Nama aku si Gendut. Agak lama juga tak menulis luahan (padahal dulu seorang blogger) Terasa rindu. Okay berbalik kepada tajuk asal..
Aku dan suami kenal pada tahun 2012 dan berkahwin pada 2020. Agak lama perkenalan di situ.
Banyak sejarah perjalanan dari perkenalan sehingga kahwin. Kalau nak diceritakan agaknya boleh siap satu novel. Haha.
Dari suami aku ni juga, aku belajar banyak sangat benda, dari yang baik sehingga la yang buruk. Macam-macam dah kami buat sepanjang bercinta dulu.
Walaupun banyak kali juga hubungan on off sampai satu tahap jadi FWB (Friend With Benefit) dan banyak kali juga attempt untuk move on dari suami. Tapi tak berjaya. Baik aku, baik dia.
Aku yang paling miserable, murung dan sedih terlampau setiap kali break atau “tak kawan” dengan dia.
Dia? Biasa la lelaki kan, jenis macam “tak guna” sikit, jenis tak kesah kan kita. Dia tak pernah pun anggap hubungan kami masa tu serius dan ada masa depan.
Dia jenis cakap lepas dan tak tapis untuk benda yang membabitkan hati dan perasaan. Dia sangat jujur.
Dan aku ni pulak sejenis in denial.. tak nak terima hakikat yang dia takpernah pun cintakan aku atau berniat nak memperisterikan dengan aku.
Sehingga sampai satu tahap aku rasa aku perlu move on dari hubungan yang toksik ni. Aku pun start install apps dating. Dan kenal seorang lelaki.
Kebetulan dia pernah jadi kenalan dulu. Jadi aku pun cuba untuk bukak ruang hati aku untuk dia.
Dengan boyfriend baru ni pula, aku sejenis konon “rebel” banyak buat benda-benda merepek dan nakal dengan dia.
Hati aku kosong sangat, tapi aku seronok sebab aku dapat kebebasan untuk buat apa yang aku suka. Dalam pada masa yang sama, suami aku masih tercari-cari atau contact dengan aku.
Kira macam lepas keluar dengan boyfriend baru, malam sikit tu pulak keluar dengan suami aku. Tanpa ketahuan dari boyfriend baru tu. Tapi suami aku tahu dan dia tak peduli, asalkan dengan aku.
Hubungan dengan boyfriend baru berakhir selepas suami dapat tahu yang aku pun buat perkara yang tak baik dengan boyfriend dan memaksa merayu aku untuk putuskan hubungan dengan orang tu,
Disebabkan suami aku rasa yang semua benda ni terjadi atas dari kesilapan dia. Dia yang menjadi punca aku buat benda yang tak baik.
Menangis merayu dia untuk minta aku balik dekat dia dan mulakan hubungan yang baru dan perbaiki kesilapan lama.
Bukan.. belum happy ending lagi ya. Dah get back semula pun bermacam-macam dugaan jadi. Perkara yang sama berlaku. Hubungan on off.
Dia dapat pengganti baru yang lebih baik. Dengan aku makan pill anti-depression. Walaupun banyak hal terjadi lagi, tetaplah hati kami masih ada untuk kembali pada satu sama lain.
Akhirnya atas desakan untuk tamatkan perjalanan “gila” dan atas keikhlasan ketulusan hati dia, kami pun decide untuk berkahwin.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Perlahan-lahan aku dapat tengok perubahan dia berbanding yang dulu.
Baru aku dapat rasakan kasih sayang seorang lelaki yang aku dambakan dari dulu lagi. Terserlah sikap penyayang dan bertanggungjawab dia.
Betul apa yang orang kebanyakkan cakap, kita takkan kenal seseorang melainkan kita duduk serumah dengan dia.
Dan aku bersyukur sangat aku masih ditakdirkan dengan dia walaupun bermacam-macam benda dah berlaku.
Perasaan cinta dan sayang aku tak pernah sikit pun hilang untuk dia. Dan aku berdoa semoga hubungan kami kekal hingga ke Syurga. I love you husband.
– Si Gendut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit