Terdetik untuk aku kongsikan cerita aku join usrah selama aku jauh dari keluarga. Nama aku Cahaya. Aku join usrah sejak aku masuk matrik. Before aku join usrah, aku tak pernah dengar pulak mengenai jangan masuk usrah, usrah ni ajaran sesat or anything bad about it. Alhamdulillah, aku masih di jalan benar sehingga walaupun kadang2 hati aku yg tersesat di dunia ni.
Usrah ini adalah termasuk 7 wasilah tarbiyah yang dibentuk oleh Hassan Al banna pada zaman dia. Sbb time tu orang islam dah mula berfoya-foya, lagho *sorry kalau ada silap, boleh betulkan kat ruang komen*. Usrah ni macam sistem kekeluargaan di mana setiap ahli usrah akan sayang macam family.
Time aku matrik, aku ok je join usrah sbb time tu tak pack sgt berbanding kos aku kat U ni ha. So time matrik im ok and ada masa join usrah. Dan dari sini la aku berubah dari zero tentang agama, im not be hero tapi ada jgk pengetahuan agama. Dan yang paling buat aku nangis, time habis matrik, aku balik rumah, aku start pakai tudung bidang 60 and my mom and family dieorg tak tnya apa2, dieorg terima aku seadaya, aku pakau apa janji aku berubah ke arah kebaikan. Tu cerita matrik yg change my life 360 darjah pada masa itu.
Sejak dari itu, aku still usrah smpai aku masuk Uni. Tahun 1 aku masih survive. Aku join usrah, pakaian aku, perwatakkan aku, cgpa aku dan kos aku. Kos aku adalah kos yg kau akan berjaga smpai pagi buat satu projek and kau akan bergaul dgn laki dan perempuan (siapa kos ni mesti dia tahu). So tahun 1, im survive.
Tahun 2, aku mula start berubah, dari didikan zaman matrik mula hilang sedikit demi sedikit. Aku start bergaul sbb org kata aku kolot. Tapi masa ni aku dh jarang dtg usrah sbb projek paling tuff tahun ni. Tapi naqibah aku keep in touch dengan aku selalu and sorg classmate aku, dia usrahmate aku jgk. So aku masih ok lagi tak terhayut walau kadang-kadang dah mula nak lemas.
Tahun 3, aku start join wasilah tarbiyah yang lain seperti Daurah, Mukhayam, Jaulah, Rehlah. Aku join daurah tapi semua tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bahan yang dapat pun aku tak tahu letak kat mana. Yang paling aku suka mukhayam. Mukhayam ni macam camping tapi setiap aktiviti time camping semua mengingatkan kita kepada Allah. Tu je la.
Start aku mula-mula fall in love with usrah and i need to be surrounded by akhwat/ orang yang boleh ingat kita dengan tuhan adalah lepas aku praktikal. Tempat aku praktikal best tip top. Staff pun friendly, i miss them. Start aku sedar bahawa nnty bila kau dh start keja, no one nak ingatkan kau tetang agama, no ones nak ceritakan kat kau tentang sirah rasul dan sahabat , taddabur al quran, no one yg boleh bagitahu ilmu2 agama yang belum kau tahu kecuali kau yang mencari.
Alam pekerjaan yang penuh sosial, sexual harassment, adakah aku akan survive? Alhamdulillah, time intern aku survive tu pun aku ada terlajak nak buat benda yang haram, balik rumah aku cerita kat mak aku, dia marah. So setiap hari before pergi kerja dia ingatkan, “jaga diri”.
So dalam masa setahun lagi aku kat Uni ni. Aku nk gap all daurah yang aku pernah pergi tapi ilmu tak pernah masuk tu semula, aku nak join aktiviti yang mereka buat, aku xnak miss usrah, in shaa allah. Sebab baru aku sedar, usrah ni penting dalam hidup aku sebab dia ingatkan aku kat Allah walaupun kdg2 time usrah je aku ingat kat Allah tapi aku selalu grab peluang time usrah aku doa banyak2 kat Allah sebab orang yang berada dalam majlis ilmu, doanya mudah dimakbulkan.
Last but not least, kalau korg ada bad memories dgn usrah, tu bkn sbb usrah, sbb Allah belum temukan usrah yang terbaik untuk korg. Alhamdulillah, aku dah jumpa usrah paling best selama 3 tahun ni. Usrah, usrahmate, naqibah will be the one of the sweet memory in my university life include my 3 sibling buddies and all friends.
Sorry kalau terpanjang sgt. Kalau ada salah boleh perbetulkan di ruang komen. So, next week aku presenter pertama kena present proposal thesis aku, minta doakan agar Allah permudahkan segalanya.
– Cahaya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit