Aku dan Suami

Assalamualaikum semua, terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

Tujuan aku confess ialah untuk mintak pandangan dari korang semua mengenai situasi yang sedang aku hadapi sebab aku tak tau nak share dengan siapa.

Nak share dengan kawan dan keluarga, takut membuka aib suami dan meninggalkan tanggapan yang tak baik pula.

Aku Layla, bekerja sebagai pembantu pemasaran dengan gaji sederhana, dan baru berkahwin lebih kurang setahun. Aku berusia 25 tahun dan suami pula 10 tahun lebih tua. Kami belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Suami hilang kerja sebab industri dia teruk terkesan dengan covid ni, dia dah cuba cari kerja cuma belum ada rezeki kot.

Mungkin salah satu faktor susah nak dapat kerja sebab takde pengalaman dalam bidang lain selain kerjaya dia sebelum ni dan juga sebab umur dia kot.

Dia tak buat eHailing sebab kereta kitorang model lama so tak lulus nak bawak Grab. FoodPanda pulak takde motor.

Tapi bab dia kerja atau tak aku tak kisah sangat sebab setakat ni perbelanjaan kami tak terlalu besar dan masih boleh ditampung. Dia pun takde apa-apa komitmen macam loan bank atau hutang.

Sewa rumah aku yang bayar, barang dapur pula dia yang beli. Selain tu aku tahu kalau dia dah balik kerja nanti kitorang takkan dapat spend masa selalu lagi sebab dia selalu sibuk saja.

Suami aku baik saja, rajin tolong buat kerja rumah. Kalau aku kat dapur dia ikut ke dapur, tolong basuh pinggan potong bawang apa semua.

Walaupun dia tak sweet macam lelaki dalam KDrama tapi aku bersyukur sebab dia selalu cuba cukupkan aku.

Dia pun jenis yang bertanggungjawab dan memang cermat orangnya sebab tu dia masih ada simpanan walaupun dah berapa lama tak kerja.

Cuma, ada masanya dia terlalu sensitif dan agak emosi saja tapi aku pun rasanya lebih kurang jugak. Kiranya kitorang baru belajar nak bertolak ansur dengan sikap masing-masing.

Tapi apa yang buat aku kecil hati ialah aku perasan suami aku macam tak suka balik ke kampung aku.

Kalau rasa tak selesa tu bagi aku normal saja, sebab aku pun rasa tak selesa juga bila balik rumah parents dia sebab masih dalam proses sesuaikan diri kan.

Cuma aku tak tunjuk la depan dia, aku buat biasa saja even aku rasa kekok sangat nak buat apa-apa.

Aku usaha nak sesuaikan diri dengan keluarga dia bila aku disana, aku cuba berbual dengan mak mertua aku, join sekali ipar tengok drama Akasia jam 7, makan semeja, dan layankan saja bila dorang buat family video call.

Masa boleh rentas negeri aku selalu juga ajak dia balik rumah mertua sebab aku rasa bersalah bila tak lawat dia orang. Sekarang saja tak dapat balik sebab takde alasan kukuh.

Tapi bila nak balik kampung aku, suami akan mengeluh. Lepas tu dia akan tanya balik-balik berapa hari kat sana dan bila nak balik. Macam selagi kitorang tak blah dari rumah selagi tu dia akan tanya bila nak balik, jam berapa nak balik.

Aku pernah tegur sebab aku rimas dia asyik-asyik tanya soalan yang sama walaupun dah dijawab tapi dia pulak yang melenting sebab katanya dia tanya sebab dia nak packing siap-siap.

Dah tu tak boleh ke packing saja dulu, nak jalan nnt tinggal angkat saja kan. Bukannya kitorang bawak satu rumah balik kampung, setakat berapa helai baju dan sehelai tuala saja pun nak kecoh packing.

Selain tu bila kat kampung aku dia suka ajak aku keluar pergi lepak luar, so what’s the point kitorang balik kampung kalau nak keluar rumah all the time mengelak daripada orang kat rumah kan? Baik takyah balik saja.

Kampung aku pun dalam sejam lebih saja dari tempat kitorang tinggal sekarang, tapi jarang balik walaupun boleh saja lalu sebab aku malas nak gaduh dengan suami.

Setiap kali balik kampung bermula lah sesi masam muka dia. Geram pulak kita bila teringat. Haihh. 2 3 bulan sekali pun kau nak protes. Balik kampung dia yang makan masa 6 jam aku okay saja even aku penat balik ahad esoknya kerja.

Aku sejenis yang rapat dengan adik beradik perempuan aku, dan bila ada masa kitorang akan keluar makan sama-sama,

(Sekali dengan family masing-masing untuk rapatkan hubungan anak-anak buah sebab jarang jumpa). Tu pun dalam 3 bulan sekali saja sebab semua sibuk dan tinggal lain-lain daerah.

Setakat ni ada dua kali kitorang gather and sepanjang masa tu suami akan sibuk dengan telefon dia dan ketara sangat dia cuba nak mengelak daripada bergaul dengan orang lain.

Aku pernah luahkan pada dia mengenai sikap dia dan ajak dia bincang pasal hal ni tapi dia kata aku tak faham dia.

Dia guna alasan dia introvert dan kekok nak bergaul dengan orang lain dan perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keluarga aku. Tapi kalau sepanjang masa nak mengelak saja bila masanya nak sesuai kan?

Aku tanya dia kalau aku buat benda sama dengan keluarga dia, dia ok tak?

Tapi dia twist kan pula kata aku nak balas dendam. Dia kata aku senang la sebab jenis mudah bergaul padahal dia tak tau aku struggle nak biasakan diri dengan keluarga dan kawan-kawan dia sebab nak jaga air muka dia.

Selain tu dia kata dia segan dengan keluarga aku sebab dia tak kerja dan dia terasa hati bila ada orang tanya dia sekarang tengah buat apa.

Dia kata dia rasa semua orang pandang serong dan fikir sebab aku saja yang kerja sekarang so aku yang tanggung dia walaupun takde siapa-siapa yang bangkitkan pasal tu dan dia sendiri tahu benda tu tak betul pun.

Dia sendiri mengaku yang dia mungkin overthinking saja dan terlalu sensitif.

Setiap kali aku luahkan yang aku kecil hati dengan apa yang buat, dia tuduh aku malu sebab ada suami yang introvert.

Wallahi aku tak malu, cuma sedih saja bila diperlakukan begitu. Tak boleh langsung nak luahkan apa-apa sebab nanti aku jugak yang salah sebab tak memahami.

Kalau aku terasa hati dengan dia dan tunjukkan aku merajuk mula lah dia tiba-tiba migraine la, gastrik la, apa la. Asal kena marah saja confirm sakit, hairan jugak aku kengkadang dia ni sakit betul ke drama saja.

Adakah keluarga aku salah sebab dia orang tanya ‘awak buat apa sekarang?’.

Mungkin soalan tu agak provokatif untuk dia, tapi aku pernah terfikir jugak soalan apa lagi nak tanya nak berbasa-basi kalau dia pun mulut berat sangat.

Aku takde pulak over terasa bila kawan dia or keluarga dia tanya kenapa aku tak mengandung lagi.

Aku rasa seolah-olah dia akan gembira bila cuma ada aku dan dia saja, dan semua masa aku perlu diberikan pada dia. Seolah-olah dia cuma nak aku dan tak nak keluarga aku.

Kesian tengok mak yang cuba melayan dia seperti anak sendiri dan nak buat dia tak rasa kekok tapi dia cuma bagi reaksi acuh tak acuh.

Aku pernah terfikir juga tak payah bawak dia bila aku balik kampung, sebab aku tak suka bila dia selalu saja rosakkan mood aku yang nak berehat tenangkan fikiran masa cuti.

Aku suarakan pada dia sekali dan seperti yang dijangka dia marah. Katanya apa guna aku ada suami kalau balik kampung pun tak ajak tapi bila diajak boleh pulak buat muka masam. Aku syak dia takut air muka dia jatuh saja kot. Haha

Untuk pengetahuan semua, sebelum ni aku tinggal agak jauh dari keluarga dan jarang sangat dapat luangkan masa dengan dia orang, baru saja dua tahun lepas aku dapat selalu jumpa dia orang.

Dan sebelum kahwin, aku dan suami dan berbincang dan setuju untuk tinggal di negeri suami sebab sukar untuk dia dapatkan pekerjaan di tempat lain dan supaya senang nak tengok mak dan ayah mertua sebab adik beradik suami semuanya tinggal jauh.

So, tak lama lagi kitorang akan pindah dan maksudnya lepas ni jarang dah aku dapat balik jenguk parents dan jumpa adik beradik lain. Sedih tu memang la ada, tapi nak buat macam mana, isteri kan kena ikut suami. Huhh

Salahkah aku nak luangkan masa dengan keluarga sekali-sekala selagi ada masa?

Salahkah aku sebab kecil hati dengan cara dia membawa diri dengan keluarga aku?

Salahkah aku sebab nak luangkan masa dengan dia sebelum dia kembali sibuk dengan dunia kerjanya?

Adakah aku pentingkan diri sendiri bila mengajak dia balik kampung walaupun dia dah bagi tau yang dia tak selesa? Adakah aku yang terlalu clingy dengan keluarga sendiri?

Sebenarnya terlalu banyak lagi yang terbuku didada tapi cukuplah sampai disini dulu. Kadang-kadang aku pernah terfikir nak berpisah saja bila mengenangkan sikapnya.

Aku risau sekiranya sikap suami berterusan begitu nanti akan menyebabkan hubungan aku dan keluarga renggang.

Meskipun suami adalah syurgaku, tapi takkan sebab aku dah kahwin dengan dia aku perlu sisihkan keluarga kan?

Maaf tau kalau confession ni tunggang langgang sebab terus terang aku tak pandai mengarang. Aku harap korang boleh bagi pandangan dari persepektif korang pula sebab aku dah buntu nak buat apa.

Sekian,

– Layla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *