Aku Dan Veterinar

Assalamualaikum wrbh
Hi admin-admin, terima kasih kalau sudi approve confession aku..kalau tak sudi approve pun korang sahaja la yang baca ya dan minta maaf kalau ‘contents’ aku tak sesuai untuk dibaca umum atau berunsur negatif.

Sebelum tu biarkan aku memperkenalkan diri yang tak seberapa ni. Aku masih lagi seorang pelajar tahun 4 Doktor Perubatan Veterinar di salah satu antara dua buah universiti di Malaysia (UPM dan UMK)..baki setahun lagi nak bergraduasi jika diizinkan Tuhan. Aku masuk ke ‘alam’ veterinar ni bukan atas sebab minat seperti rata-rata classmate aku yang masuk sini sebab MINAT sejak kecil. Majoriti begitu. Aku adalah golongan minoriti di mana aku apply untuk Medic dan Pergigian tapi pengakhiran aku di sini.

Oh, belum berakhir lagi. Siapa tahu masa depan nanti kan? Aku perempuan yang biasa-biasa, asal usul pun dari kawasan pekan kecil di hujung Tanah air Malaysia. Aku bukan anak orang bandar, keluarga aku bukan juga orang bandar tapi aku tak sangka akan ditempatkan di kawasan bandar. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini dan setelah berdaftar sebagai pelajar Veterinar (DVM), aku terkejut..dengan suasana pelajar-pelajar di sini. Malas nak ulas panjang tapi part aku salute..pelajar-pelajar di sini memang hebat. Aku dulu seorang extrovert (sekolah menengah dan matrikulasi) tetapi bertukar menjadi individu introvert setelah aku kenal dengan kawan-kawan baru di sini.

Punca aku bertukar bukan atas kehendak aku sendiri tapi di atas pengaruh keadaan sekeliling. Dahulu aku pelajar cemerlang (mungkin..) dengan keputusan selalu straight A’s, kokurikulum okay, sahsiah pun boleh juga buat stok nak berbangga..tapi bila dating ke sini semuanya sama level atau lebih hebat dari kau. Bukan hebat akademik saja tau macam budak skema asyik study tanpa buat urusan lain..tapi hebat dari semua aspek. Event memang gempak sampai masuk Malaysian Book of Records (cuma tak viral je) dan aku boleh rasa korang dah agak aku dari universiti mana kan antara dua buah universiti tu. Aku cuma nak kongsi sikit dekat korang setelah 3 tahun 1 semester aku menjadi sebahagian golongan minoriti ini.

Pertama, aku bangga dengan pensyarah-pensyarah aku. Pensyarah-pensyarah aku majoritinya (95% aku punya pandangan) adalah super super seniors aku. Mereka semua graduasi daripada DVM juga. Mereka juga adalah individu yang pernah rasa peritnya belajar dalam kos DVM ni. Secara individu aku pernah dekati golongan pensyarah ni..bukan pergi ke bilik untuk bertanya soalan tapi untuk mendengar pengalaman jerih perih kepayahan 5 tahun tempoh belajar ditambah pula dengan Master, PhD, dan ada lagi yang lain-lain research yang sudah berjaya. Setiap dari pensyarah tu ada sahaja award yang mereka dapat serta diiktiraf. Hebat. Itu saja perkataan yang dapat aku gambarkan..

Hebat bukan saja akademik. Bila ada event student, rata-rata pensyarah akan turun dan bagi support. Aku dapat rasa sebagai 1 family bila pensyarah turun..enjoy saat-saat bersama dengan pelajar di event. Sebab tu event kami meriah disebabkan pensyarah juga turut serta.

Kedua, pengalaman praktikal. Sebenarnya selepas habis Final Exam, kami akan teruskan dengan praktikal. Bukan sebab kami pelajar tahun 4 tapi sebab kami adalah pelajar DVM. Untuk pengetahuan korang, sejak semester 1 tahun 1 kami akan terlibat dengan latihan industri dan ia akan berlansung sehingga tahun 4. Tahun 5 cerita lain nanti.. Untuk pengetahuan korang lagi, aku pernah jejak kaki ke ZOO sekali sahaja seumur hidup. SEKALI sahaja..tapi sekurang-kurangnya aku pernah daripada orang lain yang tak pernah kan? Itu pun 17 tahun lepas rasanya..(assume umur aku 23). Dah lupa dah zoo apa yang aku pergi. Sekarang bila aku jumpa binatang masa praktikal di lain-lain tempat, aku adalah orang yang paling gembira dan serta merta perangai aku akan berubah menjadi seorang yang ceria (di fakulti aku lembab dan masam..hmm). Tempat praktikal akan berubah-ubah bergantung kepada spesis haiwan tersebut..contohnya Wildlife (gajah,harimau,beruang,etc), Small Animal (Anjing,kucing,etc..) di klinik selalunya, Ruminant (Lembu,kambing,kerbau..etc), Equine (kuda), Aquatic and Marine (ikan,etc), swine (babi), dan ada lagi..

Setiap spesis ni macam-macam jenis pengalaman. Dari tahun awal praktikal dulu lebih kepada kerja buruh. Orang kerat rumput kami pun ikut pergi kerat rumput, tebas, bawa trektar, mesin rumput.. panjat haiwan, kena gigit, cakar, kejar, sondol, jatuh atas najis, baiki paip dan macam-macam lagi. aku pun tak sangka aku perempuan dan aku boleh buat semua tu. Masa praktikal juga kau akan kenal kawan-kawan kau yang satu kumpulan. Kawan aku pegang cacing Tanah merah tu kan siap boleh tarik-tarik lagi..”kenyal” katanya.

Nampak lipas ke tangkap dengan tangan ja. Alhamdulillah kawan-kawan perempuan aku bukan tipikal perempuan yang bila orang kata perempuan takut lipas mereka akan takut lipas juga. Tak..mereka lain dari yang lain. Aku pun ok juga dengan haiwan-haiwan tu. In fact aku juga sukakan cicak.. badan dia lembut dan wajah yang comel. Serius aku tulis ni..tak percaya nanti belek cicak tu ok..

Ketiga aku nak kongsi cerita najis.. Najis binatang sebenarnya tak busuk dan wangi. tahu sebab apa wangi? Tengok pada makanan yang mereka makan. Makanan-makanan penuh serat (herbivor)..mana ada makan KFC, Pizza Hut, Spagetti Aglio Olio, etc..aku pernah juga berpengalaman dalam praktikal untuk sediakan makanan-makanan mereka ni. Makanan mereka amat mahal..mungkin itu antara faktor kenapa Zoo mahal. Maintenance haiwan-haiwan ni memang mahal..nak letak di habitat asal tak boleh, sebab mereka ni di antara spesis-spesis terancam..

Precaution jika nak pegang najis haiwan ni kena pegang dengan glove. Bahaya untuk korang juga sebab kita manusia dan mereka tu haiwan. Bimbang penyakit zoonotik berlaku (boleh google apa itu penyakit zoonotik). disebabkan terbiasa dengan najis-najis haiwan inilah aku dah boleh uruskan anak-anak saudara aku.. sebab dah lali dengan bau busuk, bangkai, darah. Aku pernah uruskan bangkai dan bila aku pegang, 3 hari bau tak hilang..walaupun aku dah cuci dengan pencuci lantai yang wangi tu..tapi aku masih boleh suapkan nasi dengan tangan walaupun berbau, Alhamdulillah itu pun aku bersyukur.

keempat..najis berat. Bagi umat Islam kita ada belajar kan basic tentang najis berat..di antaranya babi dan anjing. di kesempatan confession ini aku nak menyampaikan sahaja ilmu aku yang sikit ini untuk kawan-kawan Muslim yang ada sahabat dalam bidang veterinar atau haiwan-haiwan ini. Setiap kali aku pulang ke kampung akan ada yang bertanya “kau pegang benda tu?”..dan seperti biasa aku tersenyum dan ibu aku pula yang beriya menjawab. Aku malas untuk ulas panjang bagi sesiapa yang nak menafikan kewujudan mereka..aku malas tapi aku gagahkan diri juga nak menjawab dengan berhikmah. Ya kami memang pegang. Selalunya kami akan menggunakan glove. Walaupun tak pakai glove, kami akan sertu (bukan samak ye) kemudian selepas selesai semuanya. Boleh belajar semula bab Thaharah (bersuci) untuk kepastian bagaimana kami akan bersuci

Tak susah untuk bersuci sebenarnya..buat kali pertama,kedua dan ketiga kami akan kekok tapi apabila ia menjadi rutin kami bertambah yakin dan boleh bersuci dengan baik. Kekeliruan memang timbul tapi apabila kita aplikasikan berulang-ulang kali semuanya akan dipermudahkan. Tujuan kami memegang, menyentuh adalah untuk pembelajaran. Bukan tujuan untuk bergembira dan berbangga bahawa kami golongan terpilih dapat pegang. Sebenarnya aku dapat belajar banyak dari kedua-dua haiwan ini.. Hikmah kejadian mereka cukup hebat. Aku sayang mereka kerana aku dan mereka dari Tuhan yang sama.

kelima..akademik.. kebanyakan orang tak faham akan kata kami datang sini bermain dengan haiwan. veterinar tak semudah seperti yang korang Nampak dalam fb, twitter, atau tak pernah Nampak lansung. Kami belajar anatomi spesis-spesis berlainan..fisiologi, ubatan-ubatan, biochemistry, genetics, semuanya seperti mana kita belajar untuk manusia..kerana binatang juga mempunyai organ, binatang juga mempunyai genetik, binatang juga mempunyai sel, etc.. kami belajar, dalam tempoh 5 tahun. Sebenarnya penat belajar tu memang penat tambahan pula bila dah menginjak ke clinical year..lepas subuh keluar bilik, midnight baru dapat tidur. Oncall lagi, dengan test..mentally and physically kena tough (fizikal nak guna tenaga bila deal dengan binatan). Binatang ni kuat yaa..bukan lembik. Sangat kuat.. selalunya berpinggan-pinggan nasi aku akan makan kalau sempat makan.

Banyak lagi cerita tentang veterinar ni..cuma tak famous di Malaysia atas sebab kami golongan minoriti. Cuma aku dah develop minat sejak aku masuk veterinar ni.. sangat menarik bila kau berkomunikasi, bekerja dengan makhluk lain selain manusia.. stress tapi enjoyable.,

– farah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit