacir. Sudah semestinya keluargaku yang harus menghadapi diriku sekali lagi. Aku mula berkelakuan aneh dan aku juga tidak tahu kenapa aku berkelakuan demikian. Pastinya airmata menjadi peneman ibuku setiap kali sakitku kembali. Ramai yang menyangka bahawa aku berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu episode berlaku. Buat pengetahuan semua, setiap perlakuan yang aku lakukan sejak episode pertama sampai sekarang masih jelas di fikiran aku. Cuma aku tak mampu mengawal diri seolah-olah terperangkap dalam diri sendiri. Buat pengetahuan pembaca, skizofrenia ini dapat lagi dibagikan lagi jenis-jenisnya. Pembaca boleh google sendiri untuk penerangan yang lebih terperinci.
Bagi diriku sendiri, tidak mudah untuk lalui kehidupan seharian tambahan lagi sebagai seorang pelajar. Kesukaranku dalam berkomunikasi ditambah pula kekurangan diriku dari segi fizikal membuatkan aku sering disisihkan dan kadangkala menjadi ‘bayang’ kepada rakan-rakanku yang lebih menyerlah. Disebabkan itu, aku lebih banyak mendiamkan diri dan menyimpan masalahku seorang diri. Aku sentiasa berusaha untuk positif dan berlapang dada dengan setiap kejadian yang menimpaku tapi apakan daya.. aku pasti tersungkur menangis juga akhirnya bila sudah tidak tahan dengan diri sendiri. Disebabkan aku pernah menjadi harapan orang tuaku, kadangkala membuatku tertekan setiap kali gagal mencapai keputusan yang aku inginkan di dalam peperiksaan. Aku juga ingin berjaya seperti orang lain dan membalas jasa orang yang banyak membantuku. Aku tidak mahu membebankan keluargaku lagi.
Dan ini merupakan episode kelima yang berlaku baru-baru ini. Setelah sekian lamanya berikhtiar dengan rawatan Islam, kali ini Allah menunjukkan jalan lain untuk dicuba. Aku dimasukkan ke hospital semalaman dan diberikan ubat tidur. Seterusnya, aku mendapatkan rawatan susulan untuk memastikan sakitku yang sebenar. Walaupun malu untuk berjumpa psikitri kerana bimbang stigma masyarakat terhadap diriku, aku gagahkan jua kerana sudah lali dengan penyakit ini. Setiap dua minggu aku akan berjumpa dengan doktor dan mendapatkan sesi kaunseling dari hospital terdekat. Segala Puji Bagi Allah yang tidak mensia-siakan doa hamba-Nya. Keadaan aku lebih stabil sekarang dengan bantuan ubat dan aku sedang berusaha untuk tidak bergantung dengan ubat. Walaupun penyakit ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, ia dapat dikawal dengan sokongan orang terdekat terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Buat masa sekarang aku masih meneruskan rawatan di hospital dan rawatan alternatif selain berusaha mendekatkan diri pada Allah. Tetapi aku bimbang perkara yang sama akan berulang, dan rasanya tak sanggup dah aku nak tempuh benda yang sama sekali lagi. Kadang- kadang aku terfikir kenapa aku dilahirkan didunia ini jika hanya untuk menyusahkan orang lain? Aku juga ingin menjadi seorang yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan bangsaku. Pada pendapat pembaca sekalian, bagaimana caranya untuk aku memperbaiki dan membimbing diriku sendiri agar lebih positif dlm suasana sekeliling aku yang tidak seorangpun tahu penyakitku ? Aku tak pasti adakah perkara ini ada kaitan dengan makhlus halus atau tidak. Kepahitan yang aku telan membuat aku fobia dengan diri sendiri dan sering juga aku kurang motivasi untuk melakukan apa2 pekerjaan.
Apa-apapun, aku yakin setiap manusia diuji Allah dengan ujian yang berbeza namun tujuannya tetap sama iaitu supaya kita lebih dekat dengannya. Harapan aku hanya satu supaya masyarakat tidak memandang hina pesakit seperti aku. Bantulah kami untuk lebih positif. Jangan merendah-rendahkan kami hanya disebabkan kekurangan kami yang tidak mampu membela diri sendiri. Jika ada dikalangan pembaca yang mempunyai kenalan penghidap skizo, semoga Allah memberikan balasan syurga buat anda kerana sabar dan sanggup berkorban untuk kami. Pesanan kepada mereka yang mempunyai simptom skizo, segera dapatkan pertolongan dari doktor sebelum ianya menjadi lebih parah. Tolong kesiankan diri awak sendiri dan kuatkan diri untuk mencari pertolongan orang lain. Dan buat mereka yang rasa dia tahu siapa ‘aku’, harap korang tak judge aku lepas ni. Bukan semoga pesakit mental itu gila tapi kami ini sedikit berbeza. Aku cuma harapkan pengertian and dorongan orang sekeliling untuk aku hadapi sakitku ini.
Rasanya , setakat ini sahaja luahan hatiku. Aku harap korang faham apa yang cuba aku sampaikan. Semoga Allah memberkati hidup kita semua dan matikan kita dalam keadaan husnul khotimah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-sebaik penolong. Doakan aku kuat!
– Zulaikha
– Zulaikha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit