Aku dan Trauma

Hi. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku yang sekian lama aku pendam.

Sebagai intro, aku kenalkan diri aku sebagai Q. Sorang isteri, ibu dan anak. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku, aku tak boleh faham dengan diri aku dan aku harap dengan tulisan aku ni korang boleh bagi tahu aku siapa diri aku.

Aku anak sulong. Dibesarkan sebagai anak tunggal selama hampir 10 tahun. Tahun ke 10 dalam hidup aku, mak aku mengandung adik aku yang aku panggil N. Lahirnya N mengubah hidup aku 100%. Tak tahu lah nak cakap in a good way atau tidak.

Cuba kau bayangkan selama 10 tahun ditatang bagai minyak yang penuh tiba tiba aku kena berkongsi semua. Aku yang tak tahu apa apa ni telah di beri beban oleh ibu bapaku untuk menjaga N. Bagi aku yang umur 10 tahun masa itu, mestilah beban.

Aku yang kena bangun buat susu N waktu malam, lepas balik sekolah pulak mak paksa aku ambil N dari rumah penjaga untuk aku jaga sendiri dirumah dengan alasan “aku kan kakak”.

Bertahun aku di brainwash sebegitu rupa sampai aku dah lupa macam mana nak jadi seorang kanak kanak. Mak aku beranak lagi adik no 3 aku yang aku panggil L, lepastu no 4 F dan akhir sekali A.

Macam biasa. Semua tu atas bahu aku. Teringat lagi dulu, aku buat air susu adik agak terpanas sikit dan ayah aku simbah air susu panas tu atas kepala lepastu ugut nak botakkan kepala aku, hahaha.

Keluarga aku dah berjaya untuk tanam satu perasaan yang buat aku rasa nak menjauh. Aku tak sabar nak habis sekolah, tak sabar nak sambung belajar jauh jauh sebab aku tak sanggup lagi nak sandang jawatan “kakak” tu.

Masa usia aku lebih kurang 15 tahun, keadaan keluarga aku boleh dikatakan tunggang langgang. Ayah mula untuk memukul mak aku. Setiap hari ada je jeritan, bunyi baling sana sini yang aku kena hadap hari hari.

Adik adik aku tak faham apa lagi sebab mereka masih kecil. Sampai skrg aku trauma kalau balik rumah mak dan ayah walaupun mereka dah berbaik. Ibarat macam benda tu masih terngiang ngiang dalam kepala aku.

Waktu mak kena pukul tu, mak selalu salahkan aku sebab tak protect dia. Apa yang aku boleh buat sebagai seorang yang baru berumur 15 tahun? Kalau aku buat tak tahu, mak mesti panggil aku selfish, anak tak guna.

Bukan niat aku nak jadi selfish, tapi aku sendiri takut. Aku tak ada tempat nak berlindung. Ayah kalau dah mengamuk serupa syaitan, dan mak pulak akan buat aku jadi human shield.

Bila time mereka berbaik, mereka akan tinggal aku dan adik adik. Mereka boleh keluar shopping, makan angin sebab adik adik semua letak kat bahu aku. Aku penat sangat.

Spm aku tak score sebab aku rasa tak ada makna pun aku buat semua tu. Mak dan ayah tak pernah kisah dekat aku.

Sampai waktu aku masuk kolej, aku sengaja nak duduk hostel sebab nak jauhkan diri dari keluarga. Dari diploma sampai degree, lepastu bila dah kerja pun aku sanggup menyewa bayar extra semata mata tak nak duduk rumah.

Mak pernah tanya aku kenapa aku menjauh. Aku jawap aku trauma. Macam biasa, dia kata aku selfish lagi tapi dia tak tau apa yang aku lalui tu dah cukup untuk buat aku rasa gelap semua.

Masuk next chapter dalam hidup aku. Aku kenal dengan suami aku waktu aku tgh broken kena tinggal dengan ex yang aku dah bersama selama 6 tahun.

Bayangkan 6 tahun together lepastu ex aku boleh hantar je kad kahwin dia dengan orang lain ibarat macam aku ni tak ada makna haha tapi Alhamdulillah, suami aku berjaya hilangkan trauma aku dekat lelaki.

Suami aku orang yang sgt baik, penyayang, bertanggungjawab, kacak dan semua kualiti baik yang kau nak dari seorang lelaki, semua ada dekat dia. Tapi ada satu je, suami aku suka test market.

Waktu aku mengandungkan anak pertama dan kedua, tak henti2 dia buat perangai. Kau bayangkan, pagi teman aku beranak, petang tu whatsapp perempuan lain cakap i love you hahaha Separuh hati aku rasa nak berpisah tapi demi anak aku tak give up.

Aku cuba tarik dia balik dekat aku walaupun hancur hati aku Tuhan je tahu. Setiap kali aku cuba pegang phone dia, mesti dada aku akan rasa sakit, badan jadi sejuk. Tak tahu lah kenapa.

Tapi, aku berjaya tau! Lepas lahir anak no 2 aku, itulah titik pengakhiran segala perangai suami aku. Aku hampir nak minum sebotol clorox sebab aku rasa hidup aku worthless masa tu. Mak ayah yang toxic dan suami yang tak sayang aku.

Apa yang menguatkan aku untuk tak minum clorox tu adalah anak anak aku.

Bila suami aku dah tau aku dah sampai peringkat nak tamatkan riwayat hidup sendiri, dia berhenti. Dia come clean everything. Walaupun pahit aku nak telan, tapi aku hadap jugak demi anak anak.

Ada satu perkara yang suami aku pernah cakap dengan aku. Sampai skrg aku rasa terguris. Dia cakap “bersyukur walaupun saya mesej orang lain tapi saya tetap balik rumah”.

Kalau korang ada idea macam mana nak hilangkan perasaan ni, tolonglah bagi tahu sebab aku skrg seolah2 boleh kena allergy reaction bila dengar perkataan bersyukur.

Dulu bila aku cerita dekat orang kisah mak ayah aku, mesti orang akan cakap “bersyukur masih ada mak ayah”. Tapi orang faham tak situasi aku?

Bukan aku tak bersyukur dalam hidup ni, aku cuma nak orang faham apa aku rasa, apa yang aku dah lalui dalam hidup ni.

Peritnya hati ni, toxic nya manusia, pedihnya kena khianat dan aku masih lagi disini berdiri buat seolah olah tak ada apa yang berlaku.

Kepada yang sudi baca, terima kasih. Tolong lah bagi tahu, apa aku ni? Siapa aku ni? Sebab aku sendiri masih lagi tercari cari.

– Qaisara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *