Aku dan UFO

Salam. Nama aku Fara. Umur sekarang dah lewat 20-an. Apa yang akan aku kongsikan ni mungkin belum pernah dikongsikan oleh mana-mana confessor sebelum ni sebab pengalaman aku ni boleh dikatakan agak “rare”. Lebih kurang 13 tahun lepas, aku telah diberi peluang untuk melihat sendiri apa yang dipanggil orang sebagai UFO (Unidentified Flying Object). Yes, aku pernah nampak UFO. Ok, aku tau ramai yang akan cakap aku mengarut kan. Takpe, baca dulu cerita aku ni.

Masa tu aku masih lagi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air. Lepas habis prep malam, aku cepat-cepat solat Isyak dan balik ke asrama. Oh ye, kami semua memang solat di surau, jadi waktu malam selagi tak solat isyak, dorm memang kosong. Malam tu aku terawal pulak sampai asrama (atau orang lain yang sampai lambat kot) jadi masa aku sampai tu, belum ramai lagi yang ada dekat dorm. Dekat koridor pun tak ramai orang.

Dorm aku tahun tu tingkat atas sekali, bermakna aku perlu memanjat tangga sebelum sampai. Bila sampai, aku nampak macam ada benda tengah terapung-apung dekat dengan koridor aras dorm aku tu. Aku nampak UFO berbentuk piring besi. Bentuk dia memang sebijik macam yang dalam filem-filem pasal alien tu semua weh. Serius. Aku macam terkesima jap tengok menda alah tu. Dan aku sempat jengah ke bawah dan tengok keliling nak tengok ada tak orang lain tengah terkesima sama-sama dengan aku. Tapi takde. Semua orang macam tak perasan kot UFO tu.

Punya la dekat UFO tu dengan aku sampai aku boleh nampak detail finishing dia tu. Body UFO tu warna steel grey dengan finishing brushed metal. Bentuk dia macam piring lepas tu ada bulat tengah dia, mungkin seat pilot kot. Tapi aku tak nampak dalam tu siapa yang tengah drive UFO tu sebab dia bukan cermin, dia macam finishing brushed metal jugak cuma lutsinar sikit. Keliling piring UFO tu ada lampu bulat kecik-kecik warna kuning. Dan apa yang canggihnya UFO ni pada aku adalah, dia boleh terapung tanpa ada kipas yang obvious dan langsung takda bunyi bising enjin macam kapal terbang atau helicopter kita.

Apa aku rasa masa tu? Aku rasa terpegun dan curious nak tahu apa yang UFO ni nak buat sebenarnya. Aku cuba cari orang lain untuk sama-sama tengok dengan aku supaya boleh jadi saksi tapi takde orang kat situ. Dalam masa yang sama menggigil gak kepala lutut aku ni. Haha. Serius tak pernah aku nampak menatang UFO ni seumur hidup aku. Aku ingat aku tengah mimpi. Nak kata aku ni peminat citer-citer alien ni semua memang tak la. Memang bo layan. Nak kata aku obsess dengan citer pasal UFO yang orang kata pernah jumpa pun tak. Setakat baca je, nak kaji lebih memang tak sempat. Jadi, aku pasti sangat yang aku tak berhalusinasi atau pun bermimpi masa tu. Siap aku cubit2 tangan sendiri, punya tak percaya haha.

Ok sambung balik. Lepas dah terapung2 beberapa minit depan muka aku tu, dia terbang slow je naik atas bumbung tangga aras aku tu. Berlari-lari aku kejar nak tengok dia terbang pergi mana. Last sekali aku nampak dia terbang naik ke atas dan terus hilang. Laju dia naik atas tu. Macam sesaat je dah hilang.

Lepas dah hilang tu aku macam masih terpinga-pinga lagi. Tengah fikir patut ke aku citer mende ni dekat orang lain. Yela aku bukan ada apa-apa bukti pun. Takde gambar, takde video, takde saksi. Kalau aku citer kang ade lak yang cakap aku reka-reka cerita. Yela aku ni jenis tak banyak cakap. Sepatah orang tanya sepatah aku jawab. Tetibe bercerita pasal UFO lak. Mesti dorg cakap giler freak minah ni. Haha.

Jadi aku tak citer kat sape-sape pun. Cuma sebab nak kepastian, aku pun call la mak aku cakap pasal mende ni. Mak aku lak cakap kat aku jangan tegur mende pelik-pelik yang terbang. Takut itu tuju-tuju orang hantar. Sihir la tu maksud mak aku. Ha sudah. Sampai kat mak aku je terus jadi citer seram. Haish.

Sampai hari ni aku ingat lagi peristiwa UFO ni. Dulu, aku salu skeptical dengan cerita pasal ada bulatan pelik dekat ladang la, pasal orang kena culik dengan makhluk asing la. Pada aku dulu diorang ni saje je reka cerita. Attention seeker orang putih kata. Huhu. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri, ha amek ko, bergegar kepala lutut.

Kalau korang ade pengalaman macam aku ni share la ye. Kot2 bukan aku sorang yang pernah terjumpa UFO ni. Dan korang rasa UFO ni apa sebenarnye ek? Dan apa tujuan dia datang melawat? Huhu. Ok jangan pening kepala. Jawab mana yang boleh je k.

– Fara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit